6 Tips Mudah Beli Rumah Pertama

Rumah Pertama

 

Beli rumah pertama anda sendiri. Sudah penat menyewa rumah, tengok kawan-kawan yang lain semua dah mempunyai rumah sendiri.

Mesti ada angan-angan nak buat decoration rumah cantik-cantik mengikut impian yang lama terpendam. Tak kan selamanya nak menyewa rumah bukan?

So, ada beberapa perkara yang perlu dilalui dan diambil berat dalam memastikan prosedur membeli rumah pertama anda berjalan lancar.

Jom cuba tips mudah beli rumah pertama dibawah ini.

  1. Semak status kewangan
  • Pertama sekali jika anda ingin beli rumah pertama, semak dahulu status kewangan anda.
    Ini adalah untuk membuat pinjaman rumah dengan bank. Pastikan tiada masalah dengan status kewangan anda untuk memudahkan pinjaman diluluskan oleh pihak bank. Apa yang nak kena check ? Semak CTOS dan CCRIS.

 

  1. Anggarkan bajet mengikut kemampuan
  • Anggarkan bajet mengikut status kewangan anda. Tahu ke cara untuk buat bajet ?
    Pastikan rumah yang anda inginkan itu bersesuaian dengan kemampuan.
    Masukkan sekali anggaran untuk kos-kos yang bakal dikeluarkan seperti renovation, bayaran faedah pinjaman serta cukai-cukai yang harus dibayar.
    Selain itu, pastikan juga anda mampu untuk membayar pinjaman setiap bulan dengan baik.

 

  1. Bertemu dengan perunding hartanah
  • Memandangkan prosedur jual beli rumah tidak terlalu mudah dan anda tidak yakin untuk menguruskan semuanya sendiri. Perunding hartanah sedia untuk membantu menguruskan prosedur beli rumah pertama anda. Selain itu, perunding hartanah juga boleh mencadangkan rumah seperti yang anda mahukan.

 

  1. Membuat kaji selidik kawasan perumahan
  • Jika sudah mendapat rumah yang anda mahukan itu, cuba buat dahulu kaji selidik kawasan perumahan tersebut. Bagus atau tidak hartanah tersebut, selamat dan selesa untuk didiami, lihat juga kejiranan rumah tersebut. Selain itu, pastikan juga rumah yang anda mahukan itu dekat dengan kemudahan seperti sekolah/masjid, supermarket/kedai runcit dan pengangkutan awam.

 

  1. Membuat pemeriksaan keadaan rumah
  • Hal ini faktor terpenting untuk anda lakukan. Yela sebab yang hendak duduk anda, pasti anda mahukan rumah yang selesa bukan? Sebelum bersetuju untuk membeli rumah tersebut, buat pemeriksaan rumah. Pastikan anda membuat pemeriksaan dengan teliti. Periksa ruang tamu, bilik tidur, dapur, tandas, pintu masuk dan pintu belakang ada kerosakan atau sebarang kebocoran.

 

  1. Sentiasa follow-up dengan perunding hartanah
  • Setelah berpuashati dengan rumah tersebut, serahkan urusan jual beli rumah kepada perunding hartanah untuk menguruskan prosedur jual beli rumah. Tetapi, jangan pula serah bulat-bulat kepada perunding. Anda harus sentiasa buat follow-up dengan perunding hartanah untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku nanti.

 

Kesimpulannya, tidak rugi untuk membeli sebuah rumah.
Sekurang-kurangnya, kita dah ada pengalaman memiliki rumah sendiri.

Lagi-lagi kita boleh melakukan apa sahaja untuk membuatkan rumah pertama yang kita beli itu menjadi rumah idaman kita.

Mana tahu, ada rezeki lain pula nanti untuk memiliki rumah kedua.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.