Bulan April ni ramai yang terkejar kejar untuk menghantar borang cukai mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Mulalah korek sana,korek sini untuk cari resit-resit yang boleh dimasukkan dalam pengiraan pelepasan cukai Individu.
Kalau beli buku,majalah, journal atau penerbitan, Anda berhak utk mohon pelepasan setakat RM1,000.
Bagus tu. Tapi saya tak pernah lagi jumpa orang beli buku sehingga RM1,000 setiap tahun.
Bagaimana dengan Yuran Seminar ?
ye la…sekarang kan ada banyak seminar. Seminar Hartawan Hartanah la, Seminar Pelaburan Hartanah la, Seminar Hartanah Gemilang la, Seminar Rumah Lelong la, Seminar Facebook la, Seminar Lubuk Rahsia Ebay la, Seminar Bisnes Printing la…
wow..letih nak taip.
Apa kaitannya dengan pelepasan cukai ?
Mari kita sama sama rujuk kembali kepada laman web www.lhdn.org.my
Apa Kata Survey ?
Dipetik dari Laman Web LHDN :
“YURAN PENDIDIKAN (SENDIRI)
Bayaran yuran tahunan terhad kepada RM5,000 dibenarkan sebagai potongan untuk kursus pembelajaran di institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi maksud meningkatkan kemahiran atau kelayakan:
(i) sehingga ke peringkat tertiari (selain Sarjana dan Doktor Falsafah) – dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; atau
(ii) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian”
Bermaksud :
Kalau nak dapat pelepasan yuran seminar yang anda pergi tu, pastikan Pihak Penganjur mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia.
Contoh : UiTM, Help Institute, Kolej Kasturi, Sunway College.
Dan itupun, hanya untuk seminar yang meningkatkan kemahiran. Ada otai Tax pernah bagitau aku, yang meningkatkan kemahiran tu hanya Teknikal sahaja dibenarkan. Yang teori sahaja tak dikira. Hah? dah pening ?
pendek kata (ikut pemahaman aku) seminar-seminar yang disebut di atas seperti Seminar Pelaburan Hartanah, Seminar Facebook, Seminar Ebay tak boleh diambilkira dalam memohon pelepasan cukai.
p.s. Ramai sangat yang beranggapan mereka boleh mohon pelepasan untuk apa-apa seminar yang mereka pergi.
p.s.s. Tempat tinggal sikit je lagi untuk (KLIK SINI) Seminar Pelaburan Hartanah yang dianjurkan oleh tuanbri.
Pakar Pelaburan Hartanah Malaysia Pelaburan Hartanah Untuk Masa Depan Anda



Erk…..resit seminar aritu dah ilang,
Bleh keluarkan resit baru tak?
Adi Hanif recently posted..Beli Rumah Dapat Cash RM13,000, Betul Ke Ni?
Boleh.
Pihak kami akan kenakan ‘Admin Charge’ untuk sebarang pendua resit yang dikeluarkan.
Sila hubungi admin kami di pejabat.
Erk….
Baiklah, akan menghubungi admin
Adi Hanif recently posted..Beli Rumah Dapat Cash RM13,000, Betul Ke Ni?
salam,
saya baru lagi, camne nk check yang kita kena cukai pendapatan? boleh bg info sikit ke?
thanks
With effect year 2010 an individual who
earns an annual employment income of RM26,501
(after EPF deduction) has to register a tax file.
Sesiapa yang Gaji Bersih Sebulan lebih RM2,208
kena BAYAR cukai.
oooo.. paham2… bende ni ada tulis kat website e-hasil.. aku baru bace 2 hari lepas
Owh ingatkan resit ni boleh tolak tax
ramai yang tak berapa clear,
ataupun tak ambil periksa.
“Sesiapa yang Gaji Bersih Sebulan lebih RM2,208″
tak layak bayar tax sebab xcukup syarat tu
rm 2208… tak layak.. bersih pn tak cecah1.5k…
Adess! So takde la pelepasan cukai untuk Seminar Hartawan Hartanah? Hmm.. Ape boleh buat..
susahla hanya terima receipt tertentu jer..
Azydy recently posted..Lelaki Kacak Kongsi 10 Gaya Lelaki Kacak