Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Pelabur Underground – Satu Mitos?

Lokasi : Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh : 16 & 17 Jun 2012 (sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 7.00 petang

 

Kolokium Pelabur Underground

Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana melancarkan perjalanan Kolokium Pelabur Underground 2012 yang bertempat di Dewan Sivik MBPJ pada 16 & 17 Jun 2012. Perancangan rapi telah dilakukan seawal bulan Mac 2012 dan pelbagai halangan terpaksa dihadapi oleh Team Pelabur Underground. Namun kalau hidup tanpa cabaran, bukan HIDUP namanya!

Pada mulanya ada seorang pakar Internet Marketing ingin berkolaborasi dengan Pelabur Underground untuk mengadakan satu Program yang akhirnya dipersetujui dan diberi nama “Strategi Pelabur Underground versi IM”. Program ini diwujudkan atas 2 dasar :-

1) ingin mendedahkan golongan yang tidak menggunakan internet dengan pendedahan pelbagai Sumber Pendapatan yang boleh dijana melalui Internet.

2) ingin mendedahkan golongan yang asyik sibuk dengan internet supaya tahu akan pelaburan yang WAJIB mereka buat selain daripada perniagaan internet sahaja.

Projek “Strategi Pelabur Underground Versi IM” ini gagal untuk dilancarkan atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Pakar Internet Marketing (pemasaran internet) tersebut.

Jadi Team Pelabur Underground diketuai oleh Tuanbri dan Zaidi Ismail mengambil inisiatif untuk melancarkan “Kolokium Pelabur Underground” tahun 2012. Kami juga bersetuju agar Kolokium ini akan dijalankan setiap tahun.

beratur untuk pelabur underground

Barisan Speaker di Kolokium Pelabur Underground 2012 :

Zaidi Ismail – Pengurusan Kewangan
Tuanbri – Pelaburan Hartanah dan Pengurusan Diri
Pakdi – Saham Index
Ikram Adi – Logam Berharga (Perak)
Raja Kamil – Pemasaran Internet
Wafi – Analisa Teknikal Carta
Mior – Pembiayaan Hartanah
Ikram Vietnam- Usahawan Borong Vietnam

dan jemputan KHAS :

Saudara Faizul Ridzuan
Penulis Buku Hartanah yang bertajuk WTF?
Pelaburan Hartanah sebanyak 23 unit pada umur 30 tahun.

Pengasas Kelab Hartawan Hartanah

Kenapa Pelabur Underground diwujudkan?

  • Seperti kebanyakan orang, adakah anda penat menunggu hasil dari simpanan dan pelaburan yang tidak seberapa?
  • Penat menyimpan wang di ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan hanya memperolehi 7 atau 8 peratus setahun?
  • Adakah ini satu-satunya bentuk pelaburan yang anda tahu?
  • Adakah anda memiliki rumah sewa tapi mengalami masalah penyewa & hasil yang tidak seberapa?
  • Menunggu sehingga 20 tahun untuk menjadi jutawan?
  • Apa yang terlintas di fikiran anda apabila disebut “Pelaburan”?
  • Adakah rumah satu pelaburan?
  • Adakah tanah satu pelaburan?
  • Adakah emas & perak satu pelaburan?

Bagaimana pula dengan jenis pelaburan yang tidak biasa didengari seperti :

  • pelaburan ke atas logam berharga atau
  • pelaburan sewa atas sewa atau
  • pelaburan pemasaran Internet atau
  • pelaburan Indeks.

Menarik bukan?

Ini adalah peluang anda untuk bersama kami menyelami jenis pelaburan-pelaburan yang diluar kebiasaan umum.

Ketahui teknik dan kaedah bagaimana kami dapat menghasilkan 10 hingga 30% pulangan dari pelaburan kami.

Ianya bukan disebabkan oleh apa yang kami laburkan tetapi apa yang kami tahu tentang sesuatu pelaburan tersebut.

Senjata seorang pelabur adalah maklumat, saya ulang lagi sekali MAKLUMAT!

ia membezakan antara untung atau ruginya sesuatu pelaburan selain daripada kemahiran.

 

akan disambung……(Part 2)

  • Tahniah kepada pengajur dan barisan speaker kerana kesudian untuk berkongsi ilmu kepada kami yg baru nak belajar. Moga dapat bertemu lagi pada langkah seterusnya

  • >