Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

5 Cara Simpan Duit Beli Rumah Idaman

Rumah Idaman Beli Rumah Idaman? Setiap orang sangat menginginkan rumah idaman .Lagi-lagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Mestilah nak kan privasi. Memiliki rumah idaman sendiri akan memudahkan kehidupan bagi pasangan yang baru berkahwin. Jadi, sangat-sangat harus untuk memiliki rumah sendiri atau rumah idaman yang korang selalu angan-angankan masa zaman kanak-kanak dahulu. Tetapi, dihimpit dengan masalah kewangan menjadikan korang patah semangat untuk memiliki rumah idaman. Jangan risau, mari cuba tips atau cara simpan duit untuk beli rumah idaman anda itu. Check it out!

1)Mempunyai pendapatan tetap

  • Untuk membeli rumah idaman, pastikan korang mempunyai pendapatan tetap. Semak status kewangan, adakah masih mempunyai baki yang mencukupi dari duit gaji untuk membuat simpanan. Jika tidak, cari pekerjaan lain yang boleh mengukuhkan pendapatan anda.

2)Tentukan target simpanan

  • Tentukan dahulu pada waktu bila korang ingin beli rumah. Jika korang rancang untuk membeli rumah pada tahun berikutnya, tetapkan jumlah simpanan dan berapa lama untuk korang menyimpan.

3) Buat senarai perbelanjaan

  • Senaraikan setiap perbelanjaan korang setiap minggu, bulan dan tahun. Rekodkan juga setiap keluaran duit. Dari situ, korang boleh buat analis apa yang perlu dan tak perlu untuk korang. Ini untuk memudahkan, simpanan duit untuk beli rumah idaman itu.

4) Tambahkan pendapatan

  • Cuba berusaha untuk tambahkan lagi pendapatan. Contohnya, korang boleh belajar buat side income dengan cara bisnes online, dropship atau agen untuk sesuatu produk.

5) Disiplinkan diri

  • Disiplin diri perkara yang paling penting sekali korang kena terapkan dalam diri. Takde disiplin macam mana nak menyimpan, kata nak ada rumah idaman. So, sentiasa disiplin dalam menyimpan duit. Utamakan dahulu keperluan daripada kemahuan.

Sebenarnya, banyak cara boleh kita praktikkan untuk simpan duit. Terpulang kepada diri kita sendiri macam mana dan bagaimana untuk kita menyimpan duit. Kita yang nak benda tu, kita kena usaha sendiri. Biarkan sesiapa yang memperkecilkan usaha kita, bukannya mereka nak tolong pun. Tetap usaha semampu boleh. U can do it!

 

>