Monday , 21 April 2014
Berita Hartanah!

Satu Solution Dipecah Masuk

Pada hari Ahad bersamaan 8 April 2012,  saya mndapat beberapa misscall daripada

rakan sePejabat saya…

 

Malam itu pula , secara kebetulannya saya tidak tidur sehingga ke pagi.

Lepas solat, saya tidak tidur terus seperti kebiasaannya …
Saya terasa nak makan nasi lemak pula….selalunya saya akan tidur dulu kerana bila saya tidak tidur, perut tak terasa lapa sangat.

Perasaan Mengantuk akan Mengaburi perasaan lapar tersebut….

 

Namun nak ditakdirkan Tuhan, saya pun pergilah makan seorang diri.

Lepas makan saya balik terus ke rumah dan periksa telefon saya yang saya sengaja tinggalkan di rumah.

“Mana da orang nak call saya pagi pagi ahad ni…sure semua orang tengah diulit mimpi”

 

Bila tengok ada banyak misscall dari rakan sePejabat saya, mulalah hati saya gundah gulana..

 

FLASHBACK…

 

Hari Rabu (4 April 2012) -

Saya dan beberapa rakan berbincang mengenai rancangan untuk memasang CCTV di dalam Pejabat. Beserta pemasangan Access Card dan pintu Kaca.
Bila berbincang, keputusan telah dicapai.

 

Hari Jumaat (6 April 2012) -

Saya dah lama sangat nak berjumpa dengan Penyewa Pejabat lain dalam bangunan yang sama.

Kerana saya ingin memasang Kunci Tambahan….Hati saya dah lama berbunyi …….

sebelum ini saya agak sukar untuk menghubungi Si Penyewa ini kerana pejabat beliau tiada signboard atau apa apa no telefon yang boleh saya hubungi. Pintu Pejabat beliau pula sentiasa tertutup. Ada beberapa kali saya ketuk namun tiada jawapan.

Nak dipendekkan cerita, bila nak balik Hari Jumaat ni, dapatlah saya bertemu dengan Si Penyewa tersebut….Alhamdulillah.

Dapatlah saya no telefon beliau. Lepas ni memang saya rancang untuk menambahbaik sistem keselamatan di pejabat.

 

Hari Ahad (10 April 2012) -

Bergegas saya ke pejabat pagi itu setelah membuat panggilan kepada rakan Pejabat saya.

“Pintu pejabat semuanya terbuka”

“Barang-barang bersepah!”

 

tanpa perlu kata apa-apa lagi, Kita hanya mampu merancang, Tuhan saja menentukan. Bila saya periksa Pintu Grill, ternyata ianya telah dikopak. Mangga Hilang Sama Sekali (mungkin boleh dijual).

 

Pada mulanya saya mempunyai seorang Suspek…tetapi setelah melihat hasil kerja ini..saya tersilap…Apa yang saya belajar ialah jangan mudah buruk sangka.

 

Duit tabung 20 sen…

 

Laporan Polis dibuat serta merta.
Namun tiada apa apa yang mampu dilakukan oleh mereka kecuali mencari bahan yang boleh dijadikan sebagai rekod pada amsa akan datang.

 

Pihak polis telah berjaya mengenalpasti cap cari suspek dan siasatan sedang dijalankan.

 

 

Jumlah Kerugian = Hampir RM30,000

Jumlah Data yang Hilang = Priceless

Jumlah Emosi yang tinggal = sedikit (sekarang insya Allah dah ok)

 

Saya redha dengan apa yang telah berlaku. Semoga Si Pelaku dirahmati Allah dan beliau akan berjasa keda Masyarakat.

 

p.s.: dengan portable hard disk yang saya buat back up pun diaorang kebas.

 

About tuanbri

Tuan Bri adalah seorang yang pakar dalam Bidang Hartanah khususnya d Malaysia. Berpengalaman selama 7 tahun didalam bidang hartanah. Beliau juga adalah specialise dalam membantu merancang kewangan anda menuju financial freedom.

22 comments

  1. Dugaan ni bro….Semoga ko terus mendapatkan keberkatan hidup atas jasa2 yang di taburkan kepada masyarakat.. Dan semoga pencuri tu insaf & berbakti kepada masyarakat daripada menjadi sampah masyarakat.

  2. “Semoga Si Pelaku dirahmati Allah dan beliau akan berjasa kepada Masyarakat.”

    +1

    Tanda besar betul iman tuan bri.

  3. Duit tabung tinggal 20 sen jer..hampeh betul.. aku ingat lg masa attend kursus ko tuanbri.. duit tabung tu punyelah byk.. sabarlah byk2.. berat mata memandang berat lagi bahu ko yg memikul Tuanbri… mudah2 han lepas ni rezeki ko akan lebih murah,, Insyaallah…

  4. Sabar tuan bri dan team.
    ada hikmah di sebali kejadian.insyaAllah..

    Moga bri dan team terus bangkit.
    ezord recently posted..Hai Dunia & Selamat Berkawan!My Profile

  5. hashim bin maringali

    semuanya dugaan dia pun mahluk tuhan ,x kemana tu

  6. semoga awak lebih cekal tuanbri..

  7. Semoga pengalaman ni jadi sumber kekuatan dan kejayaan akan datang….

  8. mari kita sama2 berdoa agar si penyamun tarabus tu akan jadi insaf n kembali ke pangkal jalan sebelum beliau terjebak ke kancah yg lebih hina lagi…..kami sentiasa berdiri teguh di belakang mu tuanbri, InsyAllah !

  9. Tuhan nak bagi yg lebih baik lepas ni…ni ujian…percayalah..

  10. Takziah to Tuan Bri & rakan2..

  11. semoga Si Pelaku dirahmati Allah dan beliau akan berjasa keda Masyarakat…suka ayat ni…doakan yg terbaik utk si pencuri…mana tau hati dia terbuka pulangkan balik apa yang dia curi

  12. Tuan Bri… saya bersimpati dgn tuan… Semoga ALLAH memberikan hidayah dan pertunjuk kepada pencuri itu. …
    Harap Tuan Bri terus tabah dan sabar meghadapi ini semua…. Kerana ALLAH senantiasa bersama dgn org2 yg sabar….
    “Ketahuilah, disebalik kegembiraan akan disusuli dgn kedukaan dan disebalik kedukaan akan di susuli dgn kegembiraan..”
    Semoga Kita semua mendapat rahmat dan hidayah dari ALLAH dan sentiasa berada di lembayung keampunanNYA
    Amiin…

  13. inaliLLAHwainnailahirojiun….. setiap ujian pasti ada rahsia2 yg tersirat tabahkan diri tuan bri. inilah ujian yang perlu dihadapi apabila usaha untuk menaikkan bangsa melayu mula dicurigai
    takkan melayu hilang di dunia….

  14. Huhu.. Geram nya tengok tabung amal jadi 20 sen je.. Sob sob, itu hak orang lain tu yang kena ambil..
    Azhari recently posted..ASB OD with MaybankMy Profile

  15. Property Specialist

    Zaman sekarang ni semua org dah jahil dan mereka x peduli harta pencarian dr sumber haram atau halal yg pasti mereka x mati kelaparan, disebabkan sekarang ni seluruh negara mengalami defisit dan inflasi tinggi so mereka2 yg tidak berpelajaran ni x de pilihan lain dan IMAN rapuh..so kita ambil jalan berhati2 dan berwaspada tapi itu pun tiada jaminan…redha je la bro,rezeki allah ni x putus2 selagi kita masih bernyawa. so teruskan usaha

  16. Hanya siapa yg kenal Tuan bri tahu bertapa mulia nya hati beliau utk membantu anak muda utk berjaya dlm pelaburan hartanah…. Walaupun sya hanya bertemu sekali sewaktu di tan corp Auctioneer…. Sabar tuan…

  17. atas segala jasa budi yang telah ditabur selama ini, PERCAYALAH ada sinar yang lebih baik menanti tuanbri di hadapan……Amin

  18. Tuan Bri, banyakkan bersabar dan berlapang dada..Ini ujian Allah untuk tuan. Tuan Bri dah banyak membantu kami semua. Ini sebabnya Allah bagi ujian ini untuk melihat sama ada Tuan Bri layak ke tidak untuk mendapat rezeki lebih besar. Sifu saya lagi satu, Dr Azizan selalu berkata “Bila kita meminta, Allah akan bukakan jalan. Bila jalan dah terbuka akan ada ujian.Kena sabar dan usaha insyaallah berjaya.” Kami semua sentiasa menyokong tuan bri..

  19. Setiap dugaan yg berlaku Allah Taala psti akan menganugerahkan rezki yg lebih baik

  20. Salam,

    Sabar bri, setiap berlaku pasti ada hikmahnya. Tul lah azhari, duit tabung tu ada hak org lain tuh…xpe, kami halalkan..insyallah akan ada banyak rezeki lain yg dtg…
    Allah Maha Pemurah…amin

  21. sabar je tuanbri, ALLAH itu maha berkuasa….semua cerita ini mungkin ada hikmah yg tersurat utk tuanbri….rezeki tuanbri akan bertambah2 lagi d masa depan….INSYALLAH

  22. Kulaan Wahini

    Punya la sendat tabung amal tu dgn duit kertas pelbagai warna. Tinggal 20sen jek….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


CommentLuv badge

Subscribe without commenting