Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Ulangkaji Ilmu Hartanah – Jenis-Jenis Rumah di Malaysia

jenis jenis rumah

Pada artikel ini, kita akan mengulangkaji mengenai jenis-jenis hartanah dan perumahan di Malaysia. Terdapat banyak jenis-jenis perumahan di Malaysia antaranya seperti :

1. Teres setingkat
2. Teres 2-3 tingkat
3. 1 Tingkat berkembar
4. 2-3 Tingkat berkembar
5. Sesebuah
6. Rumah Bandar
7. Kluster
8. Rumah Kos Rendah
9. Pangsapuri Kos Rendah
10. Pangsapuri
11. Apartment Servis
12. Kondominium

Setiap rumah ini mempunyai target market yang berbeza, golongan daripada taraf yang berbeza dan juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Setiap daripada rumah ini mempunyai status bumiputera, status leasehold or free hold, dan lain-lain status yang diletakkan berdasarkan tujuan asal developer dan tertakluk kepada akta undang-undang tanah.

Manakala range harga adalah berbeza-beza mengikut jenis rumah selain faktor kawasan yang mempengaruhi faktor harga rumah-rumah ini.

 

Antara jenis-jenis rumah yang popular di Malaysia adalah:

1. Banglo
Banglo adalah sejenis rumah yang didirikan di atas sebidang tanah yang tidak bersambung dengan rumah lain.Harga biasa bagi sesebuah banglo adalah bernilai lebih dari 1 juta keatas.

2.Rumah Berkembar
Rumah 2 buah yang didirikan di atas sebidang tanah yang berkongsi dinding di tengah. Rumah jenis ini hanya mempuyai tanah kosong di bahagian hadapan, belakang dan salah satu daripada sisinya.Selalunya harga rumah jenis ini adalah berni la dalam RM 500k.

3.Rumah Townhouse
Rumah jenis ini selalunya mempunyai 2 tingkat dan mempuyai 2 pemilik yang berlainan.Kedua-duanya menpuyai laluan masuk yang berbeza.dan mempuyai pagar yang boleh memuatkan 2 buah kereta bagi setiap pemilik.Selalunya rumah jenis ini hanya wujud di bandar-bandar besar sahaja.Terdapat juga rumah jenis town house yang setinggi empat tingkat.

4.Teres Satu Tingkat
Rumah jenis ini boleh diklasifikasikan sebagai rumah kos sederhana yang mampu dimiliki. Rumah jenis ini selalunya mempuyai.minimun 3bilik dan dilengkapi 1 atau 2 bilik air.Ruang letak kereta di hadapan rumah boleh memuatkan 2 buah kereta.Selalunya harga rumah jenis ini adalah dalam lingkungan RM 100k dan keatas.

5.Teres 2 Tingkat
Rumah jenis ini adalah rumah yang paling diminati dikalangan rakyat Malaysia.Ianya selesa dan mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan sederhana.Selalunya rumah jenis ini dilengkapi sekurang-kurangya 3 bilik dan di tambah satu bilik stor ataupun bilik pembantu rumah.Dapat memuatkan sekurang-kurangnya 3 buah kereta di hadapan rumah.Kebiasaanya harga rumah jenis ini dalam lingkungan RM200k ke atas.

6.Apartmen
Rumah jenis ini adalah lebih kurang sama dengan Kondominium cuma kemudahan dan saiznya tidak sebesar dan sebanyak unit kondominium. Apartmen juga terletak di tengah-tengah bandar besar dan harganya jauh lebih murah berbanding kondominium.Terdapat dua jenis apartment, pertama apartment kos rendah dan apartment kos sederhana tinggi.

7.Apartmen Servis
Rumah jenis ini adalah rumah yang mempuyai ciri-ciri kemewahan. Apartmen servis mempunyai kemudahan seperti membersih rumah dan lobi yang bertaraf hotel.Terdapat banya apartment yang menyediakan servis yang tiada bilik dan ia di panggil studio apartment.Apartment ini dibangunkan di tanah komersial dan bukan di tapak kediaman yang terletak di bawah Kementerian Perumahan.Kadar sewa,harga rumah, dan ansuran yang perlu dibayar kepada bank adalah tinggi.Kadar peyelenggaraan juga adalah tinggi.

8.Flat atau Pangsapuri
Rumah jenis ini merupakan rumah yang paling murah.Kebanyakan rumah flat berada dalam lingkungan kos rendah dan sederhana rendah.Harga rumah flat bermula dari RM42k keatas.Flat biasanya tidak dilengkapi dengan pengawal keselamatan.Kebiasaaannya pembelian rumah jenis ini dikawal oleh kerajaan dan tidak semua orang dapat membeli rumah jenis ini kecuali mereka yang berpendapatan RM2500 sebulan sahaja layak untuk membeli daripada pemaju.

>