Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Masalah Rumah Lelong

Soalan daripada Pembaca Matjoe.com ?

Kita selalu berinteraksi, networking dan berkumpulan.

Ukhwah yang penting dalam membangunkan ekonomi Ummah.

Soalan ini datangnya daripada seorang pembaca blog Matjoe.com :

Bunyinya begininya :

“Soalan Pertama (1) :

sy ada membaca di blog matjoe. Jadi sy ade beberapa soalan dan harap matjoe dpt membantu sy.

Sy ade beli rumah lelong (ade caveat) tp caveat dh expired dan dlm proses oleh lawyer utk batalkan caveat.

Jika sy hendak cagarkan rumah tersebut, adakah perlu tunggu lawyer selesaikan urusan caveat ATAU

sy boleh ke bank bersama booklet lelong yg tertera nama sy sebagai pembeli?

Booklet ganti geran boleh ke bank terima sebagai dokumen? Sbb sy skrg perlu nk pakai duit.

Mengenai Kaveat persendirian ke atas tanah, boleh rujuk kepada posting yang dibuat terdahulu

Klik di sini :
Apa itu Kaveat Part 1
Apa itu Kaveat Part 2
Apa itu Kaveat Part 3

Bila kita beli cash (saya assume pembaca Matjoe beli cash, sebab tu dia nak cagarkan kepada Bank),
kita perlu BUKTIkan kepada pihak bank bahawa rumah tersebut adalah di atas Nama kita.

Contoh : Geran Individu atau Master Title …Klik sini.
Apa itu Master Title ?

Kena bawa Dokumen tersebut ke Bank, baru Pihak Bank boleh memproses permohonan tersebut. Kerana kita adalah
pemilik rumah yang sah.

Dalam kes ini, kena tunggu peguam tersebut selesaikan Proses pindah Hakmilik.

“Booklet” yang disebut sebut oleh pembaca di atas adalah Kontrak Lelongan. Pengganti Sales and Purchase Agreement (SPA)
atau lebih dikenali sebagai S&P.

Dalam Kontrak tersebut, HANYA dinyatakan kita telah membayar deposit sebanyak 10% ke atas rumah tersebut.

Soalan : ADAKAH anda pemilik rumah tersebut ? SUDAHkah anda membayar baki 90% ?
(tidak lansung dinyatakan di dalam Kontrak itu tadi)

Maka dokumen Kontrak ini tidak akan diterima oleh pihak bank sebagai bukti rumah tersebut adalah milik anda.

Soalan kedua (2) :

Jika kita tengok iklan tanah, mcm mana cara nye kita nak tahu harga pasaran tanah tersebut?
Dimana sy boleh tanya atau dapatkan harga pasaran?

Atau en matjoe boleh terangkan sy cara2 utk nk tahu harga pasaran, kerana sy tak nak membeli dgn harga yg lebih tinggi dr pasaran

Harap en matjoe dpt jawab soalan sy. tq byk2

Jawapan kepada soalan ini agak senang sahaja. Kesemua peserta Seminar Pelaburan Hartanah “4 Langkah ke Arah Hartawan Hartanah boleh jawap dengan tutup mata sahaja.

1. Tanya banker
2. Tanya valuer
3. Tanya ajen
4. Tanya pelabur hartanah
5. Tanya orang sekitar
6. Tanya orang yang nak jual rumah tersebut

Masalah Rumah Lelong #1

Tolong bagi pandangan Korang :

 

terima kasih…

 

Saya dapat email daripada Miss “M” mengenai masalah beliau.

 

 

Salam,
Saya mohon pandangan & nasihat Tuan Bri pada saya yg b’masalah ni.
Harap email saya tak menganggu Tuan.
Saya ada m’beli rumah lelong pd bln 11/2010 dr MBSB. sekarang ni dah terlebih masa yg diberikan, lawyer saya pun dah mintak extension dari MBSB. saya memang setiap minggu follow up lawyer saya, tapi jawapan yg dia bagi ‘auction kes memang lambat’..bila saya tanya apa masalah bank belum disburse duit to MBSB jawapan nya land title problem. bil2 t’tunggak semua saya dah bayar. rumah pun saya tak bukak sebab ada penyewa, owner lama senang2 kutip duit sewa sedangkan tak payah bayar maintenance pada developer & cukai2 (semua dah kena pada saya)…
apa yang perlu saya buat lagi selain chase lawyer saya supaya cepat setel kan…
harap Tuan dapat bg pandangan.
Tqvm
Miss “M”
>