STRATEGI MEMBELI RUMAH PERTAMA UNTUK GOLONGAN MUDA

rumah pertama untuk golongan muda

Rumah Pertama untuk Golongan Muda. Golongan muda pada masa kini pastinya mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman sendiri. Sudah berkerjaya pastinya ingin hidup berdikari dan tidak mahu terlalu membebankan ibubapa dan keluarga yang lain. Mungkin inilah masanya untuk kita membuktikan bahawa golongan muda seperti kita juga layak untuk memiliki rumah pertama sendiri.

            Untuk membeli sebuah rumah, kita hendaklah sentiasa peka dari pelbagai sudut supaya tidak akan ada sebarang masalah apabila kita tinggal dirumah yang sudah dibeli kelak. Disini, saya ingin kongsikan strategi membeli rumah pertama untuk golongan muda daripada perspektif saya sendiri. Mungkin serba sedikit boleh membantu golongan muda seperti anda dan saya untuk memiliki rumah pertama yang diidam-idamkan.

Cari rumah ikut kemampuan

  • Pertama sekali apabila anda ingin membeli rumah, pastikan rumah yang anda mahukan itu bersesuaian dengan kemampuan anda ataupun lebih mudah sebuah rumah harga mampu milik. Kebiasaan anggaran harga mampu milik ini, mungkin RM150,000 hingga RM300,000.

 

Periksa kelayakan pinjaman

  • Strategi kedua membeli rumah pertama untuk golongan muda ialah anda harus pastikan status kewangan anda melayakkan anda untuk membuat pinjaman. Ini kerana untuk memastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman dengan baik. Untuk membuat pinjaman, terpulang kepada anda untuk memilih dari pihak bank mana yang anda ingin membuat pinjaman. Kalau dari pandangan saya, seeloknya pilih pihak bank yang mempunyai syarat yang longgar.

 

Jumpa dengan perunding hartanah

  • Memandangkan prosedur jual beli rumah bukanlah mudah kerana anda perlu berurusan dengan peguam dan sebagainya, bertemu dengan perunding hartanah adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan rumah idaman anda. Ini juga memudahkan urusan jual beli rumah dan perunding hartanah juga boleh mencadangkan rumah-rumah yang terbaik untuk anda miliki.

 

Lihat kawasan persekitaran rumah

  • Setelah mendapatkan cadangan rumah yang anda inginkan daripada perunding hartanah, cuba lihat dahulu kawasan persekitaran rumah tersebut. Lihat dari segi kawasan, selamat dan mempunyai kawalan keselamatan. Lihat juga kejiranan rumah tersebut dari segi bangsa mahupun golongan seperti keluarga, orang asing ataupun pelajar.

 

Cari rumah yang mempunyai banyak kemudahan

  • Rumah yang dicadang itu dekat ataupun tidak dengan kemudahan. Contohnya, supermarket atau kedai-kedai runcit, sekolah, masjid, klinik dan yang penting sekali dekat dengan pengangkutan awam. Ini adalah untuk kepentingan anda juga supaya memudahkan kehidupan harian nanti.

 

Periksa keadaan rumah

  • Jangan sesekali anda terus bersetuju untuk membeli rumah tersebut tanpa anda memeriksa sendiri keadaan rumah. Beritahu kepada perunding hartanah untuk membawa anda memeriksa keadaan rumah. Setelah perunding hartanah bersetuju, pastikan anda membuat pemeriksaan sepenuhnya dengan teliti. Periksa ruang tamu, bilik tidur, dapur, tandas ada kerosakan atau sebarang kebocoran dan sebagainya.

 

Sentiasa mengikuti perkembangan urusan jual beli

  • Dengan segala perincian dan anda berpuas hati dengan rumah yang dicadangkan tersebut, serahkan segala urusan jual beli rumah kepada perunding hartanah untuk menguruskan prosedur tersebut untuk anda. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan prosedur jual beli anda dengan perunding hartanah.

 

Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat atau faedah kepada anda semua. So, apa tunggu lagi siap sediakan diri anda untuk memiliki rumah pertama sendiri. Sekian, terima kasih.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.