Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Rumah Lelong Shah Alam

Lokasi : Shah Alam
Time : malam hingga lewat pagi

Terdapat satu job diterima daripada Klien yang menggunakan agen lelong lain tetapi bila part Kasi settlekan rumah tu, barulah diberi kepada Satu Solution. Sebenarnya harga yang kitaorang bagi adalah khas untuk klien Satu Solution yang termasuk dari mula Survey Rumah atau pergi bidding. Sebab tu boleh bagi harga Murah. tapi apapun, perjuangan terpaksa diteruskan.

Job ni aku buat sorang sorang walaupun badan kurang sihat. Rumah yang dimenangi klien ni tingkat atas sekali…tingkat 5, walk up Apt….

Penat beb. Rumah tinggal. Sampah banyak. Katil besi double decker banyak. Debu banyak.

Sampah dalam 15 plastik beg aku pikul dari atas ke bawah…pagi pagi buta…hahahaha..aku memang suka buat kerja pagi pagi buta. Time korang semua tgh tidur. Layan je. Pasang lagu Tribute to PRamle, especially Lagu yang dinyanyikan oleh Seven Collar Tshirt, Jangan Tinggal Daku.

Rumah Lelong Shah Alam

Di area tu, penyewa agak senang untuk diperolehi dan kawasan rumah tersebut agak bersih dan terjaga kerana Badan Pengurusan mengamalkan polisi yang ketat!

Tips beli rumah lelong : Jangan beli tinggi tinggi. Nanti penyewa pun komplain. Hehehe.

p.s. : Sila Klik “Like” untuk FB Hartawan Hartanah

  • tumpang lalu..nak tanye sket bule… kalau apartment low cost dilelong…bule ke nak beli oleh org yg bukan berpendapatan ‘low cost’.. takut nanti lepas beli…takleh tukar nama plak? mohon bantuan…TQ in advance

  • Nie macam di rumah sewaku yang lama je…. p perdana… huhu.. sehat badan turun naik tangga lebih 15 kali…

  • memang sakit kalau tingkat tinggi…takut orang tak mau sewa…nak duduk pun pikir 10 kali…

    just nak share…aku baru beli rumah apartment kat seksyen 13..depan stadium, sebelah giant…buat sewa..aku ambik tingkat 4…

    walaupun atas, tapi blok tu ada lif…mesti korang tak percaya kan?? tapi itulah uniknya pangsapuri tu…

    aku dapat onwer yang baik jugak…dia lecture UiTM..nak pindah rumah lain (teres)…banyak jugak dia tinggalkan, kipas (remote) kat ruang tamu ada 2..aircond kat bilik utama, cabinet baru buat…

    kiranya rezeki akulah dapat rumah tu…kalau nak sewa kat student, cuma beberapa benda jelah aku kena tambah…yang lain semua dah ada…

    aku dapat info orang nak jual dari 2-3 laman web…jadi kita boleh buat perbezaan dari segi harga & lain-lain lagi…

    tak rugi kita belek-belek laman web macam ni…kalau berkenan ape salahnya…

  • tuanbir

    x ada ke rumah auction 2012
    area taman medan atau taman dato harun
    atau pun rumah untuk dijual kalau ada e-mail saya
    murzalinda@gmail.com
    kalau boleh rumah teres 1tingkat je
    harga dlm 180k
    tq kalau ada dkt s. alam pun bole (sek.18 kebawah)

  • sy sedang cari teres 1 tingkat dlm harga 120k(lelong)dekat area rawang,subang,s.alam,sri kembangan……

  • Say ni masih mencari rumah tapi memang sukar utk saya sebab saya bekerja di seberang.cume ada line internet saje.

    Banyak dah saya baca mengenai Tuan Bri, Abg Hensem, PHTM dan lain2 masalah besar bagi saya adalah masa. Kalau ada agent dari pihak tuan dapat menguruskan dri A-Z yg boleh dipercayai dan harga berpatutan maka silalah contact saya

    syarilazri@yahoo.com

    Nak carik rumah utk buat property investmen yg murah di KL yg senang carik penyewa dan ada agent yg uruskan pasal loan sume walaupon saya tiada.

  • SELEPAS PROSES LELONG TAMAT,BOLEH TAK I DAPATKAN BALIK BANK DRAF SAYA ON THE SPOT,ATAU KENE TUNGGU BEBERAPA HARI?

  • >