Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Buku Hartanah Paling Mahal Di Malaysia

Buku hartanah paling mahal di Malaysia kini boleh menjadi milik anda! Tak percaya? Cuba baca artikel ini. Penulis buku hartanah paling mahal ialah yang berdiri sebelah kiri. Beliau ialah Mohd Ali Majis, seorang pelabur hartanah tegar, bersama sama Tuanbri memperjuangkan pegangan hartanah muslim.

Buku paling mahal

 

NAMA Mohd. Ali Abdul Majis mungkin tidak dikenali ramai kerana dia bukanlah seorang selebriti mahupun ahli politik,

namun di sebalik nama itu, terdapat pelbagai kisah menarik untuk dikongsikan.

Menariknya, sebelum mencapai kejayaan sebagai konsultan hartanah dan pelaburan,

lelaki berusia 32 tahun ini pernah ditetak kepala dengan parang sehingga terkena pada tengkorak oleh kumpulan gengster yang tidak berpuas hati dengannya.

“Ia bermula apabila pemilik lama pusat cucian kereta yang telah dibeli dengan harga RM3,000

tidak berpuas hati apabila melihat kedai saya semakin mendapat sambutan ramai walhal ketika itu

perniagaan tersebut sudah tidak ada kena mengena dengannya lagi.

“Tetapi oleh kerana sifat dengki yang menebal, mereka telah menggunakan kekerasan

untuk merampas semula pusat mencuci kereta itu dan akibat serangan tersebut saya menerima 21 jahitan di kepala,

12 jahitan di tangan dan 16 jahitan di jari.

 

“Insiden itu benar-benar membuatkan saya seperti mati hidup semula kerana saat itu saya dapat rasakan

masa depan sudah gelap dan tiada harapan untuk mencapai cita-cita dalam bidang perniagaan lagi,”

ujarnya yang ketika itu baru berusia 22 tahun.

 

Kata anak jati Kajang itu, selepas tiga bulan terlantar sakit, dia ditawarkan bekerja di syarikat hartanah

milik bapa saudaranya di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur secara makan gaji dengan bayaran RM700 sebulan,

namun ketika itu dia tetap melakukan kerja sampingan untuk mencari duit tambahan.

Dari situ, Ali menggunakan pe­luang sebaik-baiknya dengan mempelajari selok-belok bidang hartanah

bagi mencapai cita-citanya yang ingin bergelar ahli perniagaan berjaya.

 

Berhenti belajar

Baginya, pepatah ‘yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang’ telah menguatkan keinginan

untuk berjaya apabila sanggup berusaha dengan lebih gigih dan tekun supaya impiannya menjadi kenyataan.

 

Jelas bapa kepada dua orang cahaya mata perempuan itu, sebelum ini dia terpaksa bersusah-payah mencari duit poket sendiri

sejak dari bangku sekolah lagi sehingga memasuki universiti kerana dia sedar yang dirinya bukan dari kalangan keluarga berada.

 

“Sejak dari sekolah lagi saya sudah bersungguh-sungguh untuk mencari duit poket sendiri kerana saya sedar

saya bukannya dari keluarga yang senang. Ayah saya hanya seorang kerani sekolah.

 

“Jadi, oleh kerana saya jenis yang tidak memilih dan sanggup buat apa sahaja pekerjaan asal mendapat upah,

saya terima apa sahaja peluang yang datang termasuk bekerja di kedai basikal, menjadi operator di kilang benang

dan menghantar risalah dari rumah ke rumah,” ujarnya yang tidak dapat menamatkan pembelajaran di pusat pengajian tinggi

ekoran tidak mampu membayar yuran.

 

Walaupun begitu, sifat tidak pernah putus asa sentiasa ada dalam dirinya lebih-lebih lagi apabila dia melihat untuk

menjadi seorang yang berjaya, sifat malas harus dikekang dari awal lagi.

 

Catat rekod

Kini, pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Aliy Group of Companies, boleh berbangga apabila dia memiliki

aset bernilai lebih RM10 juta dalam bentuk hartanah selain sudah memiliki lebih 200 hartanah melalui tujuh buah anak syarikatnya.

 

Ujar Ali, walaupun angka itu mungkin tidak masuk akal bagi sesetengah masyarakat kerana usianya baru 33 tahun,

namun tidak ada perkara yang mustahil boleh berlaku di dunia ini.

 

Dalam pada itu, Ali turut berkata yang dirinya sentiasa percaya bahawa ilmu itu harus dikongsi supaya lebih diberkati.

Malah, apa yang menarik, terdapat seorang wanita yang enggan dikenali identitinya telah membida salinan pertama buku tersebut

dengan harga RM27,000 sehingga ia dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai buku paling mahal dibida.

 

Artikel di atas dipetik daripada suratkhabar Kosmo.

  • Ada beberapa perkara yang kita boleh ambik nota di sini :
  • Buku ini merupakan Buku Hartanah Paling Mahal di Malaysia.
  • Umur penulis buku hartanah paling mahal di Malaysia ialah 33 tahun.
  • Beliau sudah memiliki lebih 200 hartanah
  • Buku paling mahal ini terjual pada harga RM27,000

 

Wow! Anda mahu memilik buku yang bernilai RM27,000 ini?

Anda boleh!

Bagaimana?

Promosi Terhad. Anda boleh memiliki buku hartanah paling mahal ini dengan mudah sahaja.

SMS ikut format ini –> Buku (jarak) Nama Anda (jarak) Negeri

dan hantarkan ke –> 010.250.9115

Harga PROMO RM50 (tidak termasuk RM10 poslaju) Percuma POSTAGE

 

Ingat, tawaran ini terhad. Sah sementara stok masih ada.

Buku hartanah ini bakal menjadi buku yang paling mahal anda pernah miliki?

Tepuk dada, tanya selera.

 

 

>