Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Seminar

Seminar Hartanah Edisi Selatan 2013!

 

Seminar Hartanah Anjuran bersama Abangensem dan Tuanbri akan ke Selatan buat pertama kalinya dalam tahun 2013. Semakin ramai yang meminati pelaburan hartanah sehingga memaksa kami untuk berkongsi ilmu hartanah dengan orang orang selatan.

 

Maklumat lanjut mengenai Seminar Hartanah Edisi Selatan yang Pertama! :

 

Tarikh : 13 Januari 2013 (Ahad)
Masa   : 9.00 pagi – 4.30pm
Lokasi : Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru
Harga : RM189.00 RM349.00 sahaja (untuk 27 yang pertama sahaja)

KAMI telah membuktikan bahawa gabungan MAUT dua pakar hartanah ini akan menjamin masa depan anda !

 

Tak percaya ? apalah sangat pelaburan anda yang bernilai RM189/RM349 ini…

 

Ingin mendaftar ?

 

Sila ke laman Web www.JutawanHartanah.com untuk pendaftaran.

 

Seminar Hartanah datang lagi!

Kali ini seminar hartanah di bawah kelolaan Tuanbri dan Satu Solution kembali menggegarkan dunia pelaburan hartanah underground! Kami ingin memaklumkan kepada anda supaya mendaftar dengan segera kerana dikhuatiri tempat akan PENUH jika anda lambat untuk mendaftar Seminar Hartanah ini.

 

Seminar Hartanah ini mungkin akan menjadi Penutup bagi tahun 2012. Pelbagai aktiviti telah dirangka oleh tuanbri untuk sepanjang tahun 2013 yang akan datang tidak lama lagi. Banyak program seminar hartanah yang telah dilansungkan sebelum ini mendapat sambutan hangat. Oleh itu, tahun 2013 bakal membawakan satu lagi Projek BESAR daripada tuanbri iaitu Akademi Hartawan Hartanah.

 

Apa itu Akademi Hartawan Hartanah ?

hehehe…nantikan pelancarannya pada 12.12.12.

 

Sementara itu, berikut adalah tarikh seminar ringkas hartawan hartanah yang dijadualkan untuk bulan November dan Disember 2012.

Tarikh Terkini Seminar Hartanah

 

25, 27,28 November 2012.
4, 7 Disember 2012.

 

Untuk Pendaftaran, sila KLIK SINI untuk mendaftar diri anda dalam Seminar Pelaburan Hartanah 2012.

Janganlah nanti bila semua tempat dah penuh, barulah ramai yang PM saya di Facebook,

bertanyakan tentang tarikh terbaru pula…sedangkan bila dah buat…tak pula nak JOIN…

hehehe…jangan marah. Sebab saya pun tak marah anda PM saya kan ?

 

So tunggu apa lagi? Jom Join KAMI dalam merevolusikan Industri Pelaburan Hartanah Muslim di Malaysia. Daripada seorang Muslim kepada Muslim yang lain. Yan terbaik datang dari Allah, yang buruk datang daripada saya.

 

12.12.12 – Tarikh Pelancaran Akademi Hartawan Hartanah

 

p/s: ini antara salah satu cara nak lawan ekonomi Israel yang telah lama menindas Palestin.

p/s/s: tak percaya? Jom kita discuss nanti.

p/s/s/s:  Ada ke nak JOIN kami kalau buat di Johor ?

 

Wasiat – ILMU yang semakin hilang

Wasiat merupakan satu perkara yang penting dalam hidup seseorang…ataupun boleh kita katakan selepas kematian seseorang. Semua orang akan mati, dan mungkin RAMAI yang akan meninggalkan harta atau hutang kepada waris mereka. Di sinilah wasiat memainkan peranan penting. Bila anda meninggal dunia, waris anda akan menghadapi masalah sekiranya anda tidak meninggalkan wasiat kepada mereka.

 

Satu Solution Corp dan Kelab Hartawan Hartanah bekerjasama dalam membawakan anda satu seminar 1/2 hari dalam menerangkan mengenai kepentingan wasiat dan bagaimana wasiat memainkan peranan dalam hidup anda. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai harta, sedikit atau banyak.

 

Faedah yang akan anda perolehi jika menghadiri seminar 1/2 hari ini:

  • Peserta didedahkan dengan konsep perancangan harta pusaka islam seperti: Wasiat, Hibah dan Harta sepencarian
  • Peserta didedahkan dengan instrument-instrument perancangan harta pusaka islam yang disediakan oleh syarikat as-Salihin Trustee Bhd seperti: Penulisan wasiat, Deklarasi pri-hibah & Deklarasi harta sepencarian.
  • Peserta juga boleh terus mendaftar untuk membuat instrument perancangan harta pusaka islam di atas di akhir seminar dengan membayar deposit RM 300 (tunai/bank-in).
Berikut adalah agenda seminar penerangan mengenai wasiat:
9.00 – 10.30: – Pengertian perancangan harta pusaka Islam
– Isu-isu berkaitan harta pusaka umat Islam di Malaysia
– Proses pentadbiran harta pusaka di Malaysia
– Penyelesaian yang diberikan melalui perancangan harta pusaka Islam: Wasiat
– Sesi Soal Jawab
10.30 – 11.00: – Rehat / Minum Pagi
11.00 – 12.00: – Penyelesaian yang diberikan melalui perancangan harta pusaka Islam: Deklarasi Hibah & Deklarasi Harta Sepencarian
– Pengenalan ringkas tentang syarikat as-Salihin Trustee Bhd
– Sesi Soal Jawab
– Pendaftaran & Pembayaran deposit (pada yang ingin membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd)
– Bersurai

Bagaimana untuk menyertainya ?
3 LANGKAH PEMBAYARAN DAN PENGESAHAN.
1. Sahkan kehadiran anda melalui SMS kepada 016.441.5600 – Nama [jarak] email [jarak] wasiat
2. Lakukan pembayaran sebanyak RM50 kepada sebelum1 Disember 2012 (Selasa).
Akaun Satu Solution Corporate Services
i) Maybank (5644 4550 1969) atau
ii) CIMB (1403 0000 1541 01)
3. Emailkan bukti pembayaran anda ke wasiat@satusolution.com.com

Sebarang pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di bawah.

Mega Hartanah Bumiputera MHB 2012

Apa itu Mega Hartanah Bumiputera a.k.a. MHB ? Siapa barisan speaker-speaker di Mega Hartanah Bumiputera ? 24 November 2012 ? Satu hari sahaja ?

 

pening kepala kalau nak jawab semua info ni tanpa ada maklumat yang lengkap kan..?

Kali ini KERJASAMA di antara Satu Solution Corporate Services, Shah Consultancy dan AE Consultancy and Services (gabungan 3 pakar pelaburan hartanah bumiputera) akan mengadakan satu konvensyen hartanah di Shah Alam pada 24 November 2012.

 

Kenapa MEGA Hartanah bumiputera? Speaker semua bumiputera, para peserta konvensyen juga bumiputera…MEGA=ramai orang yang terlibat!

 

MEGA hartanah bumiputera mungkin akan menjadi permulaan bagi satu kuasa baru dalam pelaburan hartanah negara. Tidak pernah lagi digabungkan sebelum ini. Tidak pernah lagi mendengar mana mana konvensyen yang berjaya menggabungkan lebih daripada 3 orang speaker-speaker hebat dalam bidang masing-masing.

 

Pelaburan hartanah menjadi tunjang bagi ekonomi bumuputera dalam menjana pendapatan. dan kesedaran inlah yang mahu diterapkan dalam Mega Hartanah Bumiputera. Salah seorang speaker ialah Encik Fauzi Ahmad, ahli Kelab Hartawan Hartanah yang bernaung di bawah Satu Solution Corp dan Tuanbri.Com. Beliau mula berkecimpung dalam hartanah secara serius apabila dipertemukan dengan tuanbri selepas berjaya mengkhatam blog tuanbri.com. Dari situ, tuanbri dapat mengenalpasti potensi sebenar Fauzi Ahmad dan alhamdulillah berjaya mencungkil bakat terpendam beliau. Kini beliau juga aktif dalam penulisan blog beliau sendiri, iaitu Fauzi2u.com.

fauzi2u.com

Penulis Blog Fauzi2u.com

Jom kita berHartanah di Mega Hartanah Bumiputera! 24 November ini.

p/s: ingin mendaftar? sila SMS nama / email / MHB kepada -016.441.5600

Berakhirnya Seminar Hartanah Sesi Utara dengan jayanya

Alhamdulillah seminar hartanah sesi utara anjuran tuanbri dan abangensem kali ini berjalan dengan lancar tanpa halangan yang besar. Para peserta hadir dengan expectation yang tinggi dan kesemua daripada mereka pulang dengan HATI yang gembira. Modul yang kami aplikasikan dalam sesi kali ini lebih mantap daripada sesi yang Pertama. Ini kerana KAMI mengambilkira pendapat dan maklumbalas daripada peserta-peserta yang hadir.

Sebenarnya ramai ;agi yang ingin menghadirkan diri ke seminar hartanah kali ini tetapi kami terpaksa menolak kerana dewan yang kami tempah cumahlah Business Lounge yang hanya boleh memuatkan 20 orang sahaja. Oleh itu KAMI telah mengambil keputusan untuk menganjurkan lagi sekali pada awal tahun 2013.

Insya Allah.

Sementara itu, saksikan gambar gambar seminar hartanah yang berlansung pada 3 November 2012 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang.





Apa komen peserta ?

Jom kita ke Utara !

Pada 3 November 2012, Team SatuSolution dan Team AE Consultancy akan ke Pulau Pinang bagi menjayakan siri kedua Seminar Hartanah Sesi Utara. Speaker Utama bagi Seminar hartanah ini tak lain tak bukan ialah tuanbri  dan Abangensem ..

 

Berikut adalah senarai Peserta yang telah mengesahkan tempat mereka :

1. Nasri

2. Adri

3. Hasnah

4. Suhaida

5. Salleh

6. Ismail

7. Othman

8. Sohaimi

9. Khasfullizam

10. Khairul

11. Azhar

12. Hanif

 

p.s: Ada kawan Abangensem yang tengah Promote “Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal – Klik Sini

p.s.s: Cuba baca dulu apa yang cuba diterangkan oleh si Penulis Ebook itu.

 

Pelaburan Hartanah – Seminar Utara sesi Pertama

Pada awal bulan Mac 2012, satu seminar pelaburan hartanah telah diadakan di Pulau Pinang. Ini adalah anjuran bersama Tuanbri.Com dan AbangEnsem.

Tarikh : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Kepala Batas

 

p/s: Kami akan ke Utara sekali lagi hujung tahun ni
–>> http://bit.ly/utaraAETB

 

Isi Kandungan :
-Bagaimana nak beli rumah
-Tips tips HOT untuk Hartanah Pulau Pinang
– Bagaimana untuk beli rumah lelong
– Bagaimana untuk beli rumah subsale

Peserta-peserta yang datang memberikan respon yang memberansangkan. Seperti :

Testimoni Peserta Seminar Pelaburan Hartanah

 

Testimoni Peserta Seminar

Memang bila baca, rasa puashati timbul dalam diri…

Lagi-lagi bila tengok respon daripada gambar gambar yang diambil masa seminar tersebut!

 

Tengoklah siapa speaker 🙂

p/s: Kami akan ke Utara sekali lagi hujung tahun ni
–>> http://bit.ly/utaraAETB

Seminar Pelaburan Hartanah Utara 2012

Pelaburan hartanah sentiasa menjadi isu utama di mana jua saya berada. Sering kali isu ketiadaan sumber ilmu dibangkitkan. Terutamanya bagi mereka yang berada jauh dari kuala lumpur dan selangor.

Bagi saya, 2 tempat ini merupakan Center of Gravity untuk pelaburan hartanah.

Bagi anda, anda berhak pilih lain sebagai Center of Gravity untuk pelaburan hartanah anda.

(Jangan ikut saya sangat…hehehe)

 

Seminar Pelaburan Hartanah sesi Utara 2012 (part 2)

Dengan ini ingin sayugia dimaklumkan :-

Team Satu Solution/Tuanbri.com

dengan kerjasama

Meor a.k.a. Abangensem.com

Kembali ke Utara buat kali ke-2 tahun 2012.

 

Ada ke orang Utara yang berminat ?

Tarikh : 3 November 2012 (Sabtu)
Masa   : 9.00 pagi – 4.30pm
Lokasi : Kepala Batas (akan disahkan selepas 31 Ogos 2012) kemungkinan besar Hotel Sri Malaysia
Harga : RM150.00 RM300.00 sahaja (untuk yang daftar SEBELUM 31 Ogos 2012)
RM300.00 sahaja (untuk yang daftar SELEPAS 1 September 2012)

Borang Pendaftaran : –>> http://bit.ly/utaraAETB

Isi Kandungan :

-Bagaimana nak beli rumah
-Tips tips HOT untuk pelaburan hartanah Pulau Pinang, Kedah, Perlis (Utara)
– Bagaimana untuk beli rumah lelong
– Bagaimana untuk beli rumah subsale

-Bagaimana menjana pendapatan melalui pelaburan hartanah

-Cara-cara mendapatkan khidmat guaman hartanah yang terbaik

-Soalan-soalan yang anda perlu tanya Peguam anda

 

Pelaburan Pulau Pinang

Pelaburan Hartanah

 

Perhatian kepada semua pelabur pelabur hartanah di Pulau Pinang, Kedah, Perlis.

 

Anda WAJIB menghadiri seminar ini!

Borang Pendaftaran –>> http://bit.ly/utaraAETB

 

Kami telah hadir di Pulau Pinang.

 

Artikel Seminar Hartanah Pulau Pinang

http://tuanbri.com/blog/2012/03/seminar-pelaburan-hartanah-pulau-pinang-2012/

Pelabur Underground – Satu Mitos?

Lokasi : Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh : 16 & 17 Jun 2012 (sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 7.00 petang

 

Kolokium Pelabur Underground

Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana melancarkan perjalanan Kolokium Pelabur Underground 2012 yang bertempat di Dewan Sivik MBPJ pada 16 & 17 Jun 2012. Perancangan rapi telah dilakukan seawal bulan Mac 2012 dan pelbagai halangan terpaksa dihadapi oleh Team Pelabur Underground. Namun kalau hidup tanpa cabaran, bukan HIDUP namanya!

Pada mulanya ada seorang pakar Internet Marketing ingin berkolaborasi dengan Pelabur Underground untuk mengadakan satu Program yang akhirnya dipersetujui dan diberi nama “Strategi Pelabur Underground versi IM”. Program ini diwujudkan atas 2 dasar :-

1) ingin mendedahkan golongan yang tidak menggunakan internet dengan pendedahan pelbagai Sumber Pendapatan yang boleh dijana melalui Internet.

2) ingin mendedahkan golongan yang asyik sibuk dengan internet supaya tahu akan pelaburan yang WAJIB mereka buat selain daripada perniagaan internet sahaja.

Projek “Strategi Pelabur Underground Versi IM” ini gagal untuk dilancarkan atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Pakar Internet Marketing (pemasaran internet) tersebut.

Jadi Team Pelabur Underground diketuai oleh Tuanbri dan Zaidi Ismail mengambil inisiatif untuk melancarkan “Kolokium Pelabur Underground” tahun 2012. Kami juga bersetuju agar Kolokium ini akan dijalankan setiap tahun.

beratur untuk pelabur underground

Barisan Speaker di Kolokium Pelabur Underground 2012 :

Zaidi Ismail – Pengurusan Kewangan
Tuanbri – Pelaburan Hartanah dan Pengurusan Diri
Pakdi – Saham Index
Ikram Adi – Logam Berharga (Perak)
Raja Kamil – Pemasaran Internet
Wafi – Analisa Teknikal Carta
Mior – Pembiayaan Hartanah
Ikram Vietnam- Usahawan Borong Vietnam

dan jemputan KHAS :

Saudara Faizul Ridzuan
Penulis Buku Hartanah yang bertajuk WTF?
Pelaburan Hartanah sebanyak 23 unit pada umur 30 tahun.

Pengasas Kelab Hartawan Hartanah

Kenapa Pelabur Underground diwujudkan?

  • Seperti kebanyakan orang, adakah anda penat menunggu hasil dari simpanan dan pelaburan yang tidak seberapa?
  • Penat menyimpan wang di ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan hanya memperolehi 7 atau 8 peratus setahun?
  • Adakah ini satu-satunya bentuk pelaburan yang anda tahu?
  • Adakah anda memiliki rumah sewa tapi mengalami masalah penyewa & hasil yang tidak seberapa?
  • Menunggu sehingga 20 tahun untuk menjadi jutawan?
  • Apa yang terlintas di fikiran anda apabila disebut “Pelaburan”?
  • Adakah rumah satu pelaburan?
  • Adakah tanah satu pelaburan?
  • Adakah emas & perak satu pelaburan?

Bagaimana pula dengan jenis pelaburan yang tidak biasa didengari seperti :

  • pelaburan ke atas logam berharga atau
  • pelaburan sewa atas sewa atau
  • pelaburan pemasaran Internet atau
  • pelaburan Indeks.

Menarik bukan?

Ini adalah peluang anda untuk bersama kami menyelami jenis pelaburan-pelaburan yang diluar kebiasaan umum.

Ketahui teknik dan kaedah bagaimana kami dapat menghasilkan 10 hingga 30% pulangan dari pelaburan kami.

Ianya bukan disebabkan oleh apa yang kami laburkan tetapi apa yang kami tahu tentang sesuatu pelaburan tersebut.

Senjata seorang pelabur adalah maklumat, saya ulang lagi sekali MAKLUMAT!

ia membezakan antara untung atau ruginya sesuatu pelaburan selain daripada kemahiran.

 

akan disambung……(Part 2)

Pelepasan Cukai bagi Individu untuk Yuran Pendidikan

Bulan April ni ramai yang terkejar kejar untuk menghantar borang cukai mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Mulalah korek sana,korek sini untuk cari resit-resit yang boleh dimasukkan dalam pengiraan pelepasan cukai Individu.

Kalau beli buku,majalah, journal atau penerbitan, Anda berhak utk mohon pelepasan setakat RM1,000.
Bagus tu. Tapi saya tak pernah lagi jumpa orang beli buku sehingga RM1,000 setiap tahun.

Bagaimana dengan Yuran Seminar ?

ye la…sekarang kan ada banyak seminar. Seminar Hartawan Hartanah la, Seminar Pelaburan Hartanah la, Seminar Hartanah Gemilang la, Seminar Rumah Lelong la, Seminar Facebook la, Seminar Lubuk Rahsia Ebay la, Seminar Bisnes Printing la…

wow..letih nak taip.

Apa kaitannya dengan pelepasan cukai ?

Mari kita sama sama rujuk kembali kepada laman web www.lhdn.org.my

 

Apa Kata Survey ?

Dipetik dari Laman Web LHDN :

“YURAN PENDIDIKAN (SENDIRI)

Bayaran yuran tahunan terhad kepada RM5,000 dibenarkan sebagai potongan untuk kursus pembelajaran di institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi maksud meningkatkan kemahiran atau kelayakan:

 

(i) sehingga ke peringkat tertiari (selain Sarjana dan Doktor Falsafah) – dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; atau
(ii) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian”

 

Bermaksud :

Kalau nak dapat pelepasan yuran seminar yang anda pergi tu, pastikan Pihak Penganjur mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia.

Contoh : UiTM, Help Institute, Kolej Kasturi, Sunway College.

 

Dan itupun, hanya untuk seminar yang meningkatkan kemahiran. Ada otai Tax pernah bagitau aku, yang meningkatkan kemahiran tu hanya Teknikal sahaja dibenarkan. Yang teori sahaja tak dikira. Hah? dah pening ?

 

pendek kata (ikut pemahaman aku) seminar-seminar yang disebut di atas seperti Seminar Pelaburan Hartanah, Seminar Facebook, Seminar Ebay tak boleh diambilkira dalam memohon pelepasan cukai.

p.s. Ramai sangat yang beranggapan mereka boleh mohon pelepasan untuk apa-apa seminar yang mereka pergi.

 

p.s.s. Tempat tinggal sikit je lagi untuk (KLIK SINI) Seminar Pelaburan Hartanah yang dianjurkan oleh tuanbri.

>