Ampang Park Kena Rampas. Kenapa ?

Ampang Park
Ampang Park

Kompleks Ampang Park

Masih ramai lagi ke yang ingat akan Kompleks Ampang Park yang dahulu kala famous di kalangan orang-orang KL untuk pergi bershopping, makan-makan dan lepak ? Banyak nostalgia yang ada di Ampang Park untuk ramai orang. Ye lah, masa tu mana ada KLCC, mana ada Pavillion, mana ada Midvalley. Dibina pada tahun 1973 kot!

 

Ampang Park Shopping Centre bakal diambil dan dirobohkan oleh pihak MRT bagi pihak kerajaan. Ada yang kata Ampang Park kena rampas. Namun kita perlu menghalusi perkara ini terlebih dahulu dengan minda yang terbuka.

Ampang Park Shopping Kompleks baru sahaja diperintahkan agar sebarang jualbeli disekat efektif 30 Julai 2015. Kenapa ini boleh berlaku? Apakah tindakan pemilik unit dalam Ampang pula? Mereka ini dibayar pampasan ke?

 

Perkara ini berlaku buat pertama kalinya di Malaysia.  Satu shopping kompleks diambil oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Yang biasa kita dengar sebelum ini adalah seperti pengambilan tanah dan pengambilan rumah.

 

Arahan pengambilan ini dilakukan untuk pembinaan Stesen MRT Ampang Park yang akan digunapakai untuk MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP Line). Ini satu tindakan yang agak strategik sebenarnya kerana stesen LRT Ampang Park yang berdekatan di seberang jalan. Ini bakal memudahkan pengguna kenderaan awam untuk bergerak ke mana mana di dalam bandaraya Kuala Lumpur ini.

Ampang Park Lion

Ampang Park Lion

Ampang Park Raya Booths

Hari Raya Booths

ampang park LRT

Kelihatan drpd Stesen LRT

 

 

Namun, bagaimana pula nasib pemilik lot lot kedai tersebut?

Apakah mereka ini akan dibayar pampasan yang sewajarnya?

Bagaimana harga pamapasan itu akan ditentukan?

Siapa yang tentukan nilai pampasan tersebut?

Boloehkan pengambilan ini dihentikan?

 

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan akan menghantar Borang E kepada semua pemilik unit Kompleks tersebut dalam masa terdekat ini untuk memaklumkan arahan pengambilan tersebut. Satu mesyuarat akan diadakan di antara Jabatan dan pemilik unit Kompleks Ampang Park selepas itu .

Apa yang saya faham adalah akta ini boleh digunapakai oleh kerajaan apabila ianya melibatkan kepentingan rakyat dan negara. Pemilik boleh membawa perkara ini ke Mahkamah namun saya masih lagi tidak jumpa 1 kes pun yang mana pemilik berjaya menghalang kerajaan dalam melaksanakan pengambilan tersebut. Ini kerana pengambilan tersebut dilakukan di bawah Akta.

 

Ada tak yang sebenarnya seronok apabila dikenakan akta ini ?

Apa pendapat anda ?

Pautan Luar :
Kompleks Ampang Park
Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Artikel The Edge – Ampang Park Shopping Centre

 

5 thoughts on “Ampang Park Kena Rampas. Kenapa ?

    • Eh, bukanlah….

      Nampak sangat tak pernah pergi Ampang Park.

      Kalau Pertama Complex, jalan depan bgn dia tu 4 lane dan sehala sahaja. Bangunan dia pun tinggi. Sebab termasuk office lot. Dan tak ada McD kat bawah.

      Wow! Detail tak? Sebab gambar ni memang diambil di seberang jalan Ampang Park…

  1. honestly, sy tak kesah malah gembira apabila ampang park tu bakal berubah dengan lebih moden. biasalah pembangunan hartanah di kl ni. sampai masa kena ikut perubahan zaman. bukannya bersejarah sgt pun. hehe

    • Yang penting dalam artikel ini bukanlah Ampang Park sebenarnya……

      Yang saya nak para pembaca tahu ialah pasal Akta Pengambilan Tanah 1960.

      Kalau rumah anda kena ambil, macammana?

  2. Akta pengambilan balik tanah 1960 dia mandatory, maknanya selagi tujuan pengambilan utk kepentingan awan pemilik tidak boleh mencabar. Apa yang boleh dicabar harga pampasan yang ditawar. Maka carilah valuer terbaik untuk memperjuangkan hak tuan punya harta yang di ambil balik. Sebagai orang awam yang tidak berkepentingan saya tidak mempunyai apa-apa bantahan kerana:
    (1) untuk tujuan kepentingan awam
    (2) bangunan Ampang Park tu dah outdated, selalu saya lepak masa belajar di UTM, KL tahun hujung 70an awal 80an.
    Jika bangunan itu dambil balik, dibina stesen MRT, LRT ke apalah, dan seterusnya direkabentuk menjadi kompleks pencakar langit yang sesuai dengan keperluan dan gaya masa kini. Penggunaan tapak itu dapat di optimakan jika pembangunan semula dapat dibuat. Cuma untuk berlaku adil kepada mereka-mereka yang mencari sumber rezki di situ, berilah keutamaan kepada mereka untuk meneruskan berniaga disitu bila kompleks baru siap. Buatlah perundingan yang menguntungkan semua pihak tanpa ada yang dipinggir atau dianiaya. Kesimpulannya saya setuju dengan pengambilanbalik kompleks ini dan dibangun semula sesuai dengan keperluan masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.