Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Beli Emas Perak boleh jadi Haram ?

Salam Ramadhan.

Tuanbri ni asyik asyik cerita pasal haram, haram, haram.

Islam kan mudah?
Apa nak susahkan diri,
menyeksa sendiri,
guna je kepala sendiri.
Kubur pun sendiri-sendiri

Ubat Klinik Haram
Kek Lapis Haram Ke ?

Kini beli emas dan perak yang selalu dipetik dalam Hadis Nabi pun haram ?

Ada satu Hadis nabi .

********Soalan Pertama : Sahih ke tak sahih ? (Belum habis dah ada soalan?).

Cuba guna Uncle Google….
Buat lah Research sikit..banyak….lepas tu share dengan orang lain.JANGAN biarkan orang lain
dalamkegelapan mengenai RIBA dalam jual beli Emas dan Perak ini.

Hadis Nabi yang bermaksud :

“Jika emas dijual dengan emas,
perak dijual dengan perak,
gandum dijual dengan gandum,
sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir,
kurma dijual dengan kurma,
dan garam dijual dengan garam,

maka jumlah (timbangan) harus SAMA dan dibayar secara TUNAI.
Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat RIBA.

Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.”
(HR. Muslim no. 1584)

– ini adalah hadis sahih kerana diriwayatkan oleh HR.Muslim)

*******Soalan Kedua : maknanya HARAM beli emas guna emas ???

Jawapan : Ada 2 unsur yang harus dipenuhi :
a) Jumlah timbangan harus SAMA
b) Jual Beli di bayar TUNAI

– bermaksud Bila kita beli Emas denagn Emas, TIDAK dibenarkan tukar benda yang sama jenis
tetapi TIDAK sama berat.
– dalam isu ini,contoh : ialah EMAS lama yang dah karat 100 gram ditukar dengan EMAS baru 50 gram.
ataupun 1 ekor Kambing GEMUK ditukar dengan 2 ekor Kambing KURUS
– isu TUNAI pula ialah BELI Emas atau PERAK, hari ini bayar 50% (untuk deposit) dan lusa bayar lagi 50% (baki)
– pembayaran kena buat penuh.

Soalan Ketiga : Kalau beli Emas guna kad Kredit ?

Jawapan : Haram. Kad Kredit – kita tak ada duit dalam Kad tu. Sama macam HUTANG.
Yang dibenarkan ialah Kad Debit dan Cek Bank yang mana ada duit sebanyak yang ditulis
atas Cek tersebut pada masa itu. KadKredit Islam dibolehkan kerana aqad Kad Kredit Islam
itu tidak sama dengan hutang.

Mesti ‘Taqabud fil hal aw fil majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa)
– kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang),
maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan.

– dalam kes Jual Beli Emas dan Perak ini, dibenarkan Serahan dibuat dalam masa 3 HARI.
sebab sudah menjadi KEBIASAAN dan UMUM mengetahui perkara ini dan bersetuju .
Inijuga untuk mengelakkan kemungkinan kena ROMPAK ketika ingin membuat penyerahan TUNAI kepada
Si Penjual tadi, maka bolehlah duit bayaran tadi dimasukkan ke dalam Akaun Bank terlebih dahulu.
– Isu Pos Barang juga sama seperti di atas. Menjadi Kebiasaan dalam masa 3 HARI (Pos Barang dalam Malaysia),
barang akan sampai kepada Si Pembeli. Kecuali Perjalanan POS pun sudah mengambil masa 7 hari…(Isu yg berlainan)

Sama juga dalam kes Beli Emas guna Easy Payment Plan/Scheme (EPP).
Beli hutang. Bayar 3 kali.(macam beli kain je dulu dulu kat Kampung)

eh,beli kain boleh pulak buat instalment ? Apa ke hal ni Yeob ?
Q1 – adakah Kain termasuk dalam 6 Benda yang disebut dalam Hadis di atas ?
A1 – Tidak. Oleh itu dibenarkan walaupun tidak digalakkan.

Soalan Keempat : Kalau trade in Emas lama kepada Emas baru ?

kena penuhi 2 Syarat diatas dipenuhi.

Justeru,
mestilah kita menyerahkan emas lama,
dan kemudian penjual menyerahkan emas baru
yang sama berat pada ketika itu juga.

Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku. Riba itu HARAM.

Kalau kena tambah duit dalam transaksi Trade in di atas,
JGN buat Trade in.

Langkah langkah terbaik :

1. Jual emas lama kepada Pedagang Emas dan dibayar TUNAI RM.
2. kemudian Si Pedagang Emas jual emas baru kepada Si Polan dan dibayar TUNAI RM.

Ada 2 aqad.
Ada 2 transaksi jual beli.

Daripada HARAM, sekarang sudah jadi HALAL.
Alhamdulillah.

Sistem Transaksi JUAL BELI emas dan perak yang digunapakai oleh Pedagang pedagang Emas dan Perak
di Malaysia pada masa ini ialah menggunakan Sistem “Lock Now, Pay Later”.

Langkah langkah dalam Jual Beli Emas dan Perak :
1. Pedagang (PG) iklankan Emas dan Perak untuk dijual.
2. Pembeli (Beli) tanya harga.
3. PG akan beritahu harga dan jumlah unit yang ada.
4. Beli akan Lock Harga. Beli akan disuruh masukkan deposit sejumlah wang ke dalam akaun PG.
(di sini berlakunya pelanggaran. TIDAK diserahkan semasa Pembelian/pada masa jualan dibuat.
Harga Dinar RM580 – dibayar deposit RM200. Hutang RM380, akan dibayar semasa penyerahan Dinar tersebut.

Jawapan = HARAM

4. PemBeli (Beli) nak beli Emas Jongkong.
PG suruh Beli order dan bayar deposit untuk order tersebut, sedangkan
PG pun tak ada stok emas dan Perak dalam tangan.
Dia akan place order pulak di HQ Kedai Emas menggunakan order yang telah dibuat oleh Si Pembeli tersebut.

Maknanya masa Beli place order nak beli Emas dan Perak dengan PG, PG pun tak ada Stok dalam tangan.
Bagaimana PG boleh jual benda yang dia tidak ada ? Ini merujuk kepada 6 benda di ATAS (dalam HADIS).

Jawapan = HARAM

Bagaimana pula dengan jual beli Dinar dan Dirham ?
Apa pula hukum bagi mereka yang membuat pelaburan Silver Perak ?

p.s. Apa yang Benar datang dari Allah, yang salah datang dari saya.
p.s.s. Kalau saya salah, sila Beritahu saya!
p.s.s.s. Anda BERMINAT untuk jadi Jutawan Perak , sila Klik RAHSIA Jutawan Perak

Kalau anda rasa Bertanggungjawab untuk menyebarkan Ilmu ini,
Sila Klik “Share On Facebook”
atau “Recommend” di bawah ni.

  • beli emas dengan credit card islamic bank boleh sbb credit card islamic bank not considered a credit transaction anymore. Masa approve islamic card dulu dah berlaku akad jual beli yg disandarkan pada asset tertentu, jadi tuan punya card sudah mempunyai wang hasil dari akad jual beli tersebut. cuma wang tersebut berada di account card islamic bank tersebut saja. jadi bila kita swipe card utk sebarang belian emas tadi kita sebenarnya menggunakan wang kita secara cash hasil dr jual beli aset tadi, cuma instrument pengeluaran wang tersebut saja menggunakan plastic card itu. itulah bezanya dengan conventional credit card yang bersandarkan pada transaksi loan /pinjaman credit semata2 tanpa berlaku akad jual beli. pinjaman melibatkan riba manakala jual beli melibatkan untung rugi. wallahuaklam..

    • ini pandangan salah :

      Kad Kredit Islam – secara tangguh bayaran(Hutang).

      Akad tersebut ialah untuk jual beli secara tangguh.

      dalam isu 6 benda Mal Ribawi ini, TAK BOLEH.

      Sebab kita bayar kemudian,(Tertangguh).

      *******Pembetulan***************
      (Setelah berbincang, Pembelian menggunakan Kad Kredit Islam dibenarkan kerana adanya 2 aqad dengan 2 pihak yang berlainan)

    • ini pandangan salah :

      Kad Kredit Islam – secara tangguh bayaran(Hutang).

      Akad tersebut ialah untuk jual beli secara tangguh.

      dalam isu 6 benda Mal Ribawi ini, TAK BOLEH.

      Sebab kita bayar kemudian,(Tertangguh).

      tu la, Bank Islam kalau nak bersihkan namanya, perlu hapuskan servis kad kredit..dan apa juga bentuk pinjaman berbunga/interest/riba.

  • Terima Kasih Tuan bri, Satu perkongsian ilmu yg bagus..
    Dalam Hadith di atas jelaskan dgn sejelas-jelasnya yg ” 6 item Mal Ribawi” menjadi riba apabila berlaku pertukaran antara item yg sama sahaja. Jika berlaku transaksi(emas-emas, perak-perak) baru mesti ikut syaratnya. Tp klu beli emas or perak dgn duit tidak menjadi masalah dah, sb duit juga tidak termasuk dalam barang riba yg disebut dlm hadith di atas..
    Manakala Sistem “Lock Now, Pay Later” saya kurang pasti samaada tuan merujuk kpd Scheme (EPP) or termasuk dalam pembelian biasa. kalau Tuan ade kelapangan, tuan sila rujuk jenis-jenis jual-beli dalam islam. InsyaAllah dapat membatu tuan utk lebih memahami lagi sistem jual-beli yg mana agama kita halalkan or haramkan. sb dalam muamalat islam ” Semua benda adalah harus, selagimana tidak ada hukum yg mengharamkannya(Qawaid Fiqh yg menyebabkannya menjadi Haram)..

  • mengikut tok Guru saya, duit adalah SAMA jenis dengan emas dan perak.

    Masa itu Emas adlah matawang,
    tidak disebut US Dollah atau Ringgit Malaysia.

    sama seperti beras,
    tidak disebut tetapi sama jenis dengan Gandum.

    (kalau saya salah, tolong betulkan)

    “Lock Now, Pay Later” adalah Pembelian Tertangguh.
    Bagi barang-barang lain seperti baju, kereta, rumah dan sebagainya, Dibolehkan.

    KECUALI 6 benda ini sahaja.

    • Lock now pay later adalah bila mana penjual dan pembeli bersetuju membuat perjanjian untuk membeli sekian emas/silver pada harga yang ditetapkan.
      dan bila nak COD, baru lah kedua-duanya bertukar ringgit dan emas/silver tadi..

      kalau ‘lock now, paynow and collect later’ yang ni yang boleh membawa fitnah..
      barang dah lock, dan dah bayar, tapi barang tu belum sampai ke tangan pembeli.
      kalau jadi apa-apa pada masa penghantaran, mmg boleh membawa kepada musibah, samada kepada penjual atau pembeli ataupun kedua-duanya sekali.

  • May I ask some questions regarding the Hadis that you posted:

    “Jika emas dijual dengan emas,
    perak dijual dengan perak,
    gandum dijual dengan gandum,
    sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir,
    kurma dijual dengan kurma,
    dan garam dijual dengan garam,
    maka jumlah (timbangan) harus sama dan dibayar secara tunai.
    Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba.
    Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.”
    (HR. Muslim no. 1584)

    1) What is the original Arabic word for “jual” for the Hadis above?

    2) My understanding is that the items above (emas, perak, gandum, sya’ir, kurma, garam) were used as “money” during Nabi Muhammad (s.a.w.) time.

    3) As such, “dibayar secara tunai” means “paid using the items listed in (2)”.

    4) “Tunai” in this Hadis cannot be Ringgit Malaysia — as fiat money itself is Riba.

    5) The Hadis above implied that a business transaction has to involved “exchange for item” (different items change hand).

  • salam, saya ingin bertanya adakah boleh membli emas or perak dengan menggunakan duit pinjaman?

    sekiranya bole, adakah emas or perak tersebut harus dizakatkan, sedangkan tempoh pinjaman masih belum selesai?

    terima kasih

  • Liang – meas and Perak is money, others are necessity(food)

    dibayar tunai – cash on delivery

    -u are selling Dinar and Dirham it seems, even though you are not Muslim. How do you sell it ? using Ringgit Malaysia even though you yourself know it is fiat money(riba) as you statement above.

    if not tunai using Ringgit Malaysia, could you tell me what is the medium of exchange ?

    Every business wajib to “exchange for item”.
    It is mentioned in the Aqad.

    Correct me if i am wrong.

    tq

  • azlan,

    pinajm dengan orang lain, beli emas dengan orang lain – ok.

    Hutang kena diselesaikan dahulu. Namun kalau hutang tu berjangka panjang, kena bayar zakat. Sama macam pinjaman perniagaan.

    wallahualam.

    • azlan,

      pinajm dengan orang lain, beli emas dengan orang lain – ok.

      Hutang kena diselesaikan dahulu. Namun kalau hutang tu berjangka panjang, kena bayar zakat. Sama macam pinjaman perniagaan.

      wallahualam.

      Hutang dalam jangka panjang tu takrifnya dalam tempoh berapa tahun?

    • Isu Locking ini memang sudah menjadi kebiasaan.

      Apabila kita “lock”, tiada melibatkan duit deposit.

      Jadi bayaran akan dibuat dan barulah barang akan di pos.

      Islam itu mudah.

      Disebabkan JIKA orang tersebut terpaksa datang JAUH
      hanya untuk COD, maka dibenarkan membuat bayaran online transfer,bermakna tiada serahan BY HAND.

      Ini Bermakna,apabila BAYARAN dibuat, pindahmilik barang telah berlaku.

  • tqvm tuan bri atas perkongsian ni..

    nak tny kalau nak beli pre order macam mana pulak? contoh: harga ditawarkan rm120/oz.. kena bgtau PG berapa nak n transfer duit, barang akan sampai dlm 2 minggu..

    kalau ikut pemahaman saya adalah haram…tuan tlg komen tuan utk perkongsian..

  • >