Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Kembara Australia Sydney Part 1

Kembara Australia Sydney bermula pada 4 Julai 2014. Bagaimana trip ke Sydney ini boleh bermula ?
Saya akan kongsikan kemudian di blog Tuanbri.com ini. Posting kali ini lebih menceritakan pengalaman hari pertama melancong ke Sydney ala backpackers.

Alhamdulillah hari pertama kami di Sydney bermula daripada jam 6 pagi lagi. Pendaratan yang kemas daripada pilot Malaysian Airline System (MAS) di lapangan terbang Kingsford Smith Sydney selepas penerbangan yang mengambil masa lebih daripada 8 jam daripada KLIA, Malaysia. Kami berlepas pada jam 7.50 malam, sempat berbuka puasa sekejap di Gate dan kena makan laju-laju…..

Ujian pertama Allah bagi dalam Kembara Sydney Hartawan Hartanah ialah nikmat suara ditarik sekejap. Suara saya hilang. Dalam flight dah tak boleh nak cakap. Siap dengan minta ubat sakit tekak lagi daripada stewardess MAS. Mungkin kurang tidur atau kejutan cuaca panas sejuk.

Tiba sahaja di airport Kingsford Smith Sydney, imigresen di sana agak ketat. Makanan tidak dibenarkan masuk ke sini..
so jangan nak ngada ngada bawa makanan kalau nak mudah masuk…(maksuda saya kat sini, kalau nak bawa masuk gak kena declare). Masa kita lepas je imigresen, akan kena masuk tempat checking kastam lak. Masa ni diaorang akan random pilih “mangsa” untuk ujian Hidu oleh anjing terlatih. Aku hampir-hampir kena selepas anjing tu memasukkan hidungnya ke dalam pouch bag aku….fuuhh..goyang beb! Sebab apa tau? Kat sini kalau terkantoi, depa akan denda terus. Tak ada dah nak bagi alasan terlupa. Sebab diaorang dah banyak kali inform supaya check beg dan bagasi sebelum masuk Australia. Dalam flight pun dah bagitau Warning!

Alhamdulillah lepas kesemuanya dan kami terus ke tempat letak kereta “Pick Up 15 minutes”. Kereta yang kawan bawa untuk jemput kami hanya boleh parking kat situ selama 15 minit je. Macammana diaorang tau masa tu? Dah macam masuk parking berbayar, korang kena ambik parking ticket bila masuk dan bila keluar pula kena masukkan tiket tu ke dalam mesin palang tu. Siapla korang kalau lebih 15 minit.

Kami terus di bawa ke rumah sewa pelajar Malaysia di sini. Lokasi rumah mereka nanti saya update. Masih lagi lost kat sini. Cuaca pada masa kitaorang sampai adlaah dalam lebih kurang 12 celcius. Taklah sejuk sangat TETAPI berangin….angin tu menyebabkan muka dan bahagian korang yang terdedah tu macam kena sengat dengan kesejukan.

Kembara Sydney disambung pula selepas……

kami tidur kejap la lepas sampai ke rumah sewa student malasia. Penat beb naik flight 8 jam lebih. Boleh keras kaki korang.

Lepas tidur kejap tu, kitaorang pun naik kereta mereka terus ke Pantai Coogee.
Dalam 15 minit drive. Laut depan mata terbentang luas. Allahuakbar. Cantik. Terpukau mata memandang. Ini mengingatkan saya kepada pantai Kuta di Bali. Pantai yang penuh dengan pasir putih…bersih ….dengan air laut yang kebiruan.

Melancong Ke Sydney
C360_2014-07-05-15-29-43-571[1]
Kami lepak kat sana lebih kurang sejam lebih. hari dah semakin senja. Eh, dah nak masuk waktu berbuka la.
Huh? korang biar benar ni? ni baru nak masuk pukul 4.. Ye la…kan kat sini buka puasa pukul 530 petang ?

Owh..gitu ke? Rupanya mamat ni tak solat asar lagi. Kami Pengembara yang Berjasa ni solat jamak, memudahkan bagi orang yang bermusafir.
Sydney Australia

Kita pun dibawa ke NSW University. Sementara diaorang pergi solat, aku menonton perlawanan Footy Aussie yang mereka main atas padang berbentuk OVAL…peliks aa..lepas tu siap ada The Messenger yang berlati kat tengah tenah padang tu, bagi arahan yang diterima daripada Coach kat tepi padang.

Kembara Sydney part 1.

Panduan Melancong ke Sydney (mungkin saya buat kalau rajin)

  • salam tuan bri..semoga kembara ini akan berjalan dengan lancar sehingga akhirnya…info2 yang doberikan menegnai tatcara kemasukkan ke aussie sgt berguna kepada sesiapa pertama kali yg ingin menjejak kaki kesan…semoga tuan bri berjaya dan terus memberi info2 yang terbaik dan salam ramadhan dari sy sekeluarga..

  • wow aku tumpang seronok di sini, bertuah tuan punya badan. semoga sihat wal afiat lepas nie kita join skali yea.

  • >