Simpan atau Melabur ?

Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan PERAK,
mesti tanya, “Kenapa perlu aku beli?”

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan dalam PERAK
ada sorang kawan bertanya, lebih kurang begini soalannya:

“Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust?
Simpanan jugak kan?
Konfim kan dividen tiap-tiap tahun?
Tak payah nak risau harga jatuh ke ?
atau rumah kena rompak ke ?”

STANDARD QUESTIONS !!!

Ini adalah Soalan soalan yang biasa saya terima.
Saya pulak tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan,
SEBAB

PERAK tidak memberi dividen dan turun naik harga
PERAK memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

Sebab NO. 1 (NUMERO UNO) semua pembaca blog TUANBRI.com kena (wajib) menyimpan dalam PERAK
ialah :

kerana kadar hutang lapuk bertrillion dollars yang ditanggung oleh negara-negara barat
yang kononnya dilabel negara maju.

Dan anda boleh cuba teka SIAPA yang paling banyak HUTANG antara mereka ???

paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat. (United States)

Berbalik kepada soalan :

” Apa kena mengena dengan kena simpan PERAK ??? ”

STANDARD QUESTION

Kalau kita ada kawan yang suka berhutang, bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit.
Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan. Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain.
Belanja sakan lagi. Bayar minimum sahaja lagi.

Sampai satu hari, takde bank yang akan approve kad kredit.
Pinjam pulak kat kawan-kawan.
Masih tak sedar diri.
Belanja sakan dan buat-buat lupa bayar bila kawan tanya.
Lama-lama isytihar bankrap.

Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas, Amerika SYARIKAT BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon tunjuk kaya.
Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja. Ya, 9 TRILLION (bukan million, bukan billion)

Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi, tinggal masukkan masukkan command:
‘masukkan 1 trillion dalam bank’ lepas tu tekan ‘Enter’.

hahahaha…cuba ANDA sendiri buat dengan Komputer anda…Senang ke SUSAH ?
hahahaha…


INFLASI –

Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR.

Bukannya kenaikan harga. Kenaikan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi.
Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang berlambak-lambak tapi takde nilai.
Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis, manusia akan berpusu-pusu cari PERAK untuk melindungi harta.

Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah.

Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.

HYPERINFLATION – Super INFLASI

Cuba pembaca TUANBRI.com yang budiman google ‘hyperinflation’.

Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas yang cepat sangat susut nilai kepada PERAK,
harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit,
selagi tu la PERAK akan naik harga.


Bukan PERAK je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.

“Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta,
Kita KENA juga beli PERAK sebagai pelindung harta.”

Saya nampak kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk PERAK.
Untuk yang ada kesedaran pun, mereka tercari-cari cara memulakan pelaburan PERAK.

Anda Boleh BACA artikel Percuma mengenai
KAJIAN Pelaburan dan Simpanan PERAK,
anda boleh KLIK sini .

Kajian selama 2 tahun oleh Ikram Adi dalam teknik tukar ganda yang menggabungkan pelbagai instrumen.

Related posts:

Aduan Rakyat (6)-Saya Beli Rumah 2 Storey Dengan RM1,000 Sahaja
Aduan Rakyat (7)-Penyewa Kurang Ajar
Tuanbri muntah-muntah

Related Posts via Categories


banner ad


2 Responses to “Simpan atau Melabur ?”

  1. tuah.rimbun says:

    bro, mcmana dgn liquidity.
    ada tak account bank utk silver?

      (Quote)

  2. tuanbri says:

    Bank di Malaysia belum lagi menerima Perak.

    Namun terdapat pelbagai tempat lain untuk di liquid kan..

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting