Projek Amal Sehelai Baju Buat Mengesat Air Mata kembali lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Salam semua pembaca blog Tuanbri.com. Apa khabar semua? Ingin saya kongsikan sesuatu dengan anda.
“Projek Amal Sehelai Baju Buat Mengesat Air Mata”
INTRO – Bersempena dengan program www.SehelaiBaju.com yang mengumpulkan sehelai baju raya baru untuk anak-anak yatim di Malaysia,
Tuanbri dan Kelab Hartawan Hartanah akan menyumbangkan sedikit sebanyak Baju Melayu dan Baju Kurung untuk anak-anak yatim yang terlibat.
Bagi mereka yang ingin turut serta, bolehlah melayari laman web www.SehelaiBaju.com untuk mengetahui cara cara untuk menyertai Program yang Super Mudah ini
Atau
menyalurkan SUMBANGAN ANDA kepada Tuanbri (Pemilik Satu Solution Corp Srvc) dan Kelab Hartawan Hartanah dalam bentuk Wang Ringgit agar kami dapat menyalurkan kepada anak anak yatim ini.
CARA-CARA – Untuk memudahkan perkiraan, sumbangan anda dikira sebagai harga 1 set baju = RM40. Kami akan membeli sehelai baju tersebut dan memberikan sehelai baju tersebut kepada mereka.
AMARAN – Kalau tak yakin dengan saya atau kami, JANGAN terlibat dengan program ini. Sila layari www.SehelaiBaju.com dan berhubung dengan penganjur tersebut.
Bagi yang mengenali saya, boleh sms kepada 016.310-6500 :-
FORMAT SMS – nama (jarak) email (jarak) Sedekah
dan saya akan sms kan no akaun Satu Solution untuk memudahkan pihak Tuan/Puan memindahkan derma anda.
Insya Allah mereka akan bergembira dengan Baju Baru mereka.
Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan.
Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi.
Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
(Di pinjam dari www.amalansedekah.blogspot.com)
Pakar Pelaburan Hartanah Malaysia Pelaburan Hartanah Untuk Masa Depan Anda






Jom join Kami
Jom jom .. Nak join
join
terima kasih atas sumbangan anda…
Kami masih lagi menerima sumbangan anda..
sehingga minggu depan.
Amalina & Yusrizal insyaAllah join..jom bersedekah di bulan Ramadhan yg mulia ni..Alhamdullillah
Join sama2 kita menyumbang sambil beramal,ini buka kali pertama diadakan mlah dh berkerap kali..semoga sedikit sebanyak membantu mereka yg memerlukan..Bri ,den dh bayor ye..check akaun.
nk share skit,dlm Surah Muhammad ayat 20..maksud ayat brgsiapa membantu/menyokong agama Allah,maka Allah akan kukuhkan kedudukannya..ini janji tuhan. ..bersedekah,menyumbang dan beramallah semoga tuhan kukuhkan kedudukan dan limpahkan rezeki..
terima kasih semua..
alhamdulillah kita dapat menyumbang
4 biji buar rumah anak yatim untuk
program sehelai baju ini…
terima kasih kepada semua yang bersama sama menyumbang
tuanbri recently posted..Program Amal Sehelai Baju buat Mengesat Air Mata