Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Sebelum Beli Rumah Lelong

Banyak soalan tak yang korang sering bertanya sebelum beli rumah lelong ?

Bagaimana ?

SEBELUM tarikh lelongan

1. Terlebih dahulu seseorang bakal pembeli ataupun pembida perlu memiliki salinan Pengisytiharan Jualan Lelongan Awam. Pengisytiharan perintah ini dikeluarkan sebelum hari lelongan oleh juru lelong berlesen, bank ataupun pemilik hartanah terlibat. Adakalanya ia disiarkan dalam surat khabar. Pembida, selain daripada mengenal pasti butir-butir hartanah yang terlibat, juga perlu membaca dan memahami maksud segala terma dan syarat yang terdapat di dalam pengisytiharan tersebut.

2. Pembida perlu mengenal pasti tempat, hari dan masa jualan lelongan.

3. Pembida hendaklah memastikan harga rezab hartanah yang akan dilelong. Harga rezab akan memberi satu petunjuk kepada pembida tentang kemampuan untuk membeli hartanah tersebut.

4. Sesuatu hartanah yang statusnya rezab bumiputra tidak boleh dibeli oleh bukan bumiputra.

5. Isu kebenaran pindah milik juga perlu diberi perhatian. Ada hartanah-hartanah yang memerlukan kelulusan kebenaran pindah milik daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Jadi pastikan terlebih dahulu pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan tersebut.

6. Pembida mesti mengenal pasti nombor hak milik dan lot; mukim, daerah dan negeri; jenis pegangan terhad, pajakan ataupun pegangan bebas; keluasan; cukai tanah dan cukai taksiran semasa; kategori kegunaan tanah; syarat kepentingan nyata dan tidak nyata; pemilik berdaftar dan beban kewangan saperti gadaian. Pembida juga perlu memastikan ketiadaan kaveat, sewaan, sebarang tanggungan ke atas hak milik dan sebarang kesilapan yang boleh membatalkan jualan atau proses pindah milik yang memaksa tanggungan ganti rugi kepada pembida.

7. Pembida perlu mendapatkan satu pengesahan daripada pemaju atau pemilik tanah. Dalam hal ini satu carian rasmi ke atas hartanah di pejabat tanah adalah sangat penting.

8. Seseorang pembida hendaklah memeriksa sendiri hartanah berkenaan. Ini hanya boleh dilakukan apabila pembida melihat keadaan sebenar hartanah tersebut.

9. Pembida hendaklah membaca semua terma dan syarat di dalam perisytiharan lelongan tersebut. Keadaan perintah tersebut akan menentukan tanggungjawab setiap pihak dalam urusan lelong ini. Antaranya ialah siapakah yang perlu bertanggung jawab untuk membayar segala bayaran tunggakan kepada pemaju / pemilik asal, seperti kegunaan air, elektrik, cukai tanah dan pintu, kos-kos penyelenggaraan dan sebagainya, sekiranya ada, sebelum hari jualan lelongan.

10. Jika sesuatu lelongan dibuat oleh bank, maka pembeli boleh menghubungi pihak bank ataupun pemaju untuk mendapatkan penjelasan tentang tunggakan hartanah tersebut.

11. Pada umumnya, terma dan syarat di dalam sesuatu perisytiharan jualan lelongab adalah berbeza bagi setiap bank. Umpamanya, pelbagai jenis pembayaran seperti cukai taksiran, cukai tanah, bayaran servis, yang yang masih tertunggak sehingga hari lelongan, adakalanya dibayar oleh bank sendiri daripada harga jualan lelongan, dengan syarat pembeli atau peguamnya menghantar semua tuntutan kepada bank dalam tempoh masa telah dipersetujui, biasanya dalam tempoh selama 120 hari.

12. Pembida hendaklah memastikan bahawa, selepas berjaya membeli hartanah tersebut, dia dapat menduduki ataupun memilik hartanah itu tanpa sebarang halangan seperti sewaan, pajakan dan sebagainya.

Sudahkah anda bersedia untuk membeli rumah lelong ?

  • salam tuan bri,
    saja nak kongsi,tahun lepas saya beli sebuah rumah lelong.
    semua nya alhamdulillah ok,cuma masalah sekarang land title rumah tak tukar lagi nama.

    masalah muncul bila bank pelelong telah hilangkan land title rumah,so pengurus bank tu dia kena buat akuan bersumpah kat pesuruhjaya sumpah.yang tak best nya selain pengurus bank tu,pemilik rumah sebelum tu pun mesti buat akuan bersumpah.nak cari mana org tu,jumpa dia pun x pernah ntah hidup ntah mati…

    so sekarang ni masih dalam proses lagi nak tukar nama.dekat stahun lebih dah.

    ada advise papa x?
    eerr..agak2nya mcm mana nak tau land title rumah yang bank pelelong pegang tu x hilang..

    salam.

    • rasanya tak perlu dapatkan SD dari owner lama. better consult your lawyer untuk push kalau tak nnt u kena denda dgn pejabat tanah

      ** kalau saya owner lama pun saya tak nak buat SD sebab salah bank. salah owner lama hanya tak bayar hutang bukan hilangkan tittle.

  • sekarang ni yang handle untuk buat land title tu another lawyer firm,which yang dilantik oleh bank pelelong..my lawyer kena tunggu diorang uruskan land title tu,mkn byk pihak terlibat,mkn lmbt lerr jwbnya…btw,saya memang push diorang,tiap mgu call tanya progress,sampai boring diorang nak jwb dah..heheh

  • Kita tak dapat nak tahu rumah lelong tu ada title ke tak ?

    Itu peringatan buat kita semua. Pihak Bank pun bukan Sempurna!

    Banyak Dokumen penting yang hilang ketika dalam jagaan mereka….contoh: S&P.

    Pastikan mereka tanggung semua kos tersebut. Kalau boleh minta pampasan atau buat report kepada Bank Negara

    • kalau buat semakan rasmi kat pejabat tanah boleh kan? rasanya kat surat carian rasmi tu ada bgtau status title rumah tu

    • itu untuk check title atau master…

      yang isu di sini ialah macammana nak check pihak bank ada simpan title dan tak hilangkan ?

      betul ke ?

  • salam,
    tumpang tanya.
    kalau developer tak serah individu strata boleh ke kita beli? cemana nak jual balik?

    kalau apartment kat mana nak check ada kaveat ke tak?

  • Tuanbri,
    nak ask, if I nak buy umah yg diiklankan utk lelong tapi kita nak buy sebelum tarikh lelongan is it possible?

    • salam, sy nak beli umah lelong RM135k, tp masalahnyer satu ape pun sy tak reti..yg saya takutkan kena tipu..alahai..mcm mana yer.

    • Gunakanlah khidmat Tuan Bri

      salam, sy nak beli umah lelong RM135k, tp masalahnyer satu ape pun sy tak reti..yg saya takutkan kena tipu..alahai..mcm mana yer.

      salam, sy nak beli umah lelong RM135k, tp masalahnyer satu ape pun sy tak reti..yg saya takutkan kena tipu..alahai..mcm mana yer.

      salam, sy nak beli umah lelong RM135k, tp masalahnyer satu ape pun sy tak reti..yg saya takutkan kena tipu..alahai..mcm mana yer.

  • Saya nak beli rumah lelong tapi takut kena tipu dgn agen. Bagaiamana nak pastikan kita tak tertipu dengan agen? Selalunya barapa komisen ajen? Terima kasih.

  • What a excellent post! I come here after ended up frustating to get some material for my task, thank you so much I build a blog for share some Information, feel free to visit.

  • salam tuan bri..
    sy juga ada masalah yg sama… nk beli rkh lelong tp mslahnya 1 apa pun sy s taw… blh tlg jelaskan x? sy harap sgt tuan dpt bantu sy… thanks.

  • salam tuan bri..
    sy juga ada masalah yg sama… nk beli rmh lelong tp mslahnya 1 apa pun sy s taw… blh tlg jelaskan x? sy harap sgt tuan dpt bantu sy… thanks.

  • dan kalau saya nk beli rumah yg diiklankan utk lelong tapi kita nak beli sebelum tarikh lelongan mcmna lak cara dia…tq

  • salam..nk minta pandangan dr tuanbri.saya berminat nk menyertai lelongan sebuah rumah semi-D pd satu tarikh akn datang.Bagaimana utk sy buat carian rasmi@x di pej.tanah sekiranya utk mengetahui status tanah,kaveat dll sekiranya kita hnya tahu no.rumah dn lokasi sja,sedangkn utk buat carian kita perlu tahu no.lot tanah,mukim@pekan…

  • as salam…rumah dah start bayar kat bank tapi blum boleh tukar nama..bila tya loyer dorang kata nak tunggu loyer bank buat keja dulu…masalhnye sya dah tunggu 2 tahun tapi x setel2 lagi..

  • >