Property Investment Talk For MSU Students 2016

Wau! What a day! Penat tak terkira hari ini…selepas semalam berkongsi dengan student Management & Science University di MSU Shah Alam. Saya berharap sangat apa yang saya kongsikan dengan mereka boleh menjadi pedoman untuk hidup mereka sekarang dan masa depan. Ada lebih kurang hampir 20 tips yang saya kongsikan untuk mereka gunapakai dalam hidup mereka sekarang sebagai pelajar dan juga selepas mereka habis belajar.

 

Best ke talk saya semalam tu ?

Hhmmm…tu kenalah tanya pelajar-pelajar MSU Shah Alam yang hadir semalam.

Berdasarkan apa yang saya dapat respon drpd lecturer senior mereka, the students like it very much! And they for sure will invite me again! wow! Hilang sikit penat saya tu…hehehe…

 

Tapi kalau ikutkan saya punya benchmark, saya personally agak kecewa dengan talk saya semalam. Ada beberapa perkara yang saya nak tapi tak dapat. Nak tahu ke ? Nak ke saya share apa perkara tu ? Tak payah la kot yea… cuma siapa yang kenal dan pernah bekerja dengan saya, mesti tahu betapa cerewetnya saya. Saya nak semuanya almost perfect…. bukan perfect 100%. Sebab saya tahu itu ialah mission impossible…kan ?

Ok. Berbalik pada presentation saya tu, ianya bertajuk “How To Be A Real Estate Millionaire”.  Saya agak goyang juga nak share tajuk ini, sebabnya peserta peserta yang hadir adalah pelajar dan mereka belum pun keluar daripada kepompong universiti. Jadi agak sukar untuk mereka melakar jalan hidup mereka sendiri, apatah lagi nak mengorak langkah menjadi seorang Jutawan Hartanah… Kalau ada students MSU Shah Alam yang baca artikel ini, tolong tinggalkan pendapat anda di bawah. TQ!

Namun saya juga mempunyai pendapat, bahawa jalan untuk menjadi Jutawan Hartanah sebenarnya bermula pada hari ini. Ya! Jika anda ada hasrat untuk menjadi seorang jutawan hartanah, mulakan sekarang! Jangan tertangguh tangguh lagi… nak tunggu apa lagi ?  Mulakan dengan apa saja yang ada di tangan.. Faham ke ? Seperti contoh, baca 1 buku hartanah. Ada kan buku yang korang dah beli tapi korang simpan je kat rumah kan ? Tak habis baca lagi kan ?  So, itulah langkah awal yang korang patut ambik untuk menjadi seorang Jutawan Hartanah. Bukannya MESTI hadir ke seminar hartanah anjuran Tuanbri (promote sikit…) walaupun seminar hartanah tersebut telah berjaya mengubah mindset ramai anak anak muda Muslim di Malaysia.
Oklah coretan saya setakat ini. Bulan depan pula ada jemputan lain pula daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Nanti saya bagitau subscibers saya maklumat lengkap di mana dan bila. Saya jemput anda untuk turut hadir bersama.

Anda dah jadi subscriber saya ?
Kalau belum, sila SMS “hartanah” ke 010.250.9115 (No admin SatuSolution)  dan kami akan menghubungi anda untuk sebarang event yang akan diadakan.
Adios guys!

One thought on “Property Investment Talk For MSU Students 2016

  1. Salam Tuanbri, saya setuju sangat-sangat cintakan pelaburan hartanah mesti bermula dari awal lagi iaitu di peringkat IPT. Tahniah kerana team Tuanbri telah mengorak langkah pertama dalam membuka minda mereka semua. Cayalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.