Ramai yang tidak berapa sedar akan kewujudan perunding pinjaman perumahan atau pembiayaan bank ketika membeli rumah. Kenapa ini berlaku? Ramai yang lebih fokus kepada proses beli rumah itu tersebut tanpa memandang isu pembiayaan pinjaman perumahan tersebut.
Isu ini juga sebenarnya penting. Ini sepatutnya dilakukan sebelum kita membeli rumah lagi.
Kenapa PENTING ?
Cermin-cerminlah diri anda! – Dr. Fadilah Kamsah
Bila kita nak beli rumah, hampir 90% menggunakan kemudahan pinjaman bank untuk membeli rumah. Tanpa bank, mungkin kita tidak dapat membeli rumah idaman yang telah sekian lama kita idamkan. RAMAI yang mengatakan pihak BANK membuat keuntungan yang berlipat ganda apabila memberikan pinjaman perumahan kepada rakyat marhein seperti kita ini. Namun, majoriti masih lagi menggunakan khidmat mereka ini yang dikatakan KEJAM apabila membeli rumah.
Salah satu cara untuk mendapatkan pinjaman bank ialah melalui pegawai bank tersebut. Pergi mana-mana cawangan bank yang anda suka, CIMB, maybank, RHB, Hong Leong dan sebagainya. Minta je nak berjumpa dengan pegawai pinjaman perumahan. Pasti anda akan berjumpa dengan seseorang yang memang dikhaskan untuk tugas ini.
Cara lain pula ialah dengan berjumpa dengan Perunding Pinjaman Perumahan. Siapa mereka ini? Kenapa pula wujudnya perunding pinjaman perumahan ini ? Adakah mereka berkerja dengan bank itu ?
Sebenarnya Perunding Pinjaman perumahan / Pembiayaan Bank adalah satu badan luar, dimiliki oleh orang persendirian ditubuhkan untuk memberi khidmat kepada orang orang yang ingin memohon pinjaman tetapi tidak tahu cara atau tidak ada masa.
Syarikat Perunding Pinjaman ini telah dilantik oleh pihak bank yang berkaitan untuk menjalankan pemasaran bagi pihak mereka, “outsource” . Ini adalah salah satu usaha untuk menjimatkan kos pentadbiran bank tersebut, memasarkan produk bank tersebut dengan lebih luas dan khidmat yang diberikan oleh perunding pinjaman perumahan adalah lebih efisien dan lebih teratur.
Siapa yang pernah menggunakan khidmat mereka ini ?
Pakar Pelaburan Hartanah Malaysia Pelaburan Hartanah Untuk Masa Depan Anda


Ada suatu yang agak terkilan di hati bakal pembeli apabila pinjaman tidak dikeluarkan utk kws tertentu yg pasti harganya akan jatuh..atau adakah bank yg tawarkan utk loan rumah di bt Abgsa.