Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Refinance Rumah Utk Tutup Hutang atau Korek Lubang ?

Refinance rumah selalunya akan menjadi topik hot pelabur pelabur hartanah tegar yang mencari bullet tambahan atau bullet baru. Anda wajib membaca artikel ini mungkin merupakan salah satu pelabur tersebut kan ? Jom baca dulu artikel ini, sebelum korang decide nak refinance rumah korang tu..

Refinance Rumah

Ketahui TUJUAN korang buat refinance tu.

Sebelum nak buat refinance rumah korang tu, pastikan anda telah tahu apa nak buat dengan duit yang akan diperolehi daripada refinance tu. Nanti senang sikit nak tengok beberapa perkara lain yang berkaitan jika TUJUAN anda jelas.

 

KENAPA nak Refinance Rumah ?

Yang Pertama, kurang-kurangkanlah bayar installment bank. Selalunya saya sering menasihatkan pemilik rumah untuk refinance rumah mereka adalah untuk mengurangkan bayaran bulanan bank utk pembiayaan hartanah daripada pihak bank. Mereka ini mungkin membeli rumah tersebut 10 tahn yang lepas, yang mana kadar keuntungan pada masa itu agak tinggi jika dibandingkan dengan sekarang. Ramai yang tidak ambik peduli pasal ni dan ramai juga yang tak tahu pasal ni. Jangan harap pihak bank akan inform kita dan galakkan kita utk refinance. Rugilah, tapi janganlah salahkan diaorang pula. Kau yang tak nak ambik tahu. Kita tengok dulu contoh di bawah :

DULU – Pembiayaan dengan Bank – BFR plus 1%
SEKARANG – Pembiayaan dengan Bank – BFR/BR minus 2%

Perbezaan sebanyak 3% agak besar dan penjimatan tersebut dapat disalurkan kepada TABUNG PELABURAN yang sepatutnya digunapakai untuk membeli lagi banyak hartanah….
Yang kedua adalah untuk mendapatkan CASH atau duit tunai untuk digunakan dalam pelaburan yang lain. JANGAN join Skim Cepat Kaya sudah la….kang terlelong pula rumah korang. Kebanyakan dalam kes nak dapatkan CASH ini ialah orang yang terlibat dalam bisnes. Apabila bisnes mereka memerlukan CASH dalam proses mengembangkan lagi bisnes mereka, maka mereka mempunyai duit berbentuk rumah, selain daripada membuat pinjaman perniagaan dengan pihak Bank yang mana kadar keuntungan adalah lebih tinggi berbanding pembiayaan hartanah.

Ada juga yang mencari CASH untuk main game RUMAH LELONG. Mula nak beli rumah lelong. Kena ada ready cash kan ? Jadi ini adalah salah satu lubuk duit. Ingat lagi tak kelas “Rumahku Lubuk Duit” oleh Tuanbri ?

Yang Ketiga adalah Pengurusan Kewangan. Korek lubang ini yang kurang dalam dan tanam mana mana lubang yang lagi dalam. Kalau boleh kambus terus lubang tu. Faham ke ? Ada banyak lagi perkara yang perlu jelas dan terang sebelum kita buat refinance ni. Jangan main buat je lepas tu tak tahu nak buat apa dengan duit yang banyak. Habiskan duit tu dengan enjoy sana sini, pergi melancong, beli barang mainan dan pelbagai lagi benda yang sebelum ini kita tak mampu. Tak sampai 6 bulan selepas refinance rumah tu, semua duit dah habis. Habuk pun tarak. Lubang makin dalam…Makin gelap…

 

Jaga-jaga dengan Perangkap Samar Refinance Rumah…

Image result for refinance america

Ada ke yang nak tahu apa Perangkap tu ?
Ada 10 komen kat bawah ni, saya sambung artikel ini.

Image result for refinance america

Kita jumpa lagi di artikel akan datang 🙂

 

  • saya ada buat sekali refinanance tahun 2011 dan cash tu buat rumah sewa kat kampung tapi cashflow and roi slow.
    nak refinane sekali lagi tahun ni and roll masuk asb atau overdraft -sesuai ke

  • >