Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Seminar Otai Rumah Lelong satu fenomena di Hartanah Malaysia

Rumah lelong kian mendapat tempat di hati mereka yang ingin mendapatkan hartanah di Malaysia. Ramai yang sedar akan peluang untuk membeli rumah lelong semakin menjadi jadi seolah olah satu fenomena melanda Malaysia.

Mana taknya! Dengan ramai yang berhenti kerja untuk menjadi ejen rumah lelong kepada mereka yang melancarkan ebook rumah lelong seperti Sifu Pie2020 yang sering mendapat perhatian ketika sesi lelongan rumah lelong.

Ebook yang dilancarkan terus mendapat perhatian mereka yang mencari cari bahan untuk membeli rumah di lelongan awam. Maka ebook Sifu Rumah Lelong diberi, dan telah pun dilancarkan pada hujung bulan September 2013.

 

Jika anda berminat untuk membeli Ebook, Klik SINI –>> Sifu Rumah Lelong

 

Otai Rumah Lelong (ORL) pula akan mengadakan satu seminar :

pada 10 November 2013 bertempat di Dewan Jihad Ilmu, Satu Solution Corp, Cheras.

Seminar ORL ini telahpun ditunda sebanyak 2 kali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Insyaallah kali ini Seminar ORL akan dilansungkan dengan jayanya.

 

Kenapa Rumah Lelong ?

-Terus terpahat dalam kepala kita bahawasanya rumah lelong adalah lebih rendah harganya berbanding dengan harga pasaran.

-Rumah telah pun siap, bukan masih dalam pembinaan.

-Rumah kita boleh jangka apa yang akan berlaku, dalam kebanyakan kes.

dan banyak lagi….(Anda boleh tambah dalam komen di bawah….)

Rumah lelong shah alam

Rumah Lelong menjadi satu fenomena di Malaysia pada waktu ini kerana ramai yang telah sedar akan peluang yang menanti di dewan lelongan. Rumah yang dahulunya tidak laku dan kerap dilelong berulang kali, laku sepanas pisang goreng.

Kewujudan fenomena ini adalah disebabkan kenaikan harga hartanah yang tidak terkawal dan semakin mahal. Ramai rakyat Malaysia yang mengeluh akibat ketidakmampuan untuk memiliki hartanah pada masa ini.

Solusi? = Rumah Lelong?

TETAPI perlu saya bagi amaran terlebih dahulu! Jangan beli rumah yang dilelong jika anda tiada ilmu membeli rumah lelong. Memang anda mencari nahas sebenarnya. Banyak perkara yang anda perlu tahu sebelum anda membeli rumah di lelongan awam/mahkamah atau menceburkan diri dalam arena hartanah lelong ini. Banyak pembeli yang menyesal di kemudian hari setelah membeli rumah yang dilelong tanpa ada ilmu sekurang kurangnya panduan. Ambil sahaja contoh video Tuan Rumah yang telah dilelong di Pulau Pinang yang mejadi VIRAL di facebook dan youtube.

Rumah Lelong

Itu yang menjurus kepada khidmat ORL Satu Solution Corporate Services yang merupakan “Pioneer” dalam menawarkan khidmat beli rumah lelong dari a-z. Klien pada waktu itu kebanyakannya mereka yang berada di Malaysia namun ada juga yang berada di Jepun, Afrika, Abu Dhabi, Rusia dan beberapa negara lain lagi. Kepercayaan mereka terhadap Satu Solution amatlah saya berterima kasih.

 

Saya sering bertanya kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam hartanah lelong, apakah bayaran yang anda bayar untuk ebook Sifu rumah lelong atau seminar Otai rumah lelong mahal berbanding dengan kesilapan yang bakal anda lakukan jika anda tersilap langkah?

 

Dalam blog saya ini, sudah saya ceritakan pelbagai masalah yang telah saya harungi dalam arena hartanah lelong di Malaysia ini. Dari menang bida rumah yang lengkap dengan perabot, owner rumah tidak mahu keluar daripada rumah sehinggalah terjumpa bingkai pistol dalam mangkuk tandas.

 

Semua ini saya akan cuba huraikan dalam Seminar Otai Rumah Lelong (ORL) yang akan diadakan pada 10 November 2013 (AHAD), bertempat di Dewan Jihad Ilmu, Cheras, Kuala Lumpur.

 

Bagaimana untuk mendaftar Otai Rumah Lelong? –>> Klik SINI

 

Pembida Lelong

Semuanya di SeminarĀ OTAI Rumah Lelong!

  • Rumah lelong antara penyelesaian yang dapat membantu golongan muda untuk mendapatkan rumah di kota raya metropolitan… Maklumlah harga rumah sekarang dah mahal… Dengan status mereka yang baru bekerja, tentu sukar untuk membeli rumah yang baru dibina…

  • >