Friday , 24 May 2013
Berita Hartanah!

Aduan Rakyat (8) – Beli Rumah Lelong ada Owner Lama

Saya di Tuanbri.com merupakan seorang perunding hartanah Rumah Lelong.

Nak kata pakar, masih jauh lagi.
Ada la pengalaman dan ilmu sikit, masih lagi dalam proses pembelajaran.

Baru baru ini saya terima satu email daripada Pembaca Setia Tuanbri.com.
Risau saya setelah membaca email tersebut.

Email beliau seperti di bawah :

“Assalamualaikum WBT pada tuanbri.

Terlebih dahulu saya kenalkan nama saya ___________________________.

Sekarang menetap di ___________________ dan bekerja di Bukit ______________.

Saya mempunyai satu masalah berkaitan rumah lelong yang telah dimenangi pada bulan Februari yang lalu.(rumah ini dibeli tanpa menggunakan khidmat Tuanbri)

Masalahnya bermula apabila tuan rumah enggan keluar dari rumah yang diduduki sehingga sekarang.
pada pemulaan saya tidak pernah mengambil tindakan sehinggalah bulan 6 lalu apabila saya ke rumah tersebut untuk berjumpa dengan tuan rumah namun tidak berhasil. Hanya dapat no telefon dari anaknya…telefon nmun xpernah berbalas, setiap kalu pegi rumah mmg owner xpanh ada, tp org ada dlm rumah, da hantar surat jgk untuk peringatan tp masih tiada maklum balas.

Saya hubungi tuan memandangkan pada bulan 10 ni da ada org yg nak masuk untuk menyewa. So bagaimana caranya yang mungkin tuan boleh suggestkan ataupun pihak tuan mempunyai khidmat untuk menyelesaikan masalah ini. TQ:)”

Mungkin pembaca pembaca setia Tuanbri yang lain boleh bagi suggestion atau pendapat ?

pakar internet dan pakar rumah lelong

About tuanbri

Tuan Bri adalah seorang yang pakar dalam Bidang Hartanah khususnya d Malaysia. Berpengalaman selama 7 tahun didalam bidang hartanah. Beliau juga adalah specialise dalam membantu merancang kewangan anda menuju financial freedom.

18 comments

  1. owner lama mau duk free lagi tuu……
    proses pindah milik dah settle ker….

  2. Guerilla Tenant Management (GTM)

  3. ajak la abang long & ayahda sorang dua..

  4. bro.. bincang la elok2.. dah try x jalan.. try bincang lagi.. dah try x jalan.. potong api.. potong air.. tak jalan jugak.. guna lawyer.. tak jalan… amik court order(tp mahal)…

  5. Assalamualaikum….Tuanbri, Berapakah kos yg perlu saya tanggung untuk membeli rumah berharga RM100k sehingga selesai semuanya.

    Terima Kasih kerana Membantu..

  6. ..guna cara baik dahulu. Jumpa secara personal…carikan dia rumah sewa yg berdekatan & bayarkan sewa utk 2, 3 bulan.

    Kawan saya pun pernah alami kes sama tp dia guna cara kasar. Tuan rumah pindah waktu mlm…habis lantai, siling dipecahkan, dinding diconteng,gril pintu tingkap dibawa pindah, wire letrik dicabut. Kos baiki semula RM20K

    Saya sentiasa elak beli rumah yg didiami tuan rumah. Hujung bulan ini Blok F-2-3 apt Dahlia, Tmn Bunga Raya,Bt Beruntung dilelong RM23K shj…tapi ada tuan rumah. Kalau penyewa dah pasti sya masuk. Rumah tu perfect.

  7. Assalamualaikum wbt..tq tuanbri sbb share msalah symkt sni.. utk makluman smua sy da ambush umah tu last 2 week..finally dpt jgk jmpa tuan rmah time dia nk kluar beli ikan..da slow talk..mula2 time tu dia ckp dia akan kluar, mngkin sbb time tu sy da bwk sorng bdk muka gangter,dlm ati ada tmn..hehe then mnggu ni da kol dia..dia xnak kluar plak..nk kluar ujung taun.. sy da try crikan umah sewa bdkatan stu tp dia xnak..so lawyer si junny da advuse utk kluarkn dia by 14ari or court order la..tp mmg mkn modal kalu court order:( tue la..niat murni nk buat baik last2 kita plak kna tengking..melayu mmg mudah lupa..haishh

  8. Patut la tuan bri tak galak newbie beli 1st properties melalui auction. Kalau kes macam ni jadi ke aku yg newbie ni, sure ‘terkapai-kapai’ aku.

    • saya newbie dan 1st property beli melalui lelong, yg tuan rumah masih dudduk rumah tu, yang melaui pelbagai rintangan untuk selesaikan urusan pembelian, tuan rumah yang bagi pelbagai alasan untuk keluar lambat, dan akhirnya segalanya dah selesai…kalo tuan bri tak galakkan, saya galakkan…hehehe….

  9. Saya ni x de la banyak pengalaman…tetapi 2 tahun duduk lawyer firm yg buat auction (lawyer firm dulu) memang da biasa benda2 camni..

    Owner lama ni ada 2 kategori..1 kategori reti malu…1 kategori x tau malu..yang reti malu ni x de masalah..yg x reti malu ni penah la ada satu client..sampai owner lama angkat parang!hehe…first dia buat report polis kata da beli umah lelong owner x nak keluar..polis pegi rumah tersebut slow talk dgn owner lama..polis warning kalau rumah tu hancur polis akan cari owner..haha..

    keluar jgk la owner tu..

    tapi yg banyak2 kes potong api potong air biasa owner keluar je..

    • yup..report polis..dan sebelum buat report tu, bgtau kat tuan rumah tu nak buat report polis atas sebab dia menceroboh rumah tu…

  10. Salam.. Harap bantu, macamana ya step by step nak potong air dan letrik… since tenant yg deal dengan owner lama tak nak bayar sewa tapi taknak keluar rumah.
    Thanx alot
    :)

  11. yg pasti negara kita masih lemah dlm kuat kuasakan undang2 ni….tapi kerajaan nak duit je melalui lelong…

    tak percaya cuba lihat negara maju…..tiada masalah pun…belajarlar wahai penguatkuasa supaya rakyat mu tak maki hamun………….

  12. Rumah ada penyewa juga banyak masalah walaupun owner lama tak duduk.
    Owner lama akan menghasut atau memujuk penyewa untuk terus duduk selama yang boleh untuk terus menikmati sewa .

  13. bagi mereka yg membeli rumah lelong yang mana pemilik asalnya masih lagi menghuni, apakah yang difikirkannya…sudahlah pemilik tersebut dalam kesusahan..datang pula golongan opurtunis yang menambah lagi kesesangraannya…

    alasannya, kalau kita tidak bid…orang lain akan bid… biarlah orang lain yang menyusahkan jangan kita menambahkan kesusahan orang lain…

    lainlah sekiranya penghuni tersebut mampu membayar..tetapi enggan membayar..terima lah akibatnya..

    pesanan kepada para pelabur..disamping mengejar keuntungan dunia, fikirkan juga tentang kemanusiaan dan keuntungan akhirat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


CommentLuv badge

Subscribe without commenting