Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Pelabur Underground masih lagi berpenyakit!

Bagi mereka yang menghadiri Kolokium Pelabur Underground 2013, rata-rata masih lagi terkena dengan angau PU 2013.

 

Berikut adalah sinopsis peserta yang bernama Muhammad Faris:

Assalamualaikum semua~~~

Lama saya tak post kat muka buku ni…
Sebenarnya banyak nak share dengan kawan2 tapi masa sangat2 limited.
Saya tengah sibuk dengan latihan industri (praktikal) jadi tak sempat nak mengarang panjang2.

Di mana?

Jauh~~ Di Gym FSR UiTM Shah Alam.

Kan? Xp

Okay apa saya nak share kali ni?
Saya nak share dengar korang semua seminar yang saya pergi sabtu dan ahad tempohari.

Apa nama seminar ni?

Seminar Strategi Pelaburan Underground Ke-13 (PU13)

Best ke? Best la!!!

Okay, secara umumnya,seminar ni berlangsung selama 2 hari iaitu pada 2 & 3 Feb 2013 di Menara PGRM, KL.

Ada 10 orang speaker dalam seminar ni antaranya tuan Zaidi Ismail, Tuanbri Pakar Hartanah, Pakdi Suzardi M, tuan Ikram Adi, tuan Faisal Abdullah, dan penulis buku WTF tuan Faizul Ridzuan.

PU 2013_820815_462672857131604_1941002217_o (2)
Okay ramai speaker, so?

Baik, untuk pengetahuan korang semua, PU13 telah di adakan untuk mengumpulkan pelabur2 “underground” bagi berkongsi dengan para peserta kepakaran mereka masing2. (di namakan underground sebab mereka ni jutawan senyap). Contohnya, Tuanbri dan tuan Faizul Ridzuan ni pakar dalam bidang hartanah sementara tuan Ikram Adi pula pakar dalam pelaburan silver fizikal.

Macam best, cerita la lagi Faris?

Untuk pengethuan korang semua, saya pergi dengan tunang tercinta, Faizatul Azra. So, macam2 jadi sebenarnya (ni selingan).

Jadi, hari pertama ditakdirkan saya lewat. Program mula jam 9.00pg tapi dekat jam 8.30pg baru nak gerak. Tunang saya merajuk la sebab dia dah prepare sejak pagi lagi. (kami bawak bekal dari rumah, tak mampu nak makan di kedai). Jadi dia gerak dulu dan saya gerak kemudian (saya kena tinggal) T-T. Nak jadi cerita,akhirnya kami bertemu semula di tempat seminar. Dengan skill pujukan over 9000 saya,akhirnya berbaiklah kami. Malangnya, kami terlepas slot tuan Raja Kamil – Internet marketer iaitu slot yang paling tunang saya nak dengar. Takde rezeki la kan?

Okay berbalik kepa

da cerita asal. Hari pertama kami sempat duduk dalam slot Tuan Bri, Tuan Ikram Adi, Tuan Wafi Hartawansilver dan Tuan Jamal. Hari kedua pula slot tuan Faizul Ridzuan, Pak Di, tuan Faisal Ibrahim, tuan Wahi, dan tuan Zaidi Ismail.

Tuan Bri berkongsi 2 topik iaitu
1. kenapa melabur dalam hartanah
2. kenapa beli rumah lelong

PU 2013_820815_462672857131604_1941002217_o (1)
Tak paham? Masih ada peluang, klik sini —-> http://tinyurl.com/ilmuhartanah

Tuan Ikram Adi pula berkongsi dengan peserta tentang pelaburan perak.

1. Carta Musim Ekonomi
2. Sebab silver naik
—-> bullmarket
komoditi
—-> krisis matawang
3.Potensi silver naik dan teori ratio 1:16

Apa tu? Nak taw lebih lanjut klik sini —-> http://tinyurl.com/ilmusilver

Tuan Wafi pula share berkenaan technical analysis. Ape mende tu?

Secara asasnya, beliau memberi pendedahan berkenaan kaedah menganalisa graf pelaburan. (bakunya bahasa aku).
Kemudian be
liau cerita pasal japanese candlestick, daily timeframe, moving average dll.
Ramai peserta yang tak faham slot beliau.

Saya?

Saya pun tak la faham sangat tapi saya pernah baca dan usha sikit2 pasal FCPO jadi takde lah blur sangat. Tapi dari mata h
ati saya, saya tahu beliau ni genius.

Tuan Jamal (Jermi) ni pengusaha jualan vending machine. Apa yang saya boleh ulas, bisnes vending machine ni mempunyai potensi besar untuk dikembangkan. (1 mesin beliau boleh dapat rm1k-3k sebulan.kalau ada 10 mesin?)

Tuan Faizul Ridzuan pula berkongsi pengalamannya dalam pelaburan hartanah. Berbeza dengan tuan Bri, tuan Faizul Ridzuan ni bersinar dari celah2 komuniti forum hartanah. Populariti beliau semakin memuncak dengan terjualnya buku WTF? 23 Property by 30 yang telah membuka mata ramai anak muda untuk berkecimpung dalam bidang
hartanah yang 10-20 tahun lepas,sangat asing bagi anak melayu.

Pak Di atau Tuan Suzardi Maulan berkongsi tentang pelaburan saham patuh syariah. Penerangan beliau sangat santai dan mudah di fahami.

Ada 3 cara main saham:
1) DIY,
2) beri pada profesional
3) pelabur he
nsem
Untung
dari saham ada 2:
1) Capital gain
2) Dividen (jika ada)
Ada bengkel cashflow di UiTM S. Alam sabtu ni. boleh rujuk sini
—> https://www.facebook.com/muhammadfaris.binomar/posts/211644722313003
Faisal Abdullah, internet marketer ke2 sebagai speaker PU13. Beliau mengetengahkan bisnes fizikal online (Raja Kamil lebih fokus kepada produk maya —> pada pendapat saya).
Beliau menyangkal kenyataan Tuan Bri dengan menyatakan bahawa bisnes online juga low risk, high return. Presentation beliau sangat mencuit hati. Beliau menggunakan medium FB dan Google untuk memasarkan produk beliau.
Tuan Wahi pengusaha bisnes kereta sewa. Pada pendapat saya, bisnes kereta sewa juga berpotensi besar untuk di majukan kerana pinjaman mudah lulus dan sektor pelancongan negara semakin berkembang. Beliau kini ada 6 cawangan di seluruh malaysia.

Akhir sekal

i ialah tuan Zaidi Ismail. Secara jujurnya, beliau lah speaker yang paling saya tunggu2. Beliau berkongsi secara santai berkenaan falsafah pelaburan dan pentingnya menetapkan matlamat pelaburan.

Antara kata2 hikmat beliau,
“Anda hanya ada 2 pilihan; tunggu peluang atau cipta peluang”
“Kemiskinan bukan 1 pilihan”

Beliau turut menjelaskan bahawa setiap ilmu pelaburan yang di bawa oleh speaker2 sebelum ini hanyalah investment tools atau alat pelaburan. Jika investment tools yang di kongsi kan bertepatan dengan matlamat kewangan kita, maka gunalah tools tu.

Panjang nya~

~

Hehehe…saya memang suka post panjang2…

Boleh tak share lagi?

Boleh. Tapi, mana larat nak tulis semua dalam FB. kalau sapa2 berminat, kontek la saya via hanset 013-6394591. Boleh kita jumpa kongsi2 ilmu.
PU 2013 483543_534923443195952_498269044_n
Kena bayar ke?
Saya sendiri pergi ke seminar ni keluarkan rm150 (yuran, makan minum + pengangkutan). Jadi, saya akan share ni FREE. Kenapa?
PU 2013_820815_462672857131604_1941002217_o (3)
“What you give you get back more” (Tuanbri-2012)

Insyaallah saya lapang saya akan turun dan lapangkan masa untuk korang.

ps 1: balik dari seminar tu hari selasanya terus demam…ni pun tak baik demam lagi tau. T-T

ps2: kalau post ni bermanfaat, share lah dengan kawan2. tak rugi kongsi ilmu dan maklumat berfaedah.

ps3: saya dan tunang ada online shop jual makanan2 sunnah, jom like!
—> https://www.facebook.com/AzfarSunnahShop?fref=ts

Enjoy the Pictures…more to come!

Pelabur Underground

TB : budak ni bagus, ada potensi tapi ………

>