7 perkara WAJIB kena tahu sebelum buat pelaburan hartanah

rumah pertama untuk golongan muda

7 PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM BUAT PELABURAN HARTANAH.

Sebut saja pasal pelaburan hartanah, mesti kita akan terbayang tanah, rumah, bangunan dan duit yang banyak. Ye la, kalau tak ada duit macam mana nak melabur kan? Mesti orang yang melabur dalam hartanah ni orang yang duit berkepuk-kepuk. Tak pun memang dah ada harta yang diwarisi dan tak habis 7 keturunan. Hehe…

 

Yang sebenarnya, bukan macam tu pun. Bukan tunggu kaya dan banyak duit baru boleh terlibat dalam pelaburan hartanah ni. Sesiapa saja berpeluang untuk menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya, asalkan ada ILMU. Ada duit, tapi ilmu tak ada, kosong, jawabnya boleh lingkup jugak. Kalau ada ilmu, daripada tak ada duit pun boleh jadi ada tau. Jadi, sekurang-kurangnya kita kena la ada ambil tahu sikit sebanyak pasal perkara asas sebelum nak buat pelaburan hartanah. Haaaa, sebab tu la hari ni saya nak kongsi sikit la pasal 7 perkara yang WAJIB korang tahu sebelum nak terlibat dalam pelaburan hartanah. Jom baca kat bawah ni.

 


7 Perkara Wajib Tahu Sebelum Buat Pelaburan Hartanah

============
No. 1 –>

Langkah paling penting yang korang kena buat sebelum buat pelaburan hartanah ni ialah, korang kena buat kajian pasal hartanah yang korang nak beli. Ambil tahu pasal hartanah tu dengan membaca buku atau artikel yang berkenaan. Rujuk jugak orang yang dah biasa terlibat dan berjaya dalam pelaburan hartanah.

============

No. 2 –>

Korang mesti la tahu hartanah jenis apa yang sesuai untuk korang beli. Jangan dengar je ada orang nak jual hartanah, terus je korang nak beli. Korang kena tahu mana yang lebih bagus untuk korang melabur. Hartanah yang atas tanah atau yang bertingkat? Macam rumah teres atau pangsapuri. Antara dua tu, mana satu lebih baik. Dan pastikan harga yang korang dapat tu adalah di bawah harga pasaran sekurang-kurangnya 20%-30%.

===========

No. 3 –>

Pastikan korang dah jelas dengan jenis pelaburan yang korang nak buat. Korang nak jual beli rumah ke, atau nak sewakan rumah tu. Sebab pilihan korang ni menentukan aliran kewangan dan pulangan pelaburan yang korang akan dapat. Korang nak keuntungan yang banyak sekaligus, atau secara berperingkat setiap bulan. Faham apa matlamat jangka masa panjang korang, baru korang boleh buat keputusan.

===========

No. 4 –>

Seterusnya, korang kena tahu kemampuan korang untuk melabur dalam sesebuah hartanah. Berapa banyak modal yang korang ada sebagai kos permulaan untuk membeli hartanah dan berapa banyak ansuran setiap bulan. Biasanya pendahuluan yang perlu dibayar adalah antara 5%-20% harga hartanah, campur pula dengan sedikit kos guaman dan duti setem untuk perjanjian antara penjual dengan pembeli. Lagi satu, ansuran bulanan tu mestilah di bawah kemampuan korang supaya tak ada la sangkut pulak bayaran dengan pihak bank.

===========
No. 5 –>

Lepas tu, kena tengok lokasi hartanah tu dekat mana. Cun ke tak cun lokasi tu. Pilih lokasi hartanah yang hampir dengan kemudahan asas macam sekolah,,pasaraya, taman rekreasi dan pengangkutan awam (LRT, bas, teksi). Jangan pulak korang pergi beli hartanah yang entah ceruk mana, melainkan korang yakin lokasi tu memang berpotensi tinggi pada masa akan datang.

===========

No. 6 –>

Sebelum beli sesuatu hartanah, korang kena kaji dan kenalpasti jugak pemaju tu ada rekod bagus ke tak. Elakkan daripada terlibat dengan pemaju yang bermasalah ataupun projek perumahan yang terbengkalai. Tak pasal-pasal nanti duit korang dah melayang, hartanah tak dapat. Korang jugak yang makan hati dan gigit jari.

==========

No. 7 –>

Bagi korang yang nak sewakan hartanah yang korang dah beli tu, pastikan kadar sewaan yang korang kenakan tu lebih tinggi daripada ansuran bulanan yang perlu dibayar. Paling tak pun, biar sama harga. Kalau tak, korang yang tercekik nak bayar nanti. Elok-elok sepatutnya dapat pendapatan lebih, tapi terpaksa pulak ikat perut. Sebelum tu, korang kena kaji sikit la berapa kadar sewaan rumah di sekitar kawasan tu.

==========

KESIMPULAN –>

Kesimpulannya, korang kena ada jugak ILMU walaupun sedikit. Dalam apa saja yang korang nak buat, ilmu sangat-sangat penting tau. Dan carilah mentor dalam bidang yang korang nak ceburi. Bidang hartanah sendiri banyak cabang. Jadi, rujuk dan tanyalah mereka yang pakar. Contohnya macam korang sakit gigi, mesti korang pergi jumpa doktor gigi kan. Takkan la pergi jumpa doktor pakar jantung pulak. Kikiki. Apa-apa pun, semoga artikel yang tak seberapa ni bermanfaat buat korang.

Camne?
Bagus ke artikel ni ?

Kalau BAGUS, tolonglah SHARE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.