Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Aduan Rakyat (9) Beli Rumah

Tuanbri.com banyak mendapat soalan soalan berbentuk masalah individu yang ingin diselesaikan secara CEPAT dan TEPAT.

Ingin saya maklumkan di sini ,
saya tidak menjalankan apa apa perniagaan Perundingan Penyelesaian Hutang.

Saya hanya membantu apa yang saya rasa boleh bantu.

Oleh itu, cuba hormati masa saya.

Terdapat beberapa orang yang menelefon saya atau menghantar SMS di waktu semua orang tengah tidur.

“Patutlah anda berada dalam MASALAH sekarang ni.
Anda kurang belajar (atau kurang diajar) ? ”
bisik dalam hati kecil saya

Ini adalah antara banyak email yang saya terima, saya utarakan di sini untuk kita bincang apa kemungkinan solusi yang terbaik untuk mereka.

Email ini berbunyi :

“Saya nak tanya soalan2 ni kat tuan. Harap tuan boleh bagi sedikit panduan..

1) Jika saya mempunyai hutang kad kredit 40K dan memiliki rumah yg boleh refinance (tapi baru bayar dalam 3 tahun) di __________.

Patut ke saya refinance rumah saya untuk dapatkan cash utk byr hutang saya?

2) Saya juga memiliki rumah di ___________ yg harganya mungkin tak berapa naik tp setelah saya bayar selama 5 tahun lebih saya dapati yg loan rumah saya berkurangan amat sedikit.

Loan asal 142K, lepas bayar 5 tahun loan dlam 138K wpun saya tak pernah miss bayar. Saya risau nanti lepas 20 tahun jumlah loan masih tak berkurangan.

Adakah saya patut refinance ke loan islamik untuk pastikan rumah ni akan habis bayar?

3) Saya juga merancang untuk berpindah dari __________ memandangkan saya dan suami bekerja di KL. Di samping tu kami juga mencari kawasan yg lebih sesuai utk menyekolahkan anak kami.

Memandangkan kami telah mempunyai rumah sebelum ini, untuk membeli rumah ketiga memerlukan 30% down payment. Tapi duit kami masih belum mencukupi.

Adakah kami patut beli rumah lain di kawasan KL atau menyewa?
Atau menjual salah satu rumah?
Kami juga berminat untuk tinggal di kawasan _________.

Harap tuan dapat beri serba sedikit panduan.

Terima kasih”

Apa pandangan Tuan/Puan yang BIJAKsana ?

  • Saya ada seorang kawan peguam yang boleh menguruskan untuk jual beli tanah/rumah bagi selangor/kl/negeri sembilan/pahang/Johor.

    Khidmat nasihat percuma dan boleh tanya apa sahaja pasal jual beli rumah tanah,pinjaman dan apa juga berkaitan undang-undang. Saya telah banyak kali berurusan dengan beliau.Boleh bertolak ansur dan amanah. Boleh hubungi beliau : En _____ call/sms [012-3059—]

  • Hormatilah setiap pertanyaan..untuk kepuasan tidur, silent mode kan telefon pintar tuan..InsyaAllah setiap apa yang kita mampu bantu Allah akan bagi ganjaran..bukan salah mereka kalau kurang ilmu, tapi salah kita yang tidak sebarkan ilmu…

  • Setuju….setuju…setuju…dengan Wakli…..

    Mungkin mereka kurang ilmu dlm beberapa prkara ttp hebat di dlm perkara2 lain yg kita x hebat….

    Cuma kita yg brilmu utk smpaikn kpd yg kurng…moga mndpt ganjaran drNYA….

  • Sms xleh layan, nanti x jadi keje sbb malaysians typically expect advice 2 camni free, dan byk yg akan amek kesempatan.

    Aku rasa ko kena buat specific online form utk soalan 2 camni. Kena strict, only those yg isi that form je dpt jawapan. Ko pun boleh collect email address.

    Pastu tulis note: “saya terima 50 soalan sehari. Jadi hanya soalan yg lengkap akan dijawab. Dan soalan yg disertakan dgn “Derma” akan didahulukan”

    Utk Derma tu, letak la option accept payment skali hehe

  • 1. Ni sama mcm ambil masalah lain untuk tutup masalah lain, refinance rumah utk tujuan yg penting dan lebih memerlukan seperti pendidikan anak2.

    2. Untuk pinjaman konvesional, bayaran bulan yang kita bayar, sebahagiannya ditolak untuk interest dan sebahagiannya dibayar pokok, nisbah bayaran pokok dan interest berbeza mengikut berapa jumlah pokok yang tinggal, sekiranya masih banyak, maka nisbah interest lebih tinggi dari bayaran pokok, dan sebaliknya pula.

    3. Sewakan kedua2 rumah tersebut, maka lebihan sewa boleh digunakan untuk anda menyewa di tempat baru sementara anda mempunyai wang yg cukup untuk membeli rumah ke3.

  • hahaha…saya selalu jgk.. tgh2 mlm pukul 12mlm..1pagi..ade sms masuk.. abang.. homestay dekat __.. ade kosong lagik tak pada sabtu n ahad ni (cuti sekolah) .. harap abang dapat bls sms sy dengan segera. urgent… hohoho.. dh la nk sewa homestay org…last minit.. sms lak tuh.. siap suruh org blas cecepat… ayoyoyo… hormatilah masa saye..hehehe

  • soalan no 1 tu, bolehla jugak buat mcm tu.sebab interest kredit kad tu la paling tinggi selepas hutang along. tp nak refinance kena kira kos2 terlibat

    soalan no 3, taktau kawasan macamana nak jawab.

    berlapang dada sajalah bri, bukan semua org dpt peluang bantu org mcm awk. kalau xmampu jawab sbb byk sgt soalan, berlapang dada saje.

  • >