Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Cara Semak CCRIS secara offline atau online

Ramai yang bertanya kepada saya, apa cara nak semak CCRIS tu? Boleh ke semak ccris tu secara online? Kena check offline je ke ? Maksud semak offline ni ialah kita pergi ke cawangan BNM (Bank Negara) dan check ccris kita di situ.

 

Anda pasti tercari cari kan cara untuk check ccris. Oleh itu anda sedang membaca artikel yang betul. Saya akan cuba terangkan kepada anda bagaimana nak check CCRIS anda dengan cara yang mudah.

CCRIS Report

Contoh laporan CCRIS

Apa itu CCRIS?

Kenapa kita kena check CCRIS ni sebelum kita nak apply loan rumah? Ini kerana semua bank di Malayia seperti Maybank, CIMB atau RHB Bank setiap bulan akan menghantar info pelanggan mereka yang mempunyai kemudahan bank seperti housing loan (loan rumah), pembiayaan hartanah, pembiayaan peribadi, personal loan, hutang kad kredit kepada BNM (Bank Negara), lebih spesifik –> Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia.

CCRIS (Central Credit Reference Information System) menyimpan semua info pelanggan bank di dalam satu sistem data berkomputer. Ini adalah laporan pelanggan yang dilaporkan oleh semua bank. Kalau bank tu tak hantar laporan, tak adalah rekod anda dalam CCRIS. Dikatakan terdapat lebih daripada 9 JUTA info pelanggan yang disimpan di dalam CCRIS.  Semua info ini boleh diakses oleh semua Bank jika terdapat keperluan sahaja. Jangan risau jika info anda ada di dalam CCRIS ini sebab ianya dilindungi di bawah BAFIA (Akta Bank). Contohnya, kalau kita apply kad kredit, barulah bank tu boleh gunapakai CCRIS utk check rekod kita. Bukan boleh main check sesuka hati je.

Apa info yang ada dalam CCRIS?

Kita boleh print laporan CCRIS sendiri di cawangan Bank Negara yang berhampiran. Laporan tersebut akan menunjukkan pelbagai info seperti:

  • jumlah pinjaman
  • interest
  • caj-caj tertunggak
  • PTPTN

pada setiap pinjaman atau pembiayaan anda termasuk jenis pinjaman.

Jenis Pinjaman/Pembiayaan :

  • perumahan
  • peribadi
  • kad kredit
  • sewa beli
  • overdraft

Bila kita print CCRIS tu, di atas kertas laporan tersebut nanti akan nampak rekod 12 bulan kita yang lepas dengan semua bank di Malaysia. 12 bulan ke belakang daripada tarikh kita print laporan tersebut. Jika ada kes bankrap atau saman pun akan ditulis di dalam laporan tersebut. Kalau kita tengah apply loan rumah ke, personal loan ke pun akan ditulis di dalam tu.


Kenapa kena PRINT CCRIS ? 

Ini bagi memudahkan pihak bank untuk buat penilaian terhadap tahap kredit anda. Caranya ialah dengan menganalisa semua kemudahan bank yang kita guna seperti :

  • setiap pinjaman,
  • baki pinjaman serta
  • rekod bayaran pinjaman anda.

Senang cerita, kalau anda ada tertunggak 2 bulan dan tertulis dalam laporan CCRIS tu, comfirm pihak bank akan REJECT permohonan anda.

Dengan laporan CCRIS ini juga, pihak BANK akan buat kiraan komitmen kita setiap bulan, dalam jadual DSR (Debt Service Ratio) anda setiap bulan. Penting ke untuk kita sendiri tahu berapa DSR kita? Jawapan = PENTING! Kalau DSR kita dah lebih drpd 70% tu dah boleh kira GAGAL la.  Sekarang ni PTPTN pun dah dimasukkan ke dalam CCRIS. Jadi jika anda tak bayar PTPTN lebih 3 tahun, maka CERAH la peluang anda untuk gagal apply pembiayaan rumah anda….

Nak PRINT CCRIS?

Ada 2 cara kita nak print CCRIS sendiri.

  1. Offline :
    Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
    Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
    Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.myUntuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my
  2. Online:
    Nak check online, kita boleh terus layari website CCRIS : Klik SINI untuk CCRIS Online. Kalau nak telefon, boleh telefon BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465. Saya difahamkan dalam masa 1 jam je kita dah boleh dapat CCRIS report kita…tapi kena buat pengesahan dulu. Jangan ingat kita boleh tolong check kan untuk orang lain. Kan info CCRIS tu rahsia?

 

Anda faham tak? Kalau faham, boleh tolong SHARE ?
Kita kongsi info ini dengan rakan rakan anda…

  • >