Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Aliran Tunai 101 – Cashflow 101

Cashflow Deepavali 2014 (Aliran Tunai) adalah nama yang diberi untuk satu aktiviti yang dianjurkan di bawah Akademi Hartawan Hartanah di Dewan Satu Solution.

Apa benda cashflow 101 board game ni ?

Bagus ke main game ni?

Game kan ?

Apa kaitan dengan realiti hidup kita sehari-harian ?

Cashflow 101 Deepavali 1

Cashflow 101

cashflow 101

 

Lokasi : Dewan Jihad Ilmu, SatuSolution

Tarikh : 22 Oktober 2014 (Rabu)

Masa : 10 pagi – 3 petang

 

Jumlah peserta yang terlibat dalam program Cashflow Deepavali 2014 anjuran Akademi Hartawan Hartanah ini berjumlah lebih kurang 12 orang. Alhamdulillah mereka ini dapat dikumpulkan dalam masa terdekat sahaja memandangkan kami di Akademi Hartawan Hartanah tidak membuat sebarang promosi yang meluas, hanya kepada mereka yang terdekat sahaja.

 

Program Cashflow Deepavali 2014 yang dijangka tamat pukul 3 petang terpaksa ditamatkan pukul 4 lebih akibat kesyokkan para peserta bermain Cashflow tersebut. Mereka semua pulang dengan sesuatu perubahan dalam kepala mereka.

 

Saya dapat perhatikan mereka pulang dengan teori masing-masing. Hahaha. Lucu saya dibuatnya. Masing-masing cuba membuktikan teori mereka betul dan cuba diaplikasikan ke dalam gam tersebut.

 

Saya puas hati apabila mereka semua pulang dengan terdapat perubahan dalam cara mereka berfikir mengenai kewangan, walaupun sedikit. Ramai yang pulang hari tu dengan kepala yang dah pening….hahaha. Baru puas hati aku.

 

Kalau ada lagi program Cashflow 101 ni, ada ke yang minat nak main ?

Tinggalkan komen anda di bawah, kami akan follow up dengan anda sekiranya ada lagi.

Kemungkinan besar Akademi Hartawan Hartanah akan anjurkan lagi. Jangan takut!

 

  • >