Program TUBE SME CORP 2016 utk Usahawan Belia

Pernah dengar program TUBE SME Corp ni yang dianjurkan oleh SME Corp? Program TUBE SME Corp ini ialah satu program KHUSUS utk belia berumur 18 sehingga 30 tahun yang mempunyai MINAT untuk buat bisnes. Siap di hujung program nanti, ada geran sebanyak RM15,000 menanti untuk mereka yang berjaya.

Tube SME Corp 2016

Tube SME Corp 2016

Ini satu perkongsian pengalaman salah seorang bekas peserta TUBE yang lepas :
(baca sampai habis tau!)

======  Ini Kisah TUBE Aku  ======

Nak Duit RM15,000 Tak?
Jom Join Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE SME Corp).

 

Nak tanya sikit ni.
Korang pernah dengar tak pasal TUBE?
Korang tau tak apa benda alah TUBE ni?
Eh, ni bukan tube tayar basikal ke, motor ke apa.
Jangan salah faham pulak ye.

Haaaa,, meh bekas peserta TUBE ni nak cerita sikit pengalaman yang ada.
Moga-moga boleh jadi panduan buat korang yang membaca.

 

Ok, TUBE ni sebenarnya dana yang diberikan oleh kerajaan kepada uasahawan muda. Dana ni dalam bentuk geran dan disalurkan melalui TUBE SME Corp. Kiranya korang tak perlu bayar balik dah. Sesiapa yang berjaya join program ni, akan dapat RM15,000 (direct cash masuk akaun bank). Best kan? Sebelum ni sesiapa yang berusia bawah 40 tahun boleh apply TUBE. Tapi sekarang dibuka untuk korang yang berusia dari 18-30 tahun je.

 

Tapi, bukan senang-senang nak dapat. Mesti ada langkah-langkah yang korang kena buat. Pertama sekali, korang kena isi borang kat laman web TUBE. Korang kena buat karangan pendek berkenaan sebab korang apply geran tu. Pastu, apa korang nak buat bila dah dapat duit tu. Senang cerita, perancangan bisnes korang la.

 

Bila dah ‘settle’ hantar karangan tu, korang just tunggu je diorang ‘reply’ sama ada karangan yang ditulis tu lulus ke tak. Kalau lulus, korang kena jawab beberapa soalan pulak. Tapi mudah je soalan tu. Just jawab YA atau TAK je. Pastu, baru la korang akan dipanggil untuk sesi interview pulak.

 

Masa interview tu, tak perlu la nak skema sangat. Jawab je soalan pegawai-pegawai tu semua dengan yakin. Pastikan jawapan tu memang dari hati korang, bukan hafal dari mana-mana buku ye. Bak kata orang “apa yang terluah dari hati, akan sampai ke hati jua”. Haaaa,, gitu la cara yang saya guna masa interview TUBE dua tahun lepas. Masa tu saya tunjuk je ekspresi yang saya betul-betul perlukan geran tu. Gaya bahasa pun selamba je.Tapi bukan buat-buat.

 

Lepas selesai interview tu, korang tunggu je jawapan sama ada korang terpilih atau tak. Andainya terpilih, korang kena join kursus keusahawanan yang TUBE SME Corp anjurkan. Masa saya dulu, kursus 2 minggu je. Tapi sekarang dah 3 minggu. Sebenarnya, kitorang peserta TUBE 1.0 la yang request masa lebih. Kebanyakan kitorang bagi feedback, tak cukup tempoh 2 minggu sebab padat sangat. Terkejar-kejar nak cover semua modul. Tapi bagus la untuk korang kan? Takde la ‘berasap’ kepala nanti. Hehehe.

 

Ok, masa minggu pertama, korang kena buat aktiviti lasak PLKN dulu. Tujuannya untuk bina kekuatan mental dan fizikal sebagai usahawan. Nanti ada la kawad, flying fox, masuk hutan semua tu. Yang agak-agak geli dengan pacat, mohon bertabah la ye. Bersiap-sedia je (hahaha). Pastu, masa minggu kedua dan ketiga baru korang akan masuk kelas. Belajar pasal asas-asas perniagaan macam pemasaran, jualan, rekod perakaunan, cara kira margin keuntungan, dan banyak lagi la. Sebab tu kena tambah lagi seminggu untuk modul ni.

 

Lagi satu, masa ni korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pastu korang kena buat tugasan luar. Kena pergi jual barang kat orang awam dekat tempat yang diorang tentukan. Barang apa nak jual? Semua tu ikut kreativiti korang. Group saya hari tu jual perfume. Pastu ada group yang sangat kreatif, diorang buat kerongsang daripada kain dan jual (group ni menang tugasan). Ada jugak group yang pergi beli je pen murah dekat Mydin Mall, pastu jual balik dengan harga RM1 sebatang. Ada group yang jual kek, kuih, air dan macam-macam lagi. Penat tapi seronok!

 

Haaaaa,, panjang kan step yang korang kena buat? Banyak kan benda nak kena tempuh? Rilek la, kata nak dapat RM15,000. Ingat ada ke orang nak bagi mudah-mudah je? Follow je semua modul selama 3 minggu. Lepas dah selesai semuanya, insyaALLAH korang MESTI dapat geran tu. Cuma pembayaran geran akan dibuat secara berperingkat. Ada yang dapat cepat, ada yang lambat sikit.

 

Sebelum nak dapat geran tu, korang kena pastikan yang korang dah daftar perniagaan atas nama korang secara INDIVIDU. Daftar Enterprise je. Bukan PLT, bukan Sdn.Bhd. Dan korang kena ada akaun bank atas nama peribadi jugak, bukan atas nama company. Semua ni sebab nak elakkan daripada orang lain ambil kesempatan. Korang yang penat lelah redah hutan, berasap kepala belajar ilmu bisnes bagai, tiba-tiba orang lain selamba nak ambil duit tu? Memang tak la kan.

 

Lepas dah settle semua tu, korang emailkan segala dokumen yang SME Corp perlukan. Pastu, tunggu je duit masuk. Nanti, pegawai diorang akan maklumkan. Kalau rasa lambat sangat, korang call je update dengan pegawai yang bertugas.

 

Punya panjang lebar cerita kat atas tu, just langkah-langkah untuk dapatkan geran je. Sekarang baru nak masuk bab kelebihan program TUBE ni. Antara kelebihannya, memang sangat bagus untuk korang yang perlukan modal untuk mulakan bisnes atau nak kembangkan lagi bisnes sedia ada. Pastu, korang boleh kukuhkan lagi ilmu-ilmu asas perniagaan yang korang ada. Kalau yang zero ilmu bisnes, memang banyak benda baru korang akan belajar.

 

Selain tu, pihak SME Corp akan bagitau jugak info pasal program-program lain yang sesuai untuk perkembangan bisnes akan datang. Pastu ada jugak dijemput usahawan-usahawan yang dah berjaya untuk kongsikan segala ilmu dan pengalaman diorang dalam bisnes. Masa saya hari tu, salah seorang usahawan yang dijemput adalah Hairuddin Omar (pemain bola sepak tempatan). Dia dah berjaya dengan bisnes pelbagai jenis sambal dan perencah jenama “Adeq Sue”.

 

Korang jugak akan dipantau selama setahun untuk kenalpasti sejauh mana tahap perkembangan bisnes korang. Dalam tempoh pantauan tu, korang perlu report la apa korang buat dengan duit geran tu. Pastu, ada sorang Mentor yang akan pantau. Apa-apa masalah, boleh rujuk Mentor korang.

 

Tapi, kelemahan paling ketara dalam program TUBE ni berkaitan dengan Mentor la. Sebabnya, Mentor yang ditugaskan untuk buat pantauan tu macam tak berfungsi sangat. Kewujudan diorang ni macam sekadar nak penuhi syarat je. Mungkin diorang semua pegawai yang memang dah terikat dengan kerja hakiki di SME Corp, pastu nak kena pantau perkembangan bisnes kita pulak. Sorang Mentor handle lebih kurang 10 orang peserta. Memang masak la diorang nak layan kerenah setiap orang. Huhu…

 

Lagi satu yang sadisnya, adik-beradik bekas peserta TUBE dah tak boleh join program ni lagi. Tak kisah la adik, abang atau kakak korang buat bisnes lain pun, tetap tak boleh. Walaupun korang tak pernah terlibat dengan bisnes adik-beradik korang, masih jugak tak diterima. Tapi, kalau adik-beradik korang nak cuba jugak boleh je. Mana tahu memang rezeki, dapat jugak kan! Rezeki tu kan rahsia ALLAH, tak gitu?

 

So, setakat ni je yang boleh saya kongsikan. Sedikit pengalaman yang tak seberapa pun, tapi sangat bermakna. Untuk korang yang dah apply dan bakal apply TUBE SME Corp ni, good luck! Semoga terus berjaya. Ada rezeki, pasti dapat. Kalau takde tu, mesti ada rezeki yang lebih baik. Yakin je, ok! ???

 

Hasil Nukilan : -Fathiah AB-

==========  The End   ============

Cepat Join!
Sebabnya : Tarikh akhir utk submit application ialah 15 Jun 2016.

Klik untuk daftar–> SME Corp

TUBE 2016

Syarat-syarat untuk menyertai TUBE SME CORP 2016 ini :

  1. Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE SME Corp) sebelum mengemukakan permohonan
  2. Permohonan dalam talian dibuka mulai 01 Jun 2016 sehingga 15 Jun 2016 sahaja.
    Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
  3. Permohonan boleh dibuat sekali sahaja.
  4. Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-
    • Permohonan dalam Talian – 01 Jun 2016 – 15 Jun 2016
    • Sesi Temuduga – Ogos / September 2016
    • Kemasukan Ke Kem (Fasa 1 & 2) – 2 – 22 Oktober 2016 (21 Hari)
    • Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) – November 2016 – Oktober 2017
  5. Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
  6. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang “Sah & Hantar”
  7. Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang “Sah & Hantar”.
  8. Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.
  9. Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.

 

Lepas korang dah baca ni, mesti korang nak join kan ?

 

Jangan lupa mention “Tuanbri.com” banyak kali dalam program tu nanti!
Ada apa apa soalan, sila tinggalkan komen anda di bawah.
Nanti kita buat kelas lanjutan untuk usahawan belia pula di Satu Solution Corp…

 

Dah pernah join TUBE SME Corp? Kongsikan pengalaman anda!

One thought on “Program TUBE SME CORP 2016 utk Usahawan Belia

  1. Salam. Boleh saya tahu soalan ape dia akan tanya masa interview tu? Thank youuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.