Thursday , 23 May 2013
Berita Hartanah!

Perjanjian Rumah Sewa – Tenancy Agreement

Banyak juga yang sibuk bertanya mengenai Perjanjian Sewa Rumah
Tenancy Agreement.

Kenapa benda ini menjadi isu ?

- tiada guideline macammana nak buat
- tiada orang yang terangkan pasal perjanjian sewa rumah
- RAMAI yang nak jimat duit, taknak tanya Peguam
- Ramai yang malas
- Ramai yang rasa tak penting ada Perjanjian Sewa ini

Saya sering tekankan “Setiap perjanjian semestinya ada satu surat hitam putih, bertulis
dan jelas apa yang akan berlaku bagi setiap senario”.

Contoh :
1 – apa yang akan berlaku kalau penyewa tak bayar sewa 1 bulan (lewat 1 bulan)
2 – siapa yang akan tanggung kos membaikpulih tandas sekiranya tersumbat ?

Biarpun benda itu belum berlaku lagi, tapi kita dah cover dalam perjanjian sewa rumah

Bila kita nak bagi Penyewa masuk rumah kita, kita kena tekankan kepada mereka
yang tuan rumah adalah kita dan mereka hanya akan menyewa sekiranya bersetuju dengan semua syarat syarat kita.

Jadi bila timbul isu, tiada masalah akan timbul.

ISU atau DILEMA terbsesar setakat ini ialah

Nak Stamping ke tak perjanjian sewa rumah itu tadi ?

hehehe..itu semua terpulang kepada anda.
kenapa anda mahu stamp kan perjanjian sewa itu ?

Adakah kalau tak STAMP tak sah perjanjian tersebut ?
-siapa kata ? sila rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang perundangan

masih ingat tak orang dulu dulu jual beli rumah, tak buat stamping pun..

Saya personally akan Stamp kan perjanjian rumah sewa itu kerana

1) nanti senang nak apply loan lagi.
sebab Bank pun konfiden bila tengok perjanjian kita itu telah dimatikan dengan setem.

2) Penyewa pun tengok perjanjian itu takut. Benda tu nampak macam LEGAL. Benda tu nampak macam SAH. Itulah Persepsi orang ramai mengenai Perjanjian Sewa Rumah sehingga kini termasuklah penyewa rumah dan tuan rumah itu sendiri!.

3) Boleh bawa masuk Mahkamah kalau Penyewa saman saya!

Ada juga bank yang menerima Perjanjian Sewa Rumah kalau ianya tidak berStamp. Ini disebabkan suatu perjanjian adalah sah walaupun tidak dimatikan setem.

Kat mana nak buat Stamping ni ?
Apa yang aku tahu, ada 2 tempat.

1. Lembagah Hasil Dalam Negeri.
Kat sini ada 2 pilihan. Sama ada nak guna setem Hasil RM10,RM5 dan sebagainya. Kemudian mereka matikan setem tersebut.

2. Kita boleh isi borang dan suruh LHDN sendiri guna Franking Machine, di mana setem hasil tersebut dicetak di atas perjanjian tersebut.

Penyewa yang marah tulis nama aku sebelum dia terjun ke bawah

Baca setiap syarat dalam Perjanjian Sewa Rumah

perjanjian rumah sewa di kuala lumpr

Macammana nak kira Kos Stamping Perjanjian Sewa Rumah ?

Nantikan artikel yang akan datang.

About tuanbri

Tuan Bri adalah seorang yang pakar dalam Bidang Hartanah khususnya d Malaysia. Berpengalaman selama 7 tahun didalam bidang hartanah. Beliau juga adalah specialise dalam membantu merancang kewangan anda menuju financial freedom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


CommentLuv badge

Subscribe without commenting