Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Aduan Rakyat #10 – Bagaimana saya boleh jatuh bankrap ?

Anda jatuh Bankrap ? Kenapa perlu runsing? Sedangkan masalah ini anda sendiri yang timbulkan. Anda tidak akan sewenang-wenangnya dijatuhkan status bankrap. “Anda masih lagi tidak mahu mengaku?”. Kenapa ?  Sila tinggalkan komen anda di bawah untuk meluahkan komen anda. Soalan yang saya ingin tanya adalah bagaimana anda boleh jatuh bankrap ?

 

Status Jatuh Bankrap hanyalah boleh diputuskan oleh mahkamah sahaja, bukannya pihak Bank, Ah Long atau AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Mahkamah akan membuat keputusan jatuhnya status bankrap ke atas anda setelah ada pihak yang memohon kepada mahkamah.

Pihak yang memohon status jatuh bankrap anda adalah :

  1. Pihak yang memberi hutang tetapi tidak dibayar, seperti bank, ah long, pemiutang (selalunya dalam perniagaan) dan bekas suami/isteri.
  2. Anda sendiri yang sukarela memohon supaya anda dibankrapkan!

Selepas memohon, barulah Mahkamah tadi akan membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta yang diterima.

Berapa pula jumlah hutang yang tertunggak yang boleh menyebabkan proses bankrap ini dijalankan ?

Minimum RM30,001 sahaja. Ini adalah berdasarkan Akta Kebankrapan 1967. Jadi kita terpaksa ikut undang-undang Negara Malaysia. Bak kata Menteri kita, “kalau tak suka undang undang Malaysia, pindahlah negara lain!”

 

Anda akan menerima satu surat daripada Mahkamah untuk menghadirkan diri di Mahkamah. SELALUNYA si penerima TIDAK akan ke mahkamah. Takut….segan…malu…dan sebagainya. Maka apabila anda TIDAK hadir, Mahkamah akan menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan Perintah Penerimaan dan Penghukuman. Apa yang berlaku apabila Penghukuman telah dijatuhkan ? Anda JATUH bankrap.

 

Jatuh bankrap

Bankrap bukan pilihan

 

Bersambung ke Aduan Rakyat #10.1 –>> (Akan datang…)

 

Saya cuma nak survey, buat kajian…ada tak yang berminat untuk mendapatkan panduan bagaimana anda yang telah jatuh bankrap boleh memulakan hidup seperti orang normal di luar sana?

Kalau berminat, sila tinggalkan komen anda di bawah supaya Team SatuSolution boleh menghubungi anda untuk tindakan seterusnya. Tiada apa apa jaminan daripada pihak kami untuk menghubungi tuan/puan selepas itu, cuma kami akan melihat respon yang sedia ada untuk meneruskan usaha murni ini. Kalau tak ada respon, maka kami tidak akan meneruskan Program “Keluar daripada Jatuh Bankrap”. Kami juga bercadang untuk menerbitkan E-book/E-Buku “5 Langkah untuk keluar daripada Jatuh Bankrap?” jika ada sambutan daripada anda

 

p/s: Sila tinggalkan komen anda di bawah

p/s/s: KAMI merahsiakan SEMUA data yang anda tinggalkan kepada kami. Kami faham situasi anda.

  • Salam tuan,

    saya meminjam dgn sebuah koperasi pada 2010. Saya sepatutnya membayar bulanan sebanyak rm750 tapi saya bayar rm500 sahaja setiap bulan. sebelum puasa hari tu syarikat bill collector menyamar lawyer dan menyatakan terdapat tindakan mahkamah keatas saya kerana saya tidak membayar 11 bulan sebanyak rm10k+++. Saya memberitahu saya telah bayar tetapi bayaran bulanan itu tidak cukup.

    4 hari lepas saya dihubungi semula dan dimaklumkan perlu membayar rm10k++ dalam masa dua hari jika tidak notis bangkrapsi akan dikenakan dan segala akaun dan harta akan dibekukan kerana hutang saya rm61 kalau dicampur interest sudah mencapai rm90k. saya memohon masa lebih lama utk byr tetapi lawyer kononnya tp sebenarnya bill collector) menyatakan mereka tiada kuasa dan suruh berhubung koperasi. bila di koperasi mereka juga tidak mahu nego dgn alasan mereka tiada kuasa hanya lawyer (bill collector) tu yg ada kuasa memutuskan.

    bila saya hubungi kembali bill collector, mereka mahu saya selesaikan dlm masa dua hari itu juga.

    pada 15hb saya menyatakan saya tidak dpt sediakan wang kerana tiada siapa mahu pinjamkan apatah lagi baru lepas raya.

    beliau suruh saya tunggu notis mahkamah. akaun akan dibekukan dan kemudian bangkrap.Harta semua akan dirampas.

    Saya sgt bimbang. tak kan kerana kurang byr rm250 boleh menyebabkan saya diistihar bangkrup? kenapa mereka tidak mahu terima permohonan saya utk bayar rm10k tersebut dlm tempoh beberapa hari bekerja?

    Apa saya bimbangkan jika bangkrap ia akan menyita rumah pusaka allayarham abg saya (saya hanya berkongsi nama utk membeli dulu kerana slip gaji abg saya tidak cukup kuat) yg baru meninggal januari lepas yang bernilai rm250k lebih kurang semata2 kerana hutang rm90k (termasuk interest). Adakah mahkamah akam merampas rumah itu utk membayar amaun hutang rm90k?

    Untuk pengetahuan saya ada sebuah rumah yg saya beli sewaktu kerja dgn kerajaan bernilai rm100k++ tetapi rumah itu pihak kerajaan telah menghantar surat meminta rumah saya itu di refinance, dijual atau dilelong kerana saya telah melanggar perjanjian iaitu berhenti berkhidmat dgn kerajaan ketika 2010. adakah rumah ini juga akan dirampas? mohon nasihat dan pandangan tuan.

    mohon tuan foward juga jawapan tuan ke email saya. jasa tuan amat saya hargai.

    • Maklumat lanjut macam mana tuan?

      untuk makluman tuan sehingga hari ini tiada surat saya terima. saya telah menghantar surat kepada koperasi dan cc kepada bill collector mohon diserahkan segala notis dan surat yg pernah dihantar kepada saya jumaat lepas dan masih belum mendapat apa2 lagi.

  • Assalamualaikum Tuanbri,

    Rumah saya sudah dilelong & sekarang saya menerima surat utk menghadirkan diri bg pengisytiharan bankrap sedangkan rumah saya terjual dgn harga yg boleh menampung segala tunggakkan sy pd bank waktu itu.
    Kemudian saya diberitahu bahawa saya perlu melangsaikan jumlah penuh kerana saya melalui perbankan islam. Baki hutang saya sekarang lebih tinggi dr harga rumah yang saya beli waktu itu.

    Soalan saya..apa yg boleh saya buat sebelum tarikh mahkamah? kemana saya perlu menghadap? apa harapan masadepan saya?

    Jasa baik tuan dlm memberi jln & petunjuk bg sy menangani musibah ini sgt2 di harapkan.

  • Assalamaualaikum,

    Senario ini lah yang telah di amalkan oleh Azlan Kazaidin, seorang bankrap sejak 18/10/2013. Azlan dahulunya adalah Pengarah Jari Hijau Enterprise dan Provan S berpengkalan di Sungai Buloh, Selangor. Dia menjalankan aktiviti Vermikompos (buatan baja dari cacing) dan kemudian nya memulakan Projek Hartanah. Disini lah jerat Azlan mengena. Ramai orang orang awam yang terpedaya dengan janji manis nya sehingga ada yang melabur lebih dari suku juta ringgit didalam Pelaburan Azlan Kazaidin dengan perjanjian wang pelaburan akan dikembalikan dalam masa 6 bulan dan dividen sebanyak 30% akan di beri.

    Belum pun sampai 6 bulan Syarikat nya tutop dan Azlan sukar di hubungi melalui talipon..seorang pelabur yg kehilangan RM260,000 mengheret Azlan ke mahkamah. Dari awal kes dimana LOD di hantar ds bagainya, Azlan sedikit pun tidak mengendahkan surat surat peguam dan pendengaran mahkamah sehinggalah lah pihak peguam terpaksa meletakan pengiklanan di akhbar utk kebankrapan. Akhirnya dia jatuh muflis tampa kehadiran pada 18/10/14.

    Sehingga sekarang pun Azlan menghilangkan diri dan tidak hadir ke Jabatan Insolvensi Malaysia sunggohpun sudah di berikan surat diminta hadir. Azlan Kazaidin dulu nya pernah memberikan ceramah untok mereka yang ada masaalah hutang, mereka yg telah di senarai hitamkan dan sudah tentu tahu cara memboloskan diri dari isu isu kebankrapan. Salah satunya ialah memberikan alamat surat menyurat ke alamat ibu ayah nya dan kedua ialah dengan tidak menghadirkan diri ke mahkamah dan ke Insolvensi (JIM). Saya di fahamkan JIM akan memulakan commital untok mengesan di mana Azlan berada sekarang.

    Tidak ada jalan untok bebas muflis melainkan jika memberikan kerjasama kepada JIM dan membayar balik hutang.

    Jangan buat saperti Azlan Kazaidin yang menipu orang awam dan melarikan diri.

  • Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. Bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws (Akta Kebankrapan 1967) boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yg dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.

  • Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah dijatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patuh diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kpd JIM. Biasa sesorang jumlah hutang akan di charge sangat tinggi sampai bankrap oleh pihak bank. Tambahan pula, mereka yang dijatuhkan bankrap dengan jumlah seperti diatas tidak ada niat atau sengaja untuk bankrap sendiri. Apa kebaikan kpd mereka? Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yg tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

  • Fee dikenakan oleh Insolvensi 12% diatas jumlah terhutang adalah terlalu tinggi. Jika jumlah terhutang RM 100k sibankrap perlu membayar RM 112k + RM 1380. Insolvensi pun just suit now low

  • Ketika saya di tempat kerja suami saya yg berada di rumah menelefon saya utk memberitahu yg ada seorg direct seller water filter dtg ke rumah utk menjual water filter dan cuba memasang di rumah kami utk menguji air di rumah..dan suami berminat utk membeli penapis air tersebut..dan suami pon menelefon saya di tempat kerja dan brsetuju jka suami berminat dan juga bersetuju utk membyr dgn jumlah rm80 tiap bulan selama 2 tahun..yg kdg2 sy byr rm100 utk cepat habis.atas dsr percaya sesama melayu (kerana yg menjual itu lelaki melayu dan beragama islam)dan agama islam sy setuju dgn jual beli tersebut kerana harus menggunakn nama saya sbb suami tiada akaun bank..saya dikatakan mempunyai jaminn selama 1 tahun..(jika filter tersebut mengalami kerosakn)..dan proses pembayaran pon bjln..tiba2 dlm bln ke 6..filter x berfungsi dgn baik..saluranya mulai seperti reput n mudah patah.dan leaking.air keluar di mana2..saya pon menelefon pihak yg berkenaan (kerana masih dlm tempoh gerenti)utk datang dan membaiki or buat sesuatu ttg maslh itu dan pihak mereka jwb bhw mereka akn mengambil tindakn dlm ms terdekat..dan bermula dari tarikh itu mereka mula buat perangai..laporan demi laporan yg sy lakukan(kpd pihak penapis air tersebut)suruh tgu seminggu..tp x muncul2..menyebbkn sy membuat laporan kali ke dua..kali ini org lain yg jwb laporn saya..terpaksa bercerita perkara yg sama sekali lagi..namun masih tiada tindakn di ambil..selama itu pembayrn masih dibuat seperti biasa sehinggalah kesabrn saya diuji..pembyrn yg terakhir berjumlah rm80 saya xnk lunaskn kerana filter itu hy saya guna tak smpi 6 bln..kata gerenti setahun tp 6bln je dah rosak..bila soh dtg cek..byk alasan.mmg sy xnk byr pyment yg last rm 80 menyebbkn bunga di cas ke atas sy skrg menjadi rm6++(kononnya)dikatakan akn dikenakan tindakan muflis jika tidak membayar bunga (sebb kononya byr lmbt)yang dikenakan ke atas saya..kepada siapa harus sy utarakn maslh ini..mohon pencerahan.

  • >