Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Jom Beli Rumah Selangorku 2015

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Kempen Rumah Selangorku atas dasar mahu memberikan setiap keluarga satu kediaman yang sempurna. Di bawah Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali, kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan pelbagai projek perumahan di bawah Kempen Rumah Selangorku pada tahun 2015.

Apa Itu Rumah Selangorku ? 
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep rumah mampu milik (affordable homes) untuk warganegara Malaysia. 

  • Rumah Kos Rendah
  • Rumah Kos Sederhana Rendah
  • Rumah Kos Sederhana
  • Rumah Mampumilik

Berapa Kategori Rumah Selangorku ?

Ada 4 jenis, dipanggil Rumah Jenis A, B, C dan D.

Apa beza setiap jenis ni ?

Memang akan terdapat perbezaan bagi setiap jenis Rumah Selangorku ini. Selain daripada perbezaan harga dan saiz, syarat-syarat pemilikan juga berbeza mengikut jenis. Jangan ingat nak pukul rata je semua. Kena baca dulu apa syarat-syaratnya dan faham. Nanti dah beli barulah nak bising-bising kata Kerajaan Negeri Selangor menganiaya rakyatnya sendiri. Jadi, apa syarat-syaratnya ?

Syarat-syaratnya adalah ……

Rumah Jenis A

Gaji tak lebih RM3,000 sebulan untuk seisi rumah (Suami, isteri dan anak-anak).

Mesti bermastautin di Selangor, tapi tak kisah jika korang bukan orang Selangor pun. Macammana nak buktikan korang ni bermastautin di Selangor? Kenalah tunjukkan bukti anda memang tinggal di Selangor. Bukan main cakap je tetapi kena ada dokumen bertulis yang mengesahkan anda memang bermastautin di Selangor. Kalau sekadar cakap je, semua kot nak beli rumah kat Selangor. Kan Selangor merupakan salah satu negeri yang termaju di Malaysia? Ini bermaksud rumah yang dibeli di Selangor mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan satu pelaburan hartanah untuk masa depan kita dan anak-anak.

1 Keluarga 1 Permohonan sahaja. Kang ada pula Si Suami pun mohon, Si Isteri pun mohon. Dapat lak 2 biji rumah. Dengan harapanlah, konon-konon nanti pegawai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ter”miss” lak nak check nama korang. Sekarang semua dah masuk dalam sistem. Dikenali sebagai Sistem (SPPRS) dan Sistem (SPPKI).

 

Rumah Jenis B / Rumah Jenis C / Rumah Jenis D

Gaji tidak kurang daripada RM3,000 sebulan.

Gaji tidak lebih daripada RM8,000 sebulan.

Gaji ni kira gaji seisi rumah la…bukan gaji seorang je. Nanti ada lak sesi pilih memilih siapa yang nak kena memohon di antara suami isteri.

Kalau bujang susah sikit, cuma kalau ada tanggungan di bawah orang yang bujang itu tadi, boleh juga memohon.

Beli Rumah Selangorku ini mestilah bukan untuk disewakan.

 

Rumah Selangorku Rumah Mampu Milik

Program Rumah Selangorku

SYARAT UTAMA :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18 ke atas
  3. Belum memiliki rumah
  4. Pindahmilik selepas 5 tahun
  5. Tempoh laku setiap permohonan adalah 2 tahun.
  6. Pemohon hanya dibenarkan pilih 1 jenis sahaja.

Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku

Nak tahu senarai Rumah Selangorku ?
Klik –> SENARAI RUMAH SELANGORKU

Nak tahu dengan lebih lanjut langi mengenai Program ini ?
Sila layari Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) (Klik Sini)

 

p.s.: Perlu saya ingatkan, Program Rumah Selangorku ini tidak digalakkan untuk pelaburan hartanah. Kenapa?

>