Tahun 2015 ini, seminar hartanah tuan bri (tuanbri.com) merupakan kesinambungan kepada seminar hartanah yang terdahulu. Ramai yang tertanya-tanya akan tarikh seminar hartanah 2015 yang dianjurkan oleh Tuanbri dan Satu Solution. Namun tiada tarikh yang tetap memandangkan kesibukan Tuanbri dalam perjuangan beliau.
Secara ringkasnya, Seminar Hartanah 2015 yang akan dianjurkan oleh Satu Solution terbahagi kepada 3 bahagian :
1. Seminar “Rumahku Lubuk Duit”
2. Seminar “Otai Rumah Lelong”
3. Seminar “4 Langkah Ke Arah Hartawan Hartanah”
Penerangan mengenai Rumahku Lubuk Duit :
Seminar ini khusus untuk mereka yang baru bermula dalam pelaburan hartanah. Pada awalnya, seminar Rumahku Lubuk Duit dianjurkan secara bersama oleh Satu Solution dan Karangkraf di bawah kelolaan Majalah Impiana. Sambutan yang hangat diberikan kepada penganjuran seminar ini dan rata-rata peserta datang daripada luar lembah klang. Namun ketibaan 2015 memisahkan usahasama ini dan Satu Solution meneruskan Rumahku Lubuk Duit bersendirian.
Seminar Hartanah Rumahku Lubuk Duit akan menjelaskan :
1 Asas Pelaburan Hartanah
2 Teknik Pelaburan Hartanah
2 Jenis Ayam Hartanah
10 Proses Pembelian Hartanah
Teknik Mudah Beli Rumah
Pembiayaan Hartanah
Teknik Mudah Buat Loan Rumah
MRTA vs MLTA
dan banyak lagi ilmu pelaburan hartanah yang dapat diterangkan secara kasar dalam tempoh satu hari.
Penerangan mengenai Otai Rumah Lelong :
Seminar rumah lelong ini khusus untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan rumah lelong. Pengalaman Tuanbri dalam bidang rumah lelong akan dikongsikan secara detail dan jelas mengenai cara beli rumah lelong.
Ketahui perkara-perkara tersebut dalam Otai Rumah Lelong :
7 Cara Kenalpasti Rumah Lelong “Busuk”
3 Proses Pembelian Hartanah Lelong
4 Langkah Mudah Beli Rumah Lelong
Perangkap Rumah Lelong yang mungkin anda terjerumus
dan banyak lagi…
padat ilmu rumah lelong dalam 1 hari.
Penerangan mengenai 4 Langkah Ke Arah Hartawan Hartanah
Seminar hartanah yang khusus untuk orang islam ini merupakan langkah-langkah untuk diterima sebagai ahli Kelab Hartawan Hartanah yang diasaskan oleh Tuanbri pada tahun 2010. Kelab Hartawan Hartanah kini mula mendapat perhatian pelabur-pelabur orang islam dan mula mengorak langkah secara besar-besaran untuk mengembangkan sayap selain di lembah klang. Kini Kelab Hartawan Hartanah mula mempunyai cawangan di sebelah selatan dan bercadang akan melebarkan sayap ke utara pula.
Seminar ini jarang-jarang diadakan kerana ianya merupakan program padat yang betul-betul diolah dan diberi perhatian supaya ianya dapat membentuk para peserta ke arah seorang pelabur hartanah yang tegar dan jitu dalam perjuangan ekonomi ummah.
Bermula dengan langkah 1 di mana diberikan “Peta Hidup Hartawan Hartanah” kepada peserta, dan seterusnya peserta membuat pilihan untuk meneruskan langkah dalam peta tersebut.
Hadirkan diri anda ke Seminar Hartanah Langkah 1 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Anda belum daftar untuk berita terkini Tuanbri dan info terkini hartanah?
SMS “info” ke-010.250.9115 untuk daftar sementara pendaftaran dibuka.
Tuanbri.com – Portal Pelaburan Hartanah Anda!
Seminar Hartanah 2015, Seminar Rumah Lelong, Seminar Rumah Subsale, Beli Rumah Lelong, Rumah Lelong Murah, Pelaburan Hartanah.