Episod 6 Sediakan Payung Sebelum Rumah

Setiap hari isnin, jam 7,30 malam slot Sediakan Payung Sebelum Rumah akan ditayangkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD. Episod pada minggu ini sudah masuk ke episod ke 6, yang bertajuk Sewa atau Beli ?

 

Dalam episod ini, program Sediakan Payung Sebelum Rumah ingin membawa penonton ke satu diskusi ilmiah yang sering menjadi tanda tanya di kalangan kita.

Stratgei mana  lagi bagus?
Beli rumah untuk kita sewa kan atau
Beli rumah untuk kita jual balik nanti ?

Strategi ini berbeza mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Saya nasihatkan supaya kita semua ukur baju di badan sendiri. Jangan nak ikut orang je. Jangan nak main redah ke. Sediakan Payung Sebelum _______.

Bahayakan kalau tersalah langkah?
Ini bukannya hutang 2 ke 3 ratus sahaja. Malah mungkin mengikat kita sehingga 30 tahun. Fuuhh..berpeluh nanti kita.

Bila beli untuk sewa, kita kena melihat daripada sudut yang berbeza dengan jika kita guna strategi beli dan jual. ┬áStrategi beli dan jual ni lebih FAMOUS orang panggil “flipping”. Kita flip property tu macam kita flip lempeng bila bahagian bawah dia masak. Hah! Faham ke ?

Baik kita tengok dulu slot Sediakan Payung Sebelum Rumah ni dan kita faham dulu intipati pengisian. Baru syok nak diskus lepas tu kan ?

Apa kata anda ?

Sempat tak tonton program ni malam karang ?

Sediakanpayungsebelumrumah

Jangan lupa snap gambar dan hashtag kan #sediakanpayung.
Lepas tu tinggalkan komen atau apa yang anda belajar.

Boleh ?

ikhlas,

Tuanbri

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.