Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah – (No 1)

Ni yang saya nak kongsikan “5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia”.

(SAMBUNGAN…..)

Masih ingat lagi ke kesemua 5 ni ?

5 Langkah untuk Melabur Hartanah

  1. Pilih Strategi Pelaburan Yang Sesuai
  2. Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank Yang Sesuai
  3. Pilih Jenis Hartanah dan Lokasi Yang Dikenalpasti
  4. Pilih Corong Jualan Yang Sesuai dengan Hartanah
  5. Pilih Penyewa Yang Setuju dengan Terma Anda

 

kita go 1 by 1…ok ?

 

langkah pertama hartanah

PILIH STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI

  • kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa pelaburan hartanah adalah sesuai untuk kita. Maksud saya di sini ialah penekanan yang saya selalu bagi kepada mereka yang menghadiri Seminar Hartanah saya iaitu Pelaburan Hartanah bukanlah untuk semua orang. Kita kena cari yang mana sesuai dengan jiwa kita. Janganlah asyik terikut-ikut je dengan orang lain. Dia nak beli EMAS, kita pun beli EMAS. Dia nak beli rumah, kita pun nak beli rumah. Bila daaa nak habis ?
  • Timbang tara terlebih dahulu kebaikan dan keburukan pelaburan hartanah. Senaraikan seberapa banyak yang boleh. Cuba cari merata-rata. Sure banyak orang dah share kat blog hartanah diaorang, Bukumuka diaorang, komen komen yang ditinggalkan, forum-forum yang sering menjadi medan perbincangan suatu masa dahulu dan tanya orang keliling kita.
  • Ukur Baju di Badan Sendiri. Inilah salah satu nasihat saya dalam Ebook Pelaburan Hartanah Percuma saya. Kita tengok balik apa kemampuan kita, setakat mana kita boleh pergi sekarang dan jika tiada, kita akan cuba cari apa jalan yang membolehkan baju itu dipakai. Faham ke ?
  • Buat kira-kira kesemua perbelanjaan yang mungkin dan akan berlaku dalam pelaburan hartanah. Seperti yuran Peguam dalam pembelian rumah, fi ejen hartanah, cukai tanah, fi pengurusan bangunan, duit bayar iklan dan sebagainya.
  • Anda juga harus ambilkira Holding Power Cost (HPC). Dah cuba kira ?

 

Ini adalah Langkah Pertama untuk Melabur dalam Hartanah di Malaysia. Saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda langkah seterusnya dalam 5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah.

Saya pun dah lama tak berkongsi dengan pembaca Blog Tuanbri.Com, di mana saya banyak membuat perkongsian secara LIVE atau Face to Face. Lagi senang. Lagi boleh ada interaktif. Boleh terus tanya soalan kalau tak faham. Namun anda juga boleh bertanya di sini, tinggalkan komen anda di bawah.

 

Jumpa di Artikel seterusnya!

 

Majulah Pelaburan Hartanah Untuk Ummah.

 

  • Assalamualaikum Tuan
    Saya ada Satu rumah di Kota bahru…nilaian dalam rm300k
    Rumah ni dah lama habis bayar….
    So macam mana saya buleh roling rumah ni supaya boleh menjadikan IA sumber pendaftaran
    Sekian terimakasih

  • >