Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Seminar Hartanah Sesi Utara dan Selatan 2013

Tahun 2012 saya pernah ke utara dan selatan menganjurkan satu seminar hartanah Johor Pulau Pinang bersama dengan kawan seperjuangan saya, Abang Ensem. Alhamdulillah beliau kini semakin maju selepas itu dan beliau telah pun berjaya menerbitkan sebuah buku yang diberi tajuk “Jangan Baca Buku Ini”.

 

Seminar Hartanah Asas kini dianjurkan di bawah bendera Akademi Hartawan Hartanah, akan dianjurkan di Utara dan Selatan.
Ya! Utara dan Selatan.

 

Seminar Hartanah Sesi Utara akan diadakan di Pulau Pinang manakala Seminar Hartanah Sesi Selatan akan diadakan di Johor.

 

Berikut adalah maklumat Seminar Hartanah di bawah Akademi Hartawan Hartanah.

 

Seminar Hartanah Selatan Johor

(Seminar Hartanah Asas)

Seminar hartanah johor

Seminar hartanah johor

 

Tarikh : [highlight]16 November 2013[/highlight] (Sabtu)

Masa : 9.00am – 4.30pm

Lokasi : Johor Bahru (akan diumumkan lokasi)

Harga :

RM150.00 (PROMO sehingga 10 November 2013)
RM280.00 (Selepas 10 November 2013) sahaja
RM340.00 Berkumpulan 3 orang  (PROMO – sehingga 10 November 2013)

 

Seminar Hartanah Utara Pulau Pinang  :
(Seminar Hartanah Asas)

Seminar Hartanah Pulau Pinang

Seminar Hartanah Pulau Pinang

Tarikh : [highlight]23 November 2013 (Sabtu)[/highlight]
Masa   : 9.00 pagi – 4.30pm
Lokasi : Pulau Pinang (akan diberitahu kelak)
Harga :
RM150.00 (PROMO sehingga 10 November 2013)
RM280.00 (Selepas 10 November 2013) sahaja
RM340.00 Berkumpulan 3 orang  (PROMO – sehingga 10 November 2013)

Isi Kandungan Seminar Hartanah :
– Bagaimana nak beli rumah

– Bagaimana untuk beli rumah lelong
– Bagaimana untuk beli rumah subsale
– Bagaimana menjana pendapatan melalui pelaburan hartanah
– Cara-cara mendapatkan khidmat guaman hartanah yang terbaik

– Soalan-soalan yang anda perlu tanya Peguam anda

– Manipulasi Sistem Perbankan untuk Pelaburan Hartanah

– Tips tips HOT untuk pelaburan hartanah Pulau Pinang, Kedah, Perlis (Utara)

Untuk Pendaftaran, anda perlu klik yang berkenaan :

Sesi Utara –>>http://Bit.ly/Utara2013

Sesi Selatan –>> http://bit.ly/Selatan2013

 

Bagi mereka yang ingin menimba ilmu asas pelaburan hartanah,

anda digalakkan hadir.

Bagi mereka yang ingin membuat jaringan pelabur hartanah,

anda digalakkan hadir.

Bagi mereka yang ingin bertemu dengan saya (cheh!)

anda lagilah digalakkan hadir! hehehe

 

Bak Datang 2013!

 

 

  • As salam Tuan Bri, bilakah akan di adakan seminar hartanah…. sye ingin sangat belajar dari tuan…..

  • Banyak kita lihat dewasa ini Syarikat syarikat yang tumboh bagai cendawan lepas hujan menawarkan kursus kursus bijak hartanah dan belian hartanah. Kebiasaan nya perkataan ‘magic’ yang di gunakan ialah ‘Jutawan hartanah’. Seolah olah jika kita melabur didalam hartanah kita akan menjadi jutawan. Ini yang menarik perhatian kebanyakan orang awam. Justeru ramai yang telah terpedaya.

    Sunggoh pun banyak Syarikat yang ‘bona fide’ yang benar benar mahu menolong bangsa sendiri untok maju didalam hartanah dan mahu menunjok ajar teknik teknik menjadi kaya dengan hartanah namun tidak dapat di nafikan terdapat syarikat syarikat yang tidak berwibawa (bogus) yang menjanjikan berbagai bagai benefit jika orang awam melabur didalam syarikat nya.

    Satu contoh ialah Syarikat hartanah Jari Hijau Enterprise yang dulu nya beroperasi di TSB Sungai Buloh dimana bekas Pengarah nya Azlan Kazaidin sekarang adalah seorang muflis. Azlan kazaidin menjanjikan pulangan sebanyak 30% dan semua pelaburan di kemkbalikan dalam masa 6 bulan. Ramai yang terperangkap dengan janji janji manis Azlan Kazaidin. Ada yang melabur lebih suku juta ringgit dengan harapan wang ini akan di kembalikan selepas 6 bulan berserta dividen nya sekali. Tapi belum pun sampai 6 bulan Syarikat Jari Hijau Enterprise tutop dan ramai pelabur kehilangan wang mereka. Ada yang hilang sekecil kecil nya beberapa RM10,000 – RM90,000 dan ada yang kehilangan RM260,000.

    Azlan agak licik dalam urusan penipuan nya. Pelabur di bawa ke Pejabat nya yang sesak dengan pekerja dan bakal pelabur di bawa ke tapak projek. Dengan surat Perjanjian Peguam dan kepastian yang wang pelaburan adalah selamat, pelabur tidak berfikir panjang investigate siapa dia. Dan Azlan sentiasa follow-up dengan menalipon pelabur bertanyakan wang – satu lagi strategi nya supaya bakal pelabur cepat memberikan wang pelaburan tampa berfikir panjang.

    Azlan Kazaidin sekitar tahun 2006 adalah peniaga kecil yang menjual prodak prodak kesihatan di laman laman web tetapi luck nya bertambah apabila ia membuka perniagaan cacing melalui Jari Hijau. Perniagaan cacing nya di berhentikan dan dia membuka hartanah. Disini lah Azlan ‘hit the bulls eye’ dan dia berjaya menarik ramai pelabur dalam jumlah yang besar. Seoarang pelabur sperti yang di katakan awal tadi melabur sebanyak RM260,000. Aktiviti perniagaan Azlan bertambah giat dengan suntikan dana dari orang awam dan dia memulakan banyak projek saperti memberi ceramah Transformasi Ekonomi dan dia pernah muncul didalam TV3 di temuramah oleh Abby Fana dalam Malaysia Hari ini. Azlan juga memberi ceramah untok orang orang yang mengalami masaalah kewangan, mereka yang ada rekod CCRIS dan CTOS serta mereka yang bankrap. Tapi akhir nya dia sendiri yang bankrap.

    Setelah melesapkan beratus ratus ribu wang orang awam, Azlan Kazaidin menyepikan diri, sukar di hubungi dan poanggilan talipon tidak berjawab. Akhirnya dia di heret ke mahkamah oleh pelabur. Disepanjang pendengaran kes kebankrapannya, Azlan tidak pernah sekalipun hadir untok mempertahankan dirinya. Peguam sukar menghantar dokumen ke rumah nya di Merbau Sempak, Sungai Buloh kerana itu adalah alamat ibu ayahnya. Azlan mempunyai alamat lain dimana dia bersembunyi. Ini juga adalah strategi Azlan supaya ia tidak dapat di hubungi jika ada masaalah. Walaubagaimanapun Azlan Kazaidin di jatuhkan status bankrap pada 18hb. Oktober 2013 tampa kehadiran nya.

    Sehingga sekarang dia masih belum menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia.

    Baru baru ini rumah nya di Saujana Damansara telah di lelong.

    Dan Azlan Kazaidin bukan hanya di bamkrapkan oleh seorang pelabur tapi di bankrapkan bagi kali kedua nya di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh seorang lagi pelabur.

    Berhati hati lah sdra sdri…..gunakan kebijaksanaan masing masing jika mahu melabur.

    Jangan jadi statistik penipuan saperti penipuan Azlan Kazaidin. Mungkin masa ini Azlan sedang enjoy wang haram yang di ambil nya dengan menggunakan akaun proxy. Mungkin dia masih lagi bekerja dengan Syarikat keluarga nya. Kerana ia masih bersembunyi dan melarikan diri nya. Pihak Insolvensi Malaysia akan memulakan Commital untok mengesan dimana Azlan berada sekarang.

    Bisnes hartanah ada risikonya..dan risiko nya ialah penipuan.

    Terima kasih.

  • >