Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Kek Lapis Sarawak haram ?

Masih ingat lagi tak posting aku yang terdahulu ?

macam tau tau je..

ni berita baru yang keluar mengenai mentega yang disahkan haram…

Bayangkan berapa ramai Makcik Makcik di Pasar Ramadhan yang masih menggunakan mentega ini dalam produk mereka …

Siapa yang membelinya dan memakan produk tersebut tanpa was-was ?

Salah siapakah perkara ini berlaku ?

adakah Makcik-Makcik itu membaca Suratkhabar atau menonton warta berita ?

Ada jawapan – Kita yakin, makan aje lah. Lagipun yang jual ialah orang Islam, mestilah HALAL.

Yang hidangkan Arak di Hotel, kelab malam dan sebagainya pun ramai je yang beragama Islam. adakah arak itu halal ?

Boleh baca untuk rujukan dan sebarkan berita ini. Di pasar Ramadhan, Bertanya kepada si Penjual.

Artikel 1 :

Golden Churn Creamy Butter haram sebab ada DNA babi

KUCHING 3 Ogos – Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.

”Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia.

Artikel 2 :

Peralatan kek lapis guna bahan tidak halal perlu disamak

KUCHING 3 Ogos — Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega Golden Churn Creamy Butter yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman (gambar) berkata, pembersihan tersebut atau “menyamak” perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.

“Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.

Daud berkata, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal.

Sementara itu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) mahu mendapat penjelasan lebih terperinci daripada JAIS mengenai kaedah samak tersebut.

Presidennya Rabiah Amit berkata penjelasan tersebut adalah perlu memandangkan penggunaan produk itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan komersial tetapi juga untuk persendirian sejak dari dahulu lagi.

“Kita (PPKLS) telah lama tidak menggunakan produk tersebut dan telah guna produk lain, namun macam mana dengan pengguna persendirian yang lain. Adakah mereka perlu samak peralatan mereka memandangkan produk tersebut digunakan majoriti umat Islam di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini,
saya cadangkan Saudara yang beragama Islam singgah baca di laman web Ubat Yang Mengandungi BABI(klik sini) Klik Sini – Kajian Saudara Abdul Rahman ke atas ubat yang mengandungi Babi

p.s.: Salam Ramadhan.
p.s.s.: Saya memohon ribuan ampun atas kesilapan saya terhadap saudara/saudari pembaca Blog.

Sekiranya anda mahu membantu orang ISLAM lain agar mereka sedar akan kepentingan info ini, Sila Klik
“Share on Facebook”
atau
“Recommend” di bawah ini!

  • kajian saudara abdul rahman tu bagus..tapi rupanya dalam nak mendedahkan benda baik, nampak macam nak kaut keuntungan je.. ni betul-betul menyelam sambil minum air…

    mungkin lepas ni ada komen “semua benda nak free je..semua nak subsidi…” :-I

    terpulang pada masing2. pada saya isu ni penting. sebagai orang yang ada kepakaran untuk periksa benda macam nih, dedahkan je lah secara percuma…buatlah dakwah kecil-kecilan ikut kepkaran/kemampuan masing2..tuntutlah untung tu kat akhirat nanti..

  • semalam saya bayar zakat selepas solat Jumaat.

    saya pun terfikir juga, kenapa amil yang tolong kutip duit zakat ni ada hak untuk dapat bahagian daripada suit zakat ?

    patutnya buat secara percuma lah. tuntutlah di akhirat nanti.

    Saya rasa Islam itu adil. Dunia dan Akhirat.
    (pendapat saya sahaja) jgn terasa lak…

    p/s: jemput datang Rumah Terbuka Satu Solution di Cheras nanti.

    • semalam saya bayar zakat selepas solat Jumaat.

      saya pun terfikir juga, kenapa amil yang tolong kutip duit zakat ni ada hak untuk dapat bahagian daripada suit zakat ?

      patutnya buat secara percuma lah. tuntutlah di akhirat nanti.

      Saya rasa Islam itu adil. Dunia dan Akhirat.
      (pendapat saya sahaja) jgn terasa lak…

      p/s: jemput datang Rumah Terbuka Satu Solution di Cheras nanti.

      amil mmg ada hak terima zakat, xperlu dipersoal.sila rujuk

      “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Q.S. at-Taubah : 60)

    • semalam saya bayar zakat selepas solat Jumaat.

      saya pun terfikir juga, kenapa amil yang tolong kutip duit zakat ni ada hak untuk dapat bahagian daripada suit zakat ?

      patutnya buat secara percuma lah. tuntutlah di akhirat nanti.

      Saya rasa Islam itu adil. Dunia dan Akhirat.
      (pendapat saya sahaja) jgn terasa lak…

      p/s: jemput datang Rumah Terbuka Satu Solution di Cheras nanti.

      merujuk kepada pendapat saudara, saya fikir tuan xmembaca al-quran ay=taupun x terigat tentang firman ALLAH ttg mslh pbahagian zakat ni. bukan stakat faqir miskin je dpt, ada asnaf lain lg termasuklah amil…

    • merujuk kepada pendapat saudara, saya fikir tuan xmembaca al-quran ay=taupun x terigat tentang firman ALLAH ttg mslh pbahagian zakat ni. bukan stakat faqir miskin je dpt, ada asnaf lain lg termasuklah amil…

      Manmala-maksud saya allah maha adil.

      Amil diberi bahagian Zakat kerana : beliau buat kerja. Dengan memungut zakat, beliau bekerja.

      Sama juga dengan komen yang ditinggalkan oleh Syam, Abdul Rahman membuat kajian. Nak buat kajian, perlukan duit.
      Kalau duit tak datang drpd Pusat Zakat atau tempat lain, siapa nak bayar kos beliau ?

    • Untuk panduan kita bersama :

      Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya zakat-zakat ini, hanyalah untuk :

      orang-orang fakir,
      orang-orang miskin,
      pengurus-pengurus zakat,
      para muallaf yang dibujuk hatinya,
      untuk (memerdekakan) budak,
      untuk orang-orang yang berhutang,
      untuk di jalan Allah
      dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan,

      sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah:60).

  • Apa yg sy nampak trend skrg sesiapa yg ada kelebihan drpd org lain,dia akan gunakan kelebihan tu utk buat duit.kalo nak tau kena bayar. Kalo xnak bayar ko dapat dosa sebab kedekut. Pd sy ada perkara yg boleh kita gunakan utk jana duit, tp ada gak yg x patut.

    Sbg cth, para jutawan hartanah malaysia buat seminar pasal hartanah. Siapa nak join kena bayaran. Ini xde masalah pd saya sebab join atau x join xkan mendatangkan pahala atau dosa. Tp kalau perkara penting berkaitan akidah, dosa, pahala, tanggung jawab pd org yg arif utk sampaikan pada yg lain. Kalau le nabi muhammad mintak bayaran kat sahabat utk belajar al-quran, kat mana la agaknya kita ni skrg..

  • PERHATIAN : Tidak semua kek lapis sarawak haram ye, ini hanya untuk kek lapis yang gunakan mentega Golden Churn sahaja yang diisytihar haram & kebanyakan kek lapis ini akan di import ke Singapura sahaja.. Jadi jangan was-was utk membeli kek lapis sarawak yg mempunyai Sijil Halal & kebanyakan sekarang semua kek lapis tidak lagi mengunakan mentega tersebut kerana org Sarawak sudahpun dimaklumkan berita trsebut dari dulu lagi sebelum media baru nak sebar tahun ini…

  • mentega Golden Churn ni ni mahal.dari sumber yang di terima kebanyakan pengusaha kes lapis sarawak tapi guna mentega jenis ni.

  • Sori salah taip.mentega Golden Churn ni mahal.dari sumber yang di terima kebanyakan pengusaha kes lapis sarawak TAK guna mentega jenis ni.

  • juzboot – ada perkataan Kebanyakan Pengusaha…
    Bermakna ada juga yang masih lagi menggunakan Butter Churn yang disahkan Haram oleh JAKIM ?

    Wallahualam.

    ps – bagi saya, ada pilihan lain kalau saya tak tahu.

    Ini bukan isu was was. Rujuk kepada kenyataan Zal di atas. yang ada Logo Halal, kita beli dan makan.

    p.s. – butter churn pun ada logo halal kan ?

  • Thanks for the suggestions you are giving on this blog. Another thing I’d like to say is the fact getting hold of some copies of your credit report in order to scrutinize accuracy of each and every detail is one first measures you have to execute in repairing credit. You are looking to clean up your credit reports from dangerous details flaws that screw up your credit score.

  • >