Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

RPGT CKHT 2014 – Apa Kesannya ?

Bajet 2014 yang dibentangkan oleh PM kita baru baru ini menyentuh RPGT CKHT 2014 yang dijangka memberi kesan kepada pelabur hartanah khususnya. Perkara ini telah dijangka oleh ramai pelabur-pelabur tegar hartanah sebelum pembentangan Bajet 2014.

 

Apa Itu RPGT ?

RPGT – Real Property Gain Tax. Dalam bahasa melayu, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

 

Apa Itu CKHT ?

Cukai Keuntungan Harta Tanah ialah cukai yang WAJIB dibayar apabila kita buat untung.
Macammana kita boleh untung? Pastilah selepas kita menjual harta tanah kita.

 

Hasil adalah kata lain untuk UNTUNG. Bagaimana pula sekiranya kita jual harta tanah tetapi rugi?

Jelas sekali apabila kita rugi, tiada cukai dikenakan. Sama sahaja seperti kita berniaga. Kalau rugi, tak ada cukai.

Kalau untung/ada hasil, kena bayar cukai.

 

Bagaimana kiraan CKHT ?

Kiraan Mudah

  1. Harga JUAL (RM_________) – Harga BELI (RM_________) = Hasil/Rugi
  2. Hasil x __% = RM________  Ini adalah berdasarkan tempoh pegangan harta tanah tersebut.

 

Jadual CKHT untuk tahun 2014

CKHT 2014

CKHT 2014

 

Bila tarikh pegangan harta tanah akan diambil kira ?

Adakah tarikh :

  1. Tarikh SPA (Perjanjian JualBeli) ditandatangani ?
  2. Tarikh SPA dimatikan stem hasil ?
  3. Tarikh Pemilikan Kosong ?

Saya buka soalan ini untuk perbincangan. Sila Komen Di Bawah.

 

Apa kesan CKHT 2014 kepada harga hartanah di Malaysia ?

Kalau tanya pendapat saya, harga hartanah di Malaysia akan meningkat juga, tidak akan terjejas teruk dengan peningkatan CKHT dalam tahun 2014. Tetapi ianya akan membuatkan pelabur pelabur hartanah yang baru menceburkan diri dalam pelaburan hartanah akan mula mengkaji dan menyusun strategi yang berlainan. Kemungkinan exit plan yang telah dirancang sebelum ini terpaksa ditukar.

Namun, untuk ianya menyebabkan harga RUMAH turun? Tidak sama sekali.

 

Apa lagi kesan yang ketara akibat pengumuman Bajet 2014 ke atas anda?

 

 

p.s.: Seminar “Otai Rumah Lelong” pada 10 November 2014 di Dewan Jihad Ilmu, Cheras.

p.s.s.: Tempat adalah terhad.

p.s.s.s.: Daftar? KLIK sini –>> www.OtaiRumahLelong.com

  • Kiraan tu x salah cume tidak secara detail… Jika secara detail haruslah mengambil kira legal fee dan lain2 fee yg ditanggung oleh pembeli atau penjual.. Walau bagaimanapun cara perkiraan tuanbri adlh asas perkiraan rpgt…

  • Kenapa cara kiraan amat berbeza dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?

    Contoh:

    ZZ Sdn Bhd membeli rumah kedai pada 24.02.2007 dengan harga RM240,000 dan menjual rumah kedai tersebut pada 04.02.2010 pada harga RM300,000. Tempoh pegangan harta tanah adalah 3 tahun, maka pelupusan tersebut tertakluk kepada kadar cukai 20%. Pendapatan yang dikenakan cukai dengan menggunakan formula di atas adalah seperti di bawah:

    RM
    Nilai balasan 300,000
    Tolak: Harga perolehan 240,000
    Keuntungan daripada pelupusan 60,000

    Keuntungan yang dikecualikan:

    (60,000 x 20%) – ( 60,000 x 5%) X 60,000 = 45,000
    (60,000 x 20%)
    Keuntungan yang boleh dikenakan cukai :

    (60,000-45,000) = 15,000
    Cukai yang dikenakan: 15,000 x 20% = 3,000

  • >