Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Akademi Hartawan Hartanah

Duit Oh Duit 2015

Program Duit Oh Duit pada 19 dan 20 Disember 2015 ini dianjurkan oleh Satu Solution Corp dengan kerjasama Urusinsan Sdn Bhd dan beberapa speaker yang lain.

Program Duit Oh Duit 2015

Program Duit Oh Duit 2015

Untuk memudahkan peserta Duit Oh Duit ke lokasi program, saya sediakan beberapa cara untuk ke lokasi.

 

Antaranya ialah :

BAS

Nak free ke berbayar ?

Monorail

LRT

Uber

Grabcar

Refinance Rumah Utk Tutup Hutang atau Korek Lubang ?

Refinance rumah selalunya akan menjadi topik hot pelabur pelabur hartanah tegar yang mencari bullet tambahan atau bullet baru. Anda wajib membaca artikel ini mungkin merupakan salah satu pelabur tersebut kan ? Jom baca dulu artikel ini, sebelum korang decide nak refinance rumah korang tu..

Refinance Rumah

Ketahui TUJUAN korang buat refinance tu.

Sebelum nak buat refinance rumah korang tu, pastikan anda telah tahu apa nak buat dengan duit yang akan diperolehi daripada refinance tu. Nanti senang sikit nak tengok beberapa perkara lain yang berkaitan jika TUJUAN anda jelas.

 

KENAPA nak Refinance Rumah ?

Yang Pertama, kurang-kurangkanlah bayar installment bank. Selalunya saya sering menasihatkan pemilik rumah untuk refinance rumah mereka adalah untuk mengurangkan bayaran bulanan bank utk pembiayaan hartanah daripada pihak bank. Mereka ini mungkin membeli rumah tersebut 10 tahn yang lepas, yang mana kadar keuntungan pada masa itu agak tinggi jika dibandingkan dengan sekarang. Ramai yang tidak ambik peduli pasal ni dan ramai juga yang tak tahu pasal ni. Jangan harap pihak bank akan inform kita dan galakkan kita utk refinance. Rugilah, tapi janganlah salahkan diaorang pula. Kau yang tak nak ambik tahu. Kita tengok dulu contoh di bawah :

DULU – Pembiayaan dengan Bank – BFR plus 1%
SEKARANG – Pembiayaan dengan Bank – BFR/BR minus 2%

Perbezaan sebanyak 3% agak besar dan penjimatan tersebut dapat disalurkan kepada TABUNG PELABURAN yang sepatutnya digunapakai untuk membeli lagi banyak hartanah….
Yang kedua adalah untuk mendapatkan CASH atau duit tunai untuk digunakan dalam pelaburan yang lain. JANGAN join Skim Cepat Kaya sudah la….kang terlelong pula rumah korang. Kebanyakan dalam kes nak dapatkan CASH ini ialah orang yang terlibat dalam bisnes. Apabila bisnes mereka memerlukan CASH dalam proses mengembangkan lagi bisnes mereka, maka mereka mempunyai duit berbentuk rumah, selain daripada membuat pinjaman perniagaan dengan pihak Bank yang mana kadar keuntungan adalah lebih tinggi berbanding pembiayaan hartanah.

Ada juga yang mencari CASH untuk main game RUMAH LELONG. Mula nak beli rumah lelong. Kena ada ready cash kan ? Jadi ini adalah salah satu lubuk duit. Ingat lagi tak kelas “Rumahku Lubuk Duit” oleh Tuanbri ?

Yang Ketiga adalah Pengurusan Kewangan. Korek lubang ini yang kurang dalam dan tanam mana mana lubang yang lagi dalam. Kalau boleh kambus terus lubang tu. Faham ke ? Ada banyak lagi perkara yang perlu jelas dan terang sebelum kita buat refinance ni. Jangan main buat je lepas tu tak tahu nak buat apa dengan duit yang banyak. Habiskan duit tu dengan enjoy sana sini, pergi melancong, beli barang mainan dan pelbagai lagi benda yang sebelum ini kita tak mampu. Tak sampai 6 bulan selepas refinance rumah tu, semua duit dah habis. Habuk pun tarak. Lubang makin dalam…Makin gelap…

 

Jaga-jaga dengan Perangkap Samar Refinance Rumah…

Image result for refinance america

Ada ke yang nak tahu apa Perangkap tu ?
Ada 10 komen kat bawah ni, saya sambung artikel ini.

Image result for refinance america

Kita jumpa lagi di artikel akan datang ūüôā

 

Aliran Tunai 101 – Cashflow 101

Cashflow Deepavali 2014 (Aliran Tunai) adalah nama yang diberi untuk satu aktiviti yang dianjurkan di bawah Akademi Hartawan Hartanah di Dewan Satu Solution.

Apa benda cashflow 101 board game ni ?

Bagus ke main game ni?

Game kan ?

Apa kaitan dengan realiti hidup kita sehari-harian ?

Cashflow 101 Deepavali 1

Cashflow 101

cashflow 101

 

Lokasi : Dewan Jihad Ilmu, SatuSolution

Tarikh : 22 Oktober 2014 (Rabu)

Masa : 10 pagi – 3 petang

 

Jumlah peserta yang terlibat dalam program Cashflow Deepavali 2014 anjuran Akademi Hartawan Hartanah ini berjumlah lebih kurang 12 orang. Alhamdulillah mereka ini dapat dikumpulkan dalam masa terdekat sahaja memandangkan kami di Akademi Hartawan Hartanah tidak membuat sebarang promosi yang meluas, hanya kepada mereka yang terdekat sahaja.

 

Program Cashflow Deepavali 2014 yang dijangka tamat pukul 3 petang terpaksa ditamatkan pukul 4 lebih akibat kesyokkan para peserta bermain Cashflow tersebut. Mereka semua pulang dengan sesuatu perubahan dalam kepala mereka.

 

Saya dapat perhatikan mereka pulang dengan teori masing-masing. Hahaha. Lucu saya dibuatnya. Masing-masing cuba membuktikan teori mereka betul dan cuba diaplikasikan ke dalam gam tersebut.

 

Saya puas hati apabila mereka semua pulang dengan terdapat perubahan dalam cara mereka berfikir mengenai kewangan, walaupun sedikit. Ramai yang pulang hari tu dengan kepala yang dah pening….hahaha. Baru puas hati aku.

 

Kalau ada lagi program Cashflow 101 ni, ada ke yang minat nak main ?

Tinggalkan komen anda di bawah, kami akan follow up dengan anda sekiranya ada lagi.

Kemungkinan besar Akademi Hartawan Hartanah akan anjurkan lagi. Jangan takut!

 

DIBS – Kelebihan atau kekurangan ?

DIBS menjadi senjata utama untuk pemaju melariskan jualan sesuatu projek perumahan terutamanya perumahan bertingkat seperti Kondo, Apartment dan Flat. Apa itu DIBS? Siapa pula yang mewujudkan terma DIBS ini? Kenapa ianya diperkenalkan dan muncul di pasaran hartanah? DIBS kini menjadi kelebihan atau kekurangan kepada pelabur pelabur hartanah ?

wow! terlampau banyak sangat persoalan pasal DIBS. Tak terhenti setakat itu sahaja. Ada banyak lagi soalan-soalan yang sepatutnya ditanya dan dikaji. Isu DIBS ini muncul kembali setelah Bank Negara Malaysia membuat kajian ke atas DIBS. Isu di sini ialah adakah patut Bank Negara menghentikan promosi DIBS oleh pemaju-pemaju hartanah ?

 

Apa Itu DIBS ?

Developer Interest Bearing Scheme – Skim Pemaju Tanggung Faedah.

DIBS adalah satu skim di mana pembeli hartanah tersebut tidak perlu membuat apa apa bayaran kepada bank semasa projek perumahan tersebut sedang dalam pembinaan. Jika kita merujuk kepada Jadual G dan H, pembayaran pihak bank kepada Pemaju adalah mengikut peringkat peringkat setakat mana pemaju telah berjaya menyiapkan. Setiap peringkat disiapkan, pemaju akan menghantar invois kepada pihak bank lalu pihak bank akan membayar pemaju mengikut peringkat yang telah disiapkan.

 

Apalagi…kalau pihak bank dah mula keluarkan duit, mereka takkan nak bagi pembeli iaitu peminjam dalam kes ini, hidup senang lenang….hahaha… Anda harus ingat Bank buat untung daripada faedah yang dikenakan ke atas peminjam. Maka dalam kes ini, apabila pihak bank telah membuat pembayaran kepada pemaju, pihak Bank akan mengenakan Faedah kepada Pembeli. Jadi, sebagai pembeli biasa, mereka akan rasa terbeban kerana terpaksa membayar faedah ke atas rumah yang belum siap lagi dan pada masa yang sama terpaksa membayar sewa rumah.

 

Oleh itu DIBS (Developer Interest Bearing Scheme) diperkenalkan oleh pemaju hartanah dalam usaha “meringankan” beban pembeli. Seorang pembeli hartanah boleh duduk rileks selama 2 tahun menunggu rumah mereka siap. Selepas dapat kunci lah baru mereka akan membuat pembayaran pertama kepada pihak bank. Ini BUKAN disebabkan pihak BANK tidak mengenakan sebarang Faedah semasa pembayaran berberingkat-peringkat….tetapi faedah tersebut dibayarkan oleh pemaju bagi pihak Pembeli. Bank mana yang sanggup keluarkan duit dulu tanpa buat untung serta merta ? Dan soalan saya seterusnya pula pemaju mana yang sanggup keluarkan duit dulu untuk bayarkan faedah bagi pihak Pembeli ?

 

Developer Interest Bearing Scheme

Developer Interest Bearing Scheme

Rata-rata pelabur hartanah seangkatan dengan saya bersetuju dengan kenyataan saya iaitu apabila DIBS ditawarkan, harga Hartanah tersebut sebenarnya telah pun di UP kan. 20%-30 kenaikan harga Jual dikenakan ke atas pembeli tanpa pembeli menyedarinya.

 

Ini bergantung kepada strategi pelaburan hartanah anda. Yang saya sering tekankan dalam video OBJEKTIF PELABURAN¬†(Klik untuk tengok Video). Jangan main beli je….itu yang bila terantuk, baru nak terngadah.

Ramai pula spekulator yang bergantung sepenuhnya kepada skim DIBS ni …sebabnya mereka hanya mengeluarkan MODAL yang minima sahaja untuk memiliki satu hartanah yang mana akan dijual sebaik siap sahaja projek tersebut. Atas sebab ini juga, pemaju agak galak mempromosikan DIBS dalam penjualan projek hartanah mereka bagi menarik semua golongan termasuk spekulator.

Ini secara tidak lansung juga menyebabkan kenaikan harga rumah yang tidak ‘natural’ atau Induced Cooking. Ini kita akan bincang dalam topik yang lain…

 

Bank Negara mengambil berat tentang kenaikan harga hartanah di Malaysia disebabkan 95% hartanah di Malaysia dibeli menggunakan kemudahan bank. (aku main tembak je part 95% tu…) Kalau di Singapura, DIBS ini telah pun diharamkan oleh Kerajaan Singapura dan tak lupa juga beberapa negara yang lain.

 

Apa pula Pendapat Anda?

Tinggalkan komen anda dibawah untuk perbincangan kita bersama.

 

Selamat Maju Jaya dalam pelaburan Hartanah!

 

—IKLAN AKADEMI HARTAWAN HARTANAH—

Akademi Hartawan Hartanah ditubuhkan oleh Tuanbri.com pada 12.12.12¬†dalam usaha memertabatkan ekonomi Ummah melalui pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah seperti yang diketahui mampu menjana pendapatan aktif dan pasif. ¬†Akademi Hartawan Hartanah akan menjelajah Malaysia dengan program “Kembara Malaya 2013” yang akan bermula pada bulan Ogos 2013. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk belajar pelaburan hartanah.

Facebook Group :¬†https://www.facebook.com/groups/akade…
Facebook Fanpage :¬†https://www.facebook.com/akademiharta…
Facebook Tuanbri.com : https://www.facebook.com/tuanbriCom
Laman Sesawang : https://www.HartawanHartanah.com
Laman Youtube: http://www.youtube.com/user/Seminarhartanah
SMS info kepada 010.250.9115 utk dapatkan info Akademi Hartawan Hartanah.

Kembara Malaya 2013 – Akademi Hartawan Hartanah

Kembara Malaya 2013 oleh Akademi Hartawan Hartanah adalah satu perjalanan yang berdaya sosial, satu usaha murni untuk memperkembangkan sahsiah ekonomi orang Malaysia terutamanya orang melayu dalam pelaburan hartanah.

  1. Adakah anda MAHU tahu macammana nak BELI rumah ?
  2. Tahu ke cara yang betul dan tepat dalam pemBELIan rumah ?
  3. Bagaimana nak KAYA dengan hartanah ?

Objektif Kembara Malaya diwujudkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman KAMI kepada rakyat marhum Malaysia.

Oklah, kembali kepada Kembara Malaya 2013, kami akan jelajah satu Malaysia dan buat permulaan akan mengadakan Kursus Mudah satu hari di Lokasi-lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Akademi Hartawan Hartanah

Apa yang tuan/puan akan perolehi dalam Kursus Mudah Satu Hari ini ?

  1.  Ketahui Teknik-Teknik Terkini Pelaburan Hartanah
  2. Strategi Jutawan Hartanah “Formula 7 Angka”
  3. Rahsia Billionaire Hartanah
  4. 2 Strategi Mudah Hartawan Hartanah
  5. 5 Jenis Lubuk Hartanah
  6. Beli Rumah Murah: Lelong atau ‘Subsale’?
  7. BELI Freehold’ atau ‘Leasehold’?
  8. Akademi Hartawan Hartanah – Visi dan Misi
  9. Akademi Hartawan Hartanah – Ahli dan kelebihannya

________________________________

Tarikh Seminar : Akan diberitahu kelak.

Lokasi Seminar : Akan diberitahu kelak

Yuran Seminar : RM57 (early BiRD) / RM97 / RM247 (3 orang)

________________________________

SOALAN LAZIM / FAQs

Adakah tiket ini boleh dipindahmilik?

Tidak boleh

Bolehkah saya kemaskini maklumat pendaftaran?

Boleh

Adakah saya perlu bawa cetakan tiket semasa pendaftaran program?

Ya

Apa yang perlu saya bawa semasa program?

Buku Nota, Pen & Kalkulator

________________________________

Penganjur : Satu Solution Corp

 

Akademi Hartawan Hartanah :

diwujudkan untuk melahirkan belia-belia yang celik hartanah terutamanya dalam pelaburan hartanah yang semakin dikuasai segolongan puak.

 

Akademi ini terbuka kepada :

1.  belia-belia Malaysia yang berusia 18 tahun sehingga 40 tahun
2.  mereka yang ZERO ilmu pelaburan hartanah

3.  sesiapa yang ingin mengUBAH hidup mereka daripada ZERO kepada HERO

4. mereka yang LAPARkan ilmu pelaburan hartanah
______________________________

sila taip INFO dan sms kepada :
010 – 250 9115 | RobotHartanah

Harap maklum bahawa tiada panggilan akan dijawab oleh Robot Hartanah.

______________________________

Untuk pembayaran secara offline, sila ikuti langkah-langkah berikut:

(1) Lakukan pembayaran RM57/RM97/RM247 ke salah satu akaun di bawah

dengan kaedah Fund Transfer atau ATM Transfer atau Cash Deposit

kepada Satu Solution Corporate Services melalui:

(a) Bank: MAYBANK 

No.Akaun Bank: 5647 6210 3244
(b) Bank: CIMB

No.Akaun Bank: 1403 0000 154 101
(2) Emailkan bukti pembayaran kepada marketing@satusolution.com

(3) Nantikan E-tiket daripada pihak kami

p/s: sebarang isu sila email kami di marketing@satusolution.com

Akademi Hartawan Hartanah – Video Teaser

Lama juga tak update blog Tuanbri, pakar hartanah muslim no 1 di Malaysia. Ini mungkin gara-gara demam Pilihanraya Umum yang ke 13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 (Ahad)….lagi 2 hari je ni. Pastikan anda pergi mengundi kerana itu adalah tanggungjawab anda. Ada tak yang tak pergi mengundi ?

 

Semoga Pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar tanpa ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Anda juga haruslah membuat pilihan yang bijak dan waras.

 

Ok…berbalik kepada isu utama penulisan ini.¬†Sebelum ini, Akademi Hartawan Hartanah telahpun dilancarkan secara rasminya pada 12.12.12. Pelancaran akademi tersebut seiring dengan motto Tuanbri untuk tahun 2013 iaitu – “Bak Datang 2013!”. Alhamdulillah sambutan yang memberansangkan diterima daripada rakyat Malaysia dan sekaligus menyemarakkan semangat tenaga pengajar Akademi Hartawan Hartanah.

 

Aktiviti AHH untuk 2013 mula ditangguhkan akibat tarikh PRU 13 yang tidak menentu (ramai juga yang terpaksa tunda tarikh perkahwinan).

 

Akademi Hartawan Hartanah

Akademi Hartawan Hartanah “Bak Datang 2013!”

Walau apapun, sila lihat video teaser Akademi Hartawan Hartanah ini terlebih dahulu…

(Kalau suka, tinggalkan komen anda di bawah)

Klik SINI untuk menonton video teaser tersebut.

>