Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Misteri Kehilangan MH370 dan Pemergian Ayahanda

Masih lagi menjadi satu misteri kehilangan MH370 pada masa ini. Walaubagaimanapun, pemergian Ayahanda tidak menjadi misteri. Pada masa yang sama MH370 terputus hubungan dengan dunia luar, pada masa itulah Ayahandaku pulang ke Rahmatullah dalam sebuah rumah di lorong Haji Lembang, Semenyih. Alhamdulillah pemergian beliau dipermudahkan Allah.

 

Al-Fatihah buat ayahandaku, Hashim bin Haji Lembang (Rajo Muaro Paiti).

 

Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum kejadian tersebut.

Pada hari Jumaat 7 Mac 2014, hati ini tergerak untuk pergi melawat Ayahanda. Diberitakan ayahanda pada waktu itu demam sedikit. Maka diri ini berhajat untuk belanja Ayahanda makan. Amat jarang sekali aku akan pergi melawat ayahanda pada hari Jumaat. Kebiasaannya akan pergi hari minggu kerana terikat dengan kerja dan komitmen lain.

Bila tiba di rumah ayahanda pada petang Jumaat, aku tengok keadaan ayahanda seperti biasa. Beliau tiada penyakit kronik seperti sakit jantung atau kencing manis. Maka bolehlah dianggap demam panas yang beliau sedang alami adalah demam biasa seperti orang lain. Bercakap seketika dengan ayahanda dan bertanya kepada beliau “nak makan apa malam ni? “. Beliau menjawab “Nak makan sup ayam la”.

Dengan hati gembira aku menyahut “OK!”

Pergi ke pekan membeli barang-barang rumah di samping lauk-pauk untuk dimakan bersama pada makan malam nanti. Singgah di restoran pakcik ku.

Memang banyak la lauk pada malam tu. Ikan bakar, sup tulang, nasi goreng, tauhu bakar dan lain lain lagi. Dah macam kenduri mini je. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.¬†Saya sempat melihat Ayahanda sempat minum sup ayam yang telah aku belikan di pekan petang tadi. Tapi tak banyak…sebab beliau agak keletihan dan tak lalu sangat nak makan. Demam beliau beransur pulih. Dah kurang demam pada malam itu. Anak aku pula mengurut tangan beliau yang lenguh. Dipicit picitnya seperti yang biasa dilakukan.

Jam telah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Maka telah tiba nak beransur pulang.

Namun aku melihat Ayahanda bernafas dengan cara yang tak pernah lagi aku lihat.

Dalam hati aku terdetik “Adakah masa beliau telah hampir tiba?”

Aku masih lagi teringat soalan yang aku tanya pada mak aku…”Selalunya ke macam ni?”

“Tak pernah lagi” …… “Baliklah dulu…Semua dah penat je tu”

 

Aku dan keluarga pun berangkat pulang ke rumah ku di Kuala Lumpur.

*masa tu belum tahu lagi MH370 telah hilang dari radar

 

Sampai je di rumah, aku pesan pada bini aku “Keluarkan telefon daripada beg, nanti ada orang call kang tak dengar pula”

Tiba di rumah lebih kurang dalam jam 12 lebih. Keluargaku semua bersiap untuk melayari bahtera malam. Aku masih lagi tercegat di hadapan komputer. Hati ini tergerak untuk berjaga pada malam itu. Buat kerja sikit macam biasa, namun telefon diletakkan di hadapan aku just in case kalau ada orang call ke. Sambil melayari internet, jam mula melangkah ke pukul 1 pagi. Eh, kenapa tak mengantuk lagi ni? – detik hati aku. Tengok keluarga aku syok je tidur dengan nyenyak. Ahh, tak apa lah, Biarkan mereka. Aku teruskan dengan kerja aku.

Tiba tiba…..

telefon aku berbunyi, dah pukul 1 pagi lebih ni…siapa pula yang telefon pagi pagi buta ni ?

Bila ku lihat nama mak di skrin telefon tersebut, aku dah TAHU.

“Allahuakbar” kata hati ku.

Aku jawab telefon tersebut…

Namun apa yang aku dengar di hujung talian lagi satu adalah bunyi tangisan….

Dalam bunyi tangisan tersebut ada cubaan …cuba menyampaikan sesuatu…tetapi cubaan tersebut ditenggelami oleh bunyi tangisan.

 

Apa yang aku cuma boleh jawab ialah “OK”.

 

Letak je telefon, aku termanggu.

Apa sebenarnya yang telah berlaku?

  • Ajal dan maut ditangan tuhan… Al Fatihah di atas pemergian Ayah Tuan Bri.. Semoga Alayarham ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman…

  • Assalammualaikum Tuan Bri,

    Boleh bantu saya tak? Saya nk jual tanah kebun getah saya di Rompin, Negeri Sembilan. Urgent Sale. Boleh tak tolong saya?Tanah tu 3 ekar sahaja.

  • Asm Tuan Bri,

    Satu lagi, saya nak sewakan rumah saya di Bandar Warisan Puteri, Sikamat, Seremban. Rumah teres dua tingkat, corner lot. Fully furnish. Boleh bantu? Saya sedang hadapi masalah kewangan yang berat skg ni..

  • Assalam

    Saya ingin menjual satu unit aprtment di Sri Melor Ukay Perdana. Unit saya di tingkat bawah sekali. Berapakah harga semasa unit ini?

  • >