6 Tips Membeli Rumah Lelong

 

Rumah Lelong

Harga rumah baru yang terlalu mahal membuatkan ramai orang lebih memilih membeli rumah lelong. Untuk membeli sebuah rumah lelong bukan perkara yang mudah, banyak aliran proses yang perlu dititikberatkan dan difahami. Takde jalan shortcut dalam pelaburan rumah lelong. Memang terdapat banyak risiko tapi tak perlu risau kalau kita faham setiap langkah-langkah aliran proses rumah lelong ini pasti semuanya akan berjalan lancar. So, saya ingin kongsikan tips mudah membeli rumah lelong. Mana tahu dapat dijadikan panduan kepada korang semua.

 

 

Kenal pasti rumah yang ingin di beli

  • Buat survey, pergi sendiri ke kawasan perumahan yang hendak dilelong. Lihat harga lelongan dan harga pasaran rumah di kawasan tersebut. Kalau harga pasaran rumah tersebut 150k dan di lelong dengan harga 80k, memang berbaloi untuk korang beli.

 

Lihat keadaan rumah atau “site visit”

  • Buat pemeriksaan hartanah tersebut, pastikan rumah itu berbaloi untuk dibeli. Lihat keadaan kawasan rumah, kalau rumah yang dilelong itu masih berpenghuni, minta kebenaran untuk melihat keadaan rumah (jika boleh) atau cari maklumat tentang sikap penghuni rumah tersebut dengan jiran-jiran.

 

Semak dan kira kelayakan pinjaman

  • Semak dan kira kelayakan korang samaada layak membuat pinjaman ataupun tidak. Terlebih dahulu, buat semakan CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan rekod CTOS korang. Lepas itu, kira kadar Debt Service Ratio untuk memastikan berapa peratus komitmen bayaran pinjaman bulanan berbanding dengan pendapatan bulanan korang. Kebiasaannya, pihak bank menggunakan DSR untuk menentukan berapa jumlah pinjaman yang layak korang dapat.

 

Dapatkan Proclamation of Sale (POS) atau pengisytiharan jualan

  • Dapatkan POS atau Pengisytiharan Jualan daripada pelelong atau mana-mana website berbayar. Call atau terus berjumpa pelelong tersebut untuk dapatkan maklumat atau apa-apa yang korang tak faham dalam pengisytiharan jualan tersebut.

 

Beli bank draft

  • Setelah faham segala maklumat, korang perlu beli bank draft sebelum datang membida. Pembelian bank draft hendaklah mengikut jumlah harga yang telah di tetapkan samaada 5% atau 10% daripada harga jualan. Tulis bank draft atas nama bank yang telah dinyatakan di dalam pengisytiharan jualan. Pastikan ejaan semua betul.

 

Datang awal dan bawa kad pengenalan diri

  • Datang awal pada hari pembidaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum lelongan untuk membuat pendaftaran. Pastikan juga korang bawa kad pengenalan diri dan salinan kad pengenalan. Ini penting, sewaktu pendaftaran anda harus menyerahkan bank draft dan salinan kad pengenalan.

 

Tips di atas adalah panduan asas untuk membeli rumah lelong. Bagi mereka yang baru untuk mencuba membuat bidaan, berhati-hati sebaiknya tanya pandangan atau pengalaman orang yang lebih professional dalam bidang hartanah. Semoga tips yang saya kongsikan dapat dijadikan panduan kepada semua.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.