Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Selamat Pengantin Baru Hartawan Hartanah

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Saudara Master Fhati.


Master Fhati baru sahaja melansungkan perkahwinannya dengan kekasih sehidup semati semalam bertempat di Teluk Intan, Perak.

Walaupun belum lagi menghabiskan pengajian Master di salah sebuah univervisiti tersohor di Kuala Lumpur, beliau sudah tidak sabar sabar lagi untuk
mendirikan rumahtangga. Sebelum ini sudah banyak rumah rumah yang dibeli sebagai pelaburan tetapi orang rumah je belum ada.

Semalam ahli Kelab Hartawan Hartanah telah menghadiri Kenduri meraikan Perkahwinan Saudara Master Fhati.

Masih ingat tak pepatah orang tua ” Sambil menyelam minum air” ?

Habis je kenduri kami berpakat untuk terus ke Pantai Teluk Batik, Lumut pula untuk meneruskan aktiviti menyelam pula. Kat rumah Fhati dah minum sampai kembung perut.

Sebelum itu, singgah di Tesco untuk membeli pakaian mandi manda dan tuala…hahahaha

Jutawan Muda

 

Kami mengakhiri adventure kami dengan Makan Malam Ikan Bakar Lumut. Murah tetapi servis out….

kitaorang dah habis makan ikan Pari bakar dan Ikan Siakap Stim, baru nak hantar Ikan Jenahak 3 Rasa…

 

 

Paling seronok ialah Si Jutawan Muda, Muhammad Ukail a.k.a. Kaka.

Dilayan macam anak emas. Dapat makan ayam golek, dapat mandi laut, dapat jalan jalan, dapat kasih sayang.

Teluk Batik Lumut Perak

  • >