Berita Terkini -->

Panduan membeli rumah lelong

6
SHARES

Bagaimana dengan panduan membeli rumah lelong yang telah saya terbitkan sebelum ini ?

Sebelum beli rumah bank lelong di selangor atau di mana mana, pastikan anda sudah bersedia.

Bersedia dengan apa ?

Sila rujuk Sebelum Beli Rumah Lelong

Bila dah settle buat homework, kita proceed kepada Pergi Dewan Lelongan…

SEMASA Hari lelongan

1. Pembida dikehendaki mendepositkan bank deraf sebanyak 10 peratus daripada harga rezab hartanah tersebut kepada juru lelong berlesen yang mengendalikan proses lelongan berkenaan, sebelum jualan lelongan dimulakan untuk layak menjadi seorang pembida.

2. Semasa proses lelongan dijalankan pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan, pembida hendaklah memberi tumpuan kepada pengumuman juru lelong. Pada masa itu mungkin terdapat perkara-perkara baru akan diumumkan dan memberi peluang terakhir kepada pembida untuk membuat satu keputusan muktamad untuk membeli hartanah tersebut dan menarik diri sekiranya perlu.

3. Dalam proses ini, seseorang pembida yang menawarkan harga yang tertinggi akan dipilih sebagai pembeli yang berjaya.

4. Selepas selesai pemilihan, pembida dikehendaki menandatangani satu perjanjian dengan pemilik hartanah, seperti dengan bank.

**************************************************

rumah bank lelong
Bagaimana nak dapat tips beli rumah lelong pula..?

Apa tips yang selalu dicari oleh pelabur hartanah ?
Adakah lokasi atau harga ?
Mana yang memainkan perana penting dalam pemilihan rumah bank lelong ini ?

6
SHARES

About tuanbri

Tuanbri, Pengasas Kelab Hartawan Hartanah dan Pengarah Akademi Hartawan Hartanah telah lama berkecimpungan dalam industri pelaburan hartanah terutamanya dalam sektor rumah lelong. Beliau telah berkongsi ilmu pelaburan hartanah dengan beribu peserta seminar. Beliau Juga pernah muncul di kaca tv (TV3 dan Astro Awani), radio (IKIM dan BERNAMA) dan suratkhabar (Harian Metro).

4 comments

  1. salam tuanbri,

    Saya berminat nak beli satu rumah lelong ni tapi pelelong kata rumah ni auction tertutup.
    Dia kata pembeli yang menang tak payah bayar tunggakan bil semua. Semua akan diselesaikan oleh tuan rumah. Beli macam lelong tapi tak payah bayar tunggakan apa2 macam beli rumah subsale. Betul ker?
    Apa lelong tertutup ni sebenarnya?
    Terima kasih

  2. adakah membeli rumah lelong ada waranti seperti membeli rumah baru dari pemaju?

    • donna – untuk rumah lelong ” As Is”

      Dijual seperti mana sedia ada ..

      so jawapan untuk soalan rumah lelong :

      tiada waranti

  3. hani – pelelong tu kata lelong tertutup…

    mungkin by invitation….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


Subscribe without commenting

Scroll To Top