Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

DIBS – Kelebihan atau kekurangan ?

DIBS menjadi senjata utama untuk pemaju melariskan jualan sesuatu projek perumahan terutamanya perumahan bertingkat seperti Kondo, Apartment dan Flat. Apa itu DIBS? Siapa pula yang mewujudkan terma DIBS ini? Kenapa ianya diperkenalkan dan muncul di pasaran hartanah? DIBS kini menjadi kelebihan atau kekurangan kepada pelabur pelabur hartanah ?

wow! terlampau banyak sangat persoalan pasal DIBS. Tak terhenti setakat itu sahaja. Ada banyak lagi soalan-soalan yang sepatutnya ditanya dan dikaji. Isu DIBS ini muncul kembali setelah Bank Negara Malaysia membuat kajian ke atas DIBS. Isu di sini ialah adakah patut Bank Negara menghentikan promosi DIBS oleh pemaju-pemaju hartanah ?

 

Apa Itu DIBS ?

Developer Interest Bearing Scheme – Skim Pemaju Tanggung Faedah.

DIBS adalah satu skim di mana pembeli hartanah tersebut tidak perlu membuat apa apa bayaran kepada bank semasa projek perumahan tersebut sedang dalam pembinaan. Jika kita merujuk kepada Jadual G dan H, pembayaran pihak bank kepada Pemaju adalah mengikut peringkat peringkat setakat mana pemaju telah berjaya menyiapkan. Setiap peringkat disiapkan, pemaju akan menghantar invois kepada pihak bank lalu pihak bank akan membayar pemaju mengikut peringkat yang telah disiapkan.

 

Apalagi…kalau pihak bank dah mula keluarkan duit, mereka takkan nak bagi pembeli iaitu peminjam dalam kes ini, hidup senang lenang….hahaha… Anda harus ingat Bank buat untung daripada faedah yang dikenakan ke atas peminjam. Maka dalam kes ini, apabila pihak bank telah membuat pembayaran kepada pemaju, pihak Bank akan mengenakan Faedah kepada Pembeli. Jadi, sebagai pembeli biasa, mereka akan rasa terbeban kerana terpaksa membayar faedah ke atas rumah yang belum siap lagi dan pada masa yang sama terpaksa membayar sewa rumah.

 

Oleh itu DIBS (Developer Interest Bearing Scheme) diperkenalkan oleh pemaju hartanah dalam usaha “meringankan” beban pembeli. Seorang pembeli hartanah boleh duduk rileks selama 2 tahun menunggu rumah mereka siap. Selepas dapat kunci lah baru mereka akan membuat pembayaran pertama kepada pihak bank. Ini BUKAN disebabkan pihak BANK tidak mengenakan sebarang Faedah semasa pembayaran berberingkat-peringkat….tetapi faedah tersebut dibayarkan oleh pemaju bagi pihak Pembeli. Bank mana yang sanggup keluarkan duit dulu tanpa buat untung serta merta ? Dan soalan saya seterusnya pula pemaju mana yang sanggup keluarkan duit dulu untuk bayarkan faedah bagi pihak Pembeli ?

 

Developer Interest Bearing Scheme

Developer Interest Bearing Scheme

Rata-rata pelabur hartanah seangkatan dengan saya bersetuju dengan kenyataan saya iaitu apabila DIBS ditawarkan, harga Hartanah tersebut sebenarnya telah pun di UP kan. 20%-30 kenaikan harga Jual dikenakan ke atas pembeli tanpa pembeli menyedarinya.

 

Ini bergantung kepada strategi pelaburan hartanah anda. Yang saya sering tekankan dalam video OBJEKTIF PELABURAN (Klik untuk tengok Video). Jangan main beli je….itu yang bila terantuk, baru nak terngadah.

Ramai pula spekulator yang bergantung sepenuhnya kepada skim DIBS ni …sebabnya mereka hanya mengeluarkan MODAL yang minima sahaja untuk memiliki satu hartanah yang mana akan dijual sebaik siap sahaja projek tersebut. Atas sebab ini juga, pemaju agak galak mempromosikan DIBS dalam penjualan projek hartanah mereka bagi menarik semua golongan termasuk spekulator.

Ini secara tidak lansung juga menyebabkan kenaikan harga rumah yang tidak ‘natural’ atau Induced Cooking. Ini kita akan bincang dalam topik yang lain…

 

Bank Negara mengambil berat tentang kenaikan harga hartanah di Malaysia disebabkan 95% hartanah di Malaysia dibeli menggunakan kemudahan bank. (aku main tembak je part 95% tu…) Kalau di Singapura, DIBS ini telah pun diharamkan oleh Kerajaan Singapura dan tak lupa juga beberapa negara yang lain.

 

Apa pula Pendapat Anda?

Tinggalkan komen anda dibawah untuk perbincangan kita bersama.

 

Selamat Maju Jaya dalam pelaburan Hartanah!

 

—IKLAN AKADEMI HARTAWAN HARTANAH—

Akademi Hartawan Hartanah ditubuhkan oleh Tuanbri.com pada 12.12.12 dalam usaha memertabatkan ekonomi Ummah melalui pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah seperti yang diketahui mampu menjana pendapatan aktif dan pasif.  Akademi Hartawan Hartanah akan menjelajah Malaysia dengan program “Kembara Malaya 2013” yang akan bermula pada bulan Ogos 2013. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk belajar pelaburan hartanah.

Facebook Group : https://www.facebook.com/groups/akade…
Facebook Fanpage : https://www.facebook.com/akademiharta…
Facebook Tuanbri.com : https://www.facebook.com/tuanbriCom
Laman Sesawang : https://www.HartawanHartanah.com
Laman Youtube: http://www.youtube.com/user/Seminarhartanah
SMS info kepada 010.250.9115 utk dapatkan info Akademi Hartawan Hartanah.

  • salam saya nak tanya,

    Saya beli rumah dan ada DIBS scheme. Beli pada 2011 dan siap pada 2014.

    Saya dapat surat dari bank nyatakan mula buat bayaran rumah pada jun 2014

    Developer keluarkan VP dah release on April 2014 dan saya amik kunci rumah pada May 2014.

    Sekarang ni ada 1 bulan gap (bulan May 2014) saya nak tanya sapa yang kena bayar interest untuk bulan May 2014 ni? Bulan 5 belum mula instalment masih lagi interest

    Diharap dapat membantu saya TuanBri,

    Terima Kasih

  • >