Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Aduan Rakyat

Penyewa bunuh Tuan Rumah

Lokasi : Kota Warisan
Tarikh :28.12.2010
Masa : 1.30 pm

Watak Utama :

1. En. AA (Tuan Rumah)
2. En. KJ (Penyewa)

Kisah ini bermula apabila AA mula mengiklankan rumah nya untuk disewa dan KJ pun menunjukkan minatnya terhadap rumah sewa tersebut.

dipendekkan cerita, KJ pun bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dan telah membayar Deposit 3 bulan sewa campur Kos Perjanjian sewa campur Sewa bulan Januari 2011.

Telah dituliskan di Iklan sewa rumah tersebut bahawa sewa 1 bulan ini akan dijadikan sebagai booking fee yang tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku pembatalan dan sebagainya.

Apabila malam menjelma, En KJ menghubungi En AA dan menyatakan hasrat untuk berjumpa. Beliau memberitahu hasratnya untuk membatalkan penyewaan rumah tersebut.

AA pun berjumpa KJ dan memulangkan deposit 3 bulan dan Kos Perjanjian Sewa sahaja.
Sewa bulan Januari 2011 (Dijadikan sebagai booking fee, maka tidak dipulangkan)

Ending : ” KJ pun naik angin dan mengugut AA untuk membunuhnya.”

SMS terakhir daripada KJ berbunyi “kita orang islam. aku tak halalkan apa yang kau ambil daripada aku.”

KJ masih lagi tidak berpuashati. tak sampai 1 hari je, takkan lah burn booking fee tersebut ?

Apa hak AA untuk mengambil deposit tersebut ?

Apa hak KJ pula untuk menuntut deposit tersebut sedangkan beliau sepatutnya sedar itu ialah non refundable booking fee ?

Ini belum lagi kes menang rumah lelong tapi ada penyewa (degil nak keluar)

(Cerita ini telah diolah supaya tidak menyinggung mana mana pihak)
dipetik daripada laman blog A)
*saya tidak mahu meletakkan link atau nama penulis blog kerana tidak menyebelahi mana mana pihak. Kang tak pasal pasal aku terheret sama)

>