Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Articles

Projek Akhir Tahun 2014 – “3 In 1”

Projek Akhir Tahun 2014 oleh Akademi Hartawan Hartanah akan diadakan buat julung kalinya. Ini bersempana penutup tahun 2014 yang penuh dengan pancaroba dan berita dan peristiwa yang melanda Dunia yang secara lansung melibatkan Malaysia.

Apa itu Projek Akhir Tahun 2014 ?

Gabungan 3-in-1 program yang dianjurkan oleh Akademi Hartawan Hartanah.

Gabungan apa ?

Sila Baca Seterusnya….

 

Saya percaya apa yang kita lakukan sekarang adalah tindakan kita untuk masa depan orang lain. Disebabkan kepercayaan itulah, saya sentiasa akan berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam pelaburan hartanah di kalangan orang Islam Melayu terutamanya.

 

Masih RAMAI lagi yang TIDAK melakukan pelaburan tak kira apa jenis pelaburan.

Masih RAMAI lagi yang TIDAK menyimpan untuk masa depan.

Masih RAMAI lagi yang TIDAK mengetahui hala tuju masing masing.

 

BERITA BAIK *** BERITA BAIK *** BERITA BAIK *** BERITA BAIK ***

 

Kalau Baru Bermula atau Nak belajar TERUS…….

PROJEK Akhir Tahun 2014 sesuai untuk anda.

Gabungan 3 dalam 1.

Apa 3 tu ?

1. Asas Kewangan – akan dikendalikan oleh Pakar Manipulasi Kewangan Muslim.

2. Asas Pelaburan Hartanah – “RumahKu Lubuk Duit”

3. Asas Beli Rumah Lelong – “Otai Rumah Lelong

 

Nak JOIN ?

1) Nak Daftar guna SMS ?

Taip PROJEK <jarak> Nama Anda

dan hantarkan ke 010.250.9115

 

2)Nak Daftar Online ?

Klik dan Daftar Sini Sekarang –>> Projek Akhir Tahun 2014

 

Jom join Projek Akhir Tahun 2014 yang dianjurkan oleh Akademi Hartawan Hartanah

yang julung julung kali diadakan dengan kerjasama Satu Solution Corp.

 

KHAS UNTUK BEGINNER!

Tuanbri Pelabur Hartanah

BLR Naik 2014

Tak ramai yang terkejut apabila OPR naik tahun 2014 ni sebab dah 2 tahun lebih BLR tak naik. Hari ini 10 Julai 2014 keluar berita mengatakan BNM telah menaikkan OPR (Overnight Policy Rate) sebanyak 25 mata. Bila OPR naik, BLR naik juga ke untuk 2014 ?

Esok kita tengok bank mana yang akan keluarkan kenyataan dulu mengenai sebarang kenaikan BLR di bank masing-masing. Seperti yang kita tahu, selalunya Maybank yang akan announce dulu. Sebabnya?
_____________

BLR Naik 2014

Setakat 10 Julai 2014, majoriti bank meletakkan BLR mereka pada 6.60%, berkemungkinan naik ke 6.85% selepas ini. Mungkin sahaja. Dah lama tak naik, janganlah buat buat terkejut pula dan bayar balik kat bank ikut rate lama.

Apa yang akan berlaku jika BLR anda naik ?

Kita ambik contoh kalau rumah RM100,000.

Ambik pembiayaan bank 90% pada kadar BLR minus 1.8 dan tenure sepanjang 30 tahun.

Bayaran Bank pada tahun 2014 (Sebelum naik) = RM472
Bayaran Bank pada tahun 2014 (Selepas NAIK) = RM486

Tambahan Bayaran Bulanan Sebanyak RM14
….untuk setiap RM100,000 harga rumah anda.

Selepas dah kira, datang pula soalan lain.
“Tuanbri, patut ke saya naikkan sewa rumah saya?
BLR Naik, sewa pun naik lah juga”
“Up to you…saya bukan tuan rumah awak” – semudah itu je jawapan saya.

Korang rasa patut ke owner naikkan harga sewa untuk tampung BLR Naik 2014 yang menyebabkan kenaikan pembayaran pembiayaan rumah tersebut kepada bank ?
Tinggalkan komen anda di bawah.

Kalau rajin nak baca pasal BLR NAIK 2011, ini artikel yang saya tulis pasal BLR dulu ialah yang bertajuk – BLR Naik Lagi Tahun 20111

Kalau rajin lagi nak baca pasal sejarah kenaikan dan keturunan??? BLR, sila klik sini Sejarah BLR.

Semoga kita berjumpa lagi…

BLR Bank Negara

Selamat Hari Merdeka & Open House KHH 2013

Pengumuman TerKini!

Jamuan Open House Hari Raya 2013 anjuran bersama Kelab Hartawan Hartanah dan SatuSolution Corp akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 31.08.2013 (SABTU)
Masa : 11am-4pm

Hotline : 0123674390 (Shah)
Lokasi : Dewan Jihad Ilmu, 33-1 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri Cheras


View Larger Map

SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Kelab Hartawan Hartanah dan Satu Solution Corp mengalu-alukan kehadiran anda ke Open House Hari Raya 2013 kami!

Selamat Hari Raya

Aduan Rakyat #10 – Bagaimana saya boleh jatuh bankrap ?

Anda jatuh Bankrap ? Kenapa perlu runsing? Sedangkan masalah ini anda sendiri yang timbulkan. Anda tidak akan sewenang-wenangnya dijatuhkan status bankrap. “Anda masih lagi tidak mahu mengaku?”. Kenapa ?  Sila tinggalkan komen anda di bawah untuk meluahkan komen anda. Soalan yang saya ingin tanya adalah bagaimana anda boleh jatuh bankrap ?

 

Status Jatuh Bankrap hanyalah boleh diputuskan oleh mahkamah sahaja, bukannya pihak Bank, Ah Long atau AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Mahkamah akan membuat keputusan jatuhnya status bankrap ke atas anda setelah ada pihak yang memohon kepada mahkamah.

Pihak yang memohon status jatuh bankrap anda adalah :

  1. Pihak yang memberi hutang tetapi tidak dibayar, seperti bank, ah long, pemiutang (selalunya dalam perniagaan) dan bekas suami/isteri.
  2. Anda sendiri yang sukarela memohon supaya anda dibankrapkan!

Selepas memohon, barulah Mahkamah tadi akan membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta yang diterima.

Berapa pula jumlah hutang yang tertunggak yang boleh menyebabkan proses bankrap ini dijalankan ?

Minimum RM30,001 sahaja. Ini adalah berdasarkan Akta Kebankrapan 1967. Jadi kita terpaksa ikut undang-undang Negara Malaysia. Bak kata Menteri kita, “kalau tak suka undang undang Malaysia, pindahlah negara lain!”

 

Anda akan menerima satu surat daripada Mahkamah untuk menghadirkan diri di Mahkamah. SELALUNYA si penerima TIDAK akan ke mahkamah. Takut….segan…malu…dan sebagainya. Maka apabila anda TIDAK hadir, Mahkamah akan menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan Perintah Penerimaan dan Penghukuman. Apa yang berlaku apabila Penghukuman telah dijatuhkan ? Anda JATUH bankrap.

 

Jatuh bankrap

Bankrap bukan pilihan

 

Bersambung ke Aduan Rakyat #10.1 –>> (Akan datang…)

 

Saya cuma nak survey, buat kajian…ada tak yang berminat untuk mendapatkan panduan bagaimana anda yang telah jatuh bankrap boleh memulakan hidup seperti orang normal di luar sana?

Kalau berminat, sila tinggalkan komen anda di bawah supaya Team SatuSolution boleh menghubungi anda untuk tindakan seterusnya. Tiada apa apa jaminan daripada pihak kami untuk menghubungi tuan/puan selepas itu, cuma kami akan melihat respon yang sedia ada untuk meneruskan usaha murni ini. Kalau tak ada respon, maka kami tidak akan meneruskan Program “Keluar daripada Jatuh Bankrap”. Kami juga bercadang untuk menerbitkan E-book/E-Buku “5 Langkah untuk keluar daripada Jatuh Bankrap?” jika ada sambutan daripada anda

 

p/s: Sila tinggalkan komen anda di bawah

p/s/s: KAMI merahsiakan SEMUA data yang anda tinggalkan kepada kami. Kami faham situasi anda.

Rahsia Rumah Lelong di Malaysia

Ramai yang tidak sedar sebenarnya bahaya beli rumah lelong jika anda TIDAK TAHU rahsia rumah lelong di Malaysia. Banyak yang saya jumpa terlibat dengan rumah lelong secara aktif pasti sudah memahami rahsia rumah lelong sebelum mereka menceburkan diri dalam bidang rumah lelong ini. Itu yang aktif, tetapi bagaimana pula yang baru nak berjinak jinak dalam pelaburan hartanah rumah lelong ini ? Jangankan rahsia, lubang besar dan lubang kecik rumah lelong pun belum tentu dia tahu. “Main serkap jarang je” ujar seorang pelanggan Satu Solution (Syarikat Bumiputera Pertama yang menawarkan khidmat beli rumah lelong dari A-Z). Bermaksud ramia yang main redah je apabila membeli rumah lelong di Malaysia.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Rahsia Rumah Lelong Di Malaysia? Betul ke ada RAHSIA atau ini hanya gimik sahaja? oklah, baik saya berterus terang sahaja lah dengan pembaca blog Tuanbri.Com. Saya mengaku ini bukanlah Rahsia Rumah Lelong bagi saya, sebab saya dah tahu. Tapi kalau anda tak tahu, bukankah itu masih lagi menjadi RAHSIA? Betul tak ? (macam nampak anda mengangguk-anggukkan kepala)

 

Antara yang selalu di lelong

Antara yang selalu di lelong

Sebelum ini, saya telah bercadang untuk mengadakan Seminar Otai Rumah Lelong di Dewan Mini Satu Solution yang bertempat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Bagaimanapun Allah Maha Mengetahui. Seminar tersebut telah tertangguh beberapa kali. Dah ramai yang daftar tetapi terpaksa dibatalkan di saat akhir. Kali kedua pun jadi begitu juga. Pihak Satu Solution terpaksa memulangkan wang pendaftaran kembali kepada para peserta yang telah mendaftar. Dalam Seminar Otai Rumah Lelong, saya nak kongsikan Rahsia Rumah Lelong di Malaysia dengan para peserta. Saya juga telah wujudkan satu Team Rumah Lelong yang bersedia membantu peserta dalam pembelian rumah lelong. InsyaAllah Otai Rumah Lelong akan kembali selepas bulan Syawal nanti…..tunggukan kemunculannya!

 

Rahsia Rumah Lelong ini bakal saya himpunkan dalam satu Ebook (eletronic book/Buku Eletronik) yang akan dipasarkan oleh Satu Solution Corp dalam separuh kedua tahun 2013. Banyak perkara yang akan dikongsikan dalam ebook tersebut. Rahsia Rumah Lelong di Malaysia juga bakal merungkap pelbagai mitos mengenai rumah lelong terutamanya di kalangan orang-orang melayu. Saya amat berharap ebook Rahsia Rumah Lelong ini akan mengubah persepsi orang ramai terhadap industri pelaburan rumah lelong di Malaysia.

 

Ebook (RAHSIA) Rumah Lelong di Malaysia ini juga akan disertakan dengan gambar-gambar rumah lelong yang belum pernah disiarkan di mana mana kecuali beberapa gambar sahaja yang pernah dikongsikan di blog Tuanbri dan yang berkait. Saya juga akan turut berkongsi dengan pembaca kisah-kisah rumah lelong yang belum pernah saya kongsikan di blog ini. Ada banyak cerita dan rahsia rumah lelong yang tidak saya kongsikan sebelum ini atas sebab sebab tertentu. Goyang pun ada, seram pun ada.

 

Isu-isu rumah lelong yang akan dibongkarkan dalam Rahsia Rumah Lelong Di Malaysia seperti isu Tuan Rumah lama berkeras untuk tidak keluar daripada rumah yang telah dijual melalui proses lelongan, kes Penyewa Gantung Diri dalam Rumah yang dibeli lelong, Isu Beli Rumah Percuma Pisau Pemotong Sayur, kes Pemilik Lama tuntut wang Renovate Rumah dan macam-macam lagi. Pening kepala saya kalau saya tak kongsi semua ini dalam Rahsia Rumah Lelong Di Malaysia.

 

Apa lagi ISU yang sering ditimbulkan apabila anda terlibat dengan rumah lelong? Mungkin pembaca boleh tinggalkan komen anda di bawah ini supaya saya dapat (kalau sempat) untuk menjawab isu anda dalam RRL.

 

Rumah Lelong Kuala Lumpur.

Rumah Lelong Selangor.

Rumah Lelong Shah Alam.

Rumah Lelong Damansara.

Rumah Lelong Puchong.

 

Bagaimana nak selesaikan hutang kad kredit dengan pantas ?

Dalam bulan Ramadhan ini, sudah tentu ramai yang ingin selesaikan hutang kad kredit mereka, sebelum mereka kembali gunapakai kad kredit tersebut untuk membeli belah bagi tujuan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Eh, dah terbalik lak. Ingatkan masa bulan Ramadhan timbul rasa insaf dalam diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada yang sebelum bulan Ramadhan tiba. Lain pula ceritanya apabila bulan Syawal menjelang tiba. Ramai yang bertungkus lumus untuk berbelanja dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah.

 

Sebenarnya tak salah jika kita mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013 ini dengan meriahnya. Cuma kita kena sentiasa ukur baju di badan sendiri. Pernah saya terbaca di Facebook, “Anda tidak digalakkan memberi Angpow Raya jika anda berhutang. Baik selesaikan hutang tersebut kerana hutang akan membebankan diri anda dan keluarga pada masa akan datang”.

 

Memang pada dasarnya, kita akan nampak kegembiraan yang jelas terpancar di muka budak-budak yang mendapat Angpow Raya ni, malahan mereka kini singgah di mana mana rumah yang mereka rasa boleh dapat Wang Besar… Mereka sudah ada target mana nak pergi beraya dari Hari Raya Pertama lagi (ceh…cakap macam pengalaman sendiri je…hehehe) Saya masa kecik memang cukup seronok kalau dapat Angpow Raya. Dah ada target nak beli apa dah menggunakan duit yang saya dapat kumpulkan.

 

Tetapi kita kena faham situasi diri kita sendiri. Sekiranya kedudukan hutang kita tidak stabil dan AGAK membebankan…tidaklah perlu untuk kita memberi Angpow pada musim Hari Raya 2013 ini. Kita buat perancangan untuk menguruskan hutang kita terlebih dahulu. (ala….Raya setahun je…bisikan yang kedengaran di telinga kiri kita) Memang Raya setahun sekali tetapi hutang yang kita tanggung untuk setahun sekali tu…tanggung selama 12 bulan berikutnya.

 

Ini boleh berlaku apabila kita beli barang barang baru menggunakan kemudahan kad kredit yang memberikan Pelan Kad Kredit Mudah Kadar Faedah 0% 12 bulan. Pada mulanya kita hanya NAMPAK 0% faedah, tetapi apa yang kita tidak sedar adalah kos SEBENAR di sebalik pembelian yang menggunakan kad kredit tersebut. Apakah yang saya maksudkan dengan KOS SEBENAR ? Saya ingin kongsikan kepada pembaca tuanbri.com bahawasanya setiap pembelian menggunakan Kad Kredit, peniaga tersebut akan menanggung kos bank. Jadi mana logik si peniaga akan membayar kos tersebut bagi pihak si pembeli ? Si Peniaga sudah tentu akan “memindahkan” kos caj bank kepada Si Pembeli. Tak Percaya ? Cuba pergi ke kedai-kedai Komputer di Plaza Low Yat, kata kepada mereka yang anda nak beli guna kad kredit. Boleh tak ? Pasti mereka akan kata anda akan dicaj 2%-3% tambahan untuk menggunakan kad kredit anda dalam pembayaran transaksi tersebut.

 

Hutang Kad Kredit

 

Hutang Kad Kredit adalah salah satu punca UTAMA kebanyakan Rakyat Malaysia jatuh Bankrap!

Anda tak percaya ? Anda boleh baca komen-komen mengenai Orang Jatuh Bankrap di sini –>>  KLIK SINI

atau mereka yang HAMPIR bankrap –>> KLIK SINI

 

Jadi bagaimana kita boleh selesaikan hutang kad kredit ini dengan mudah ?

Apa kaitan hutang kad kredit dengan angpow raya ?

 

1) untuk teknik Selesaikan Hutang Kad Kredit, anda perlu ada “Rancangan 12 Bulan”. Ini salah satu teknik yang kita gunapakai dalam menyelesaikan hutang kad kredit dengan pantas. Jika anda berminat nak tahu mengenai Rancangan 12 Bulan”, sila isi borang di bawah dan pegawai kami akan menghubungi anda untuk tindakan seterusnya.

 

2) Duit Angpow Raya tersebut boleh digunapakai untuk membuat pembayaran hutang anda, hutang kad kredit dengan pihak bank.

 

[contact-form-7 404 "Not Found"]

 

Kami boleh bantu anda untuk menguruskan hutang kad kredit anda dengan “Teknik Zip-Zap Kad Kredit”. Kita akan menyusun hutang kad kredit anda supaya mengurangkan kadar keuntungan pihak Bank.

 

DPIM – Wakaf Korporat oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Konsep Waqaf Korporat yang diperjuangkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim kini diterima di peringkat tertinggi kerajaan.

Ia memberi pengiktirafan rasmi kepada Waqaf Korporat khasnya dan institusi wakaf amnya dalam pembangunan masa depan sosioekonomi negara. Konsep institusi Waqaf Korporat telah menjadi teras perjuangan DPIM sejak hampir satu dekad sebelum ini. Penubuhannya juga salah satu daripada enam usul DPIM kepada kerajaan yang diutarakan pada 2009 sebagai agenda transformasi Model Baru Ekonomi.

DPIM akan segera mengemukakan pandangan, input dan cadangan kepada JAWHAR dan bersedia bekerjasama sepenuhnya untuk menjayakan penubuhan Waqaf Korporat di seluruh negara seperti diresolusikan dalam kongres ekonomi Islam sebelum ini. Penubuhan Waqaf An Nur Corporation Bhd (WANCorp), iaitu Waqaf Korporat pertama di Malaysia pada awal tahun-tahun 2000-an, semangat juang tinggi untuk menegakkan syiar Islam dan keikhlasan semua terbabit memperjuangkannya menjadi penyumbang utama kejayaan. Akhirnya WANCorp berjaya direalisasikan setelah mendapat persetujuan dan komitmen total khasnya daripada Datuk Nooh Gadot, Mufti Johor ketika itu, dan juga setelah direstui semua anggota Majlis Agama Islam Negeri Johor kemudiannya.

Selain itu, jelas sekali, WANCorp juga pasti tidak dapat dijayakan tanpa adanya barisan ‘mujahid’ bisnes rakan seperjuangan sewaktu saya CEO JCorp selama 28 tahun. Antara lain, ‘mujahid’ gagah seperti Datin Paduka Siti Sa’diah, Ahamad Mohamad dan Jamaludin Mohd Ali, buat beberapa dekad sebelum wakaf telah terlebih dahulu ‘berjihad’ cemerlang membina bisnes dan keupayaan tinggi korporat JCorp. Nilai saham pasaran modal (market capitalization) PLC milik JCorp mencecah lebih RM20 bilion. Limpahannya, JCorp berupaya mewakafkan saham PLC bernilai RM200 juta pada Ogos 2006 (ditambah RM 50 juta lagi pada 2009). Nilai aset wakaf WANCorp (pada harga pasaran) di akhir 2011 meningkat melebihi RM538 juta.

Pengalaman menubuhkan WANCorp membabitkan beberapa perkara asas perlu dipertimbangkan dalam merangka pelan induk Waqaf Korporat masa depan.

Pertama, penubuhan Waqaf Korporat pasti tidak dapat dijayakan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-Raja Melayu yang memerintah dan bertakhta di negeri atau wilayah masing-masing. Dalam Perlembagaan Negara, bidang kuasa yang ada pada mufti-mufti dan Majlis Agama Islam negeri adalah tertakluk kepada kuasa Raja-Raja Melayu. Dalam kes WANCorp, penubuhannya tidak mungkin dijayakan tanpa titah perkenan dan limpah naungan Almarhum Sultan Iskandar Johor yang memerintah dan bertakhta di Johor ketika WANCorp dirancang dan dilancarkan.

Justeru, peranan Almarhum Baginda Sultan Iskandar akan tercatat selama-lamanya dalam sejarah sebagai pemangkin utama penubuhan WANCorp, iaitu institusi Waqaf Korporat perintis di Malaysia dan juga di dunia. Selaku ketua agama Islam, titah perkenan dan limpah naungan Almarhum Sultan Iskandar mendorong dan memberanikan saya selaku Ketua Eksekutif JCorp mengambil inisiatif menubuh dan memperjuangkan WANCorp.

Alhamdulillah, saya bersyukur dan mencatat junjungan kasih sepanjang hayat kepada Almarhum Sultan Iskandar Johor atas limpah naungan yang memangkinkan WANCorp menjadi satu realiti!

Tegasnya, Waqaf Korporat sebagai satu institusi kurniaan agama Islam cuma boleh dijayakan atas perkenan dan naungan Raja-Raja Melayu. Dalam keadaan bangsa Melayu dan umat Islam tertekan dan terdesak dari setiap penjuru, serta diancam perpecahan politik parah, kini tiba masanya kita gembleng segala kekuatan institusi kurniaan agama Islam seperti wakaf untuk dimanfaatkan sepenuhnya.

Tiba masanya juga kita pertahan daulat dan martabatkan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu warisan bangsa yang sedia termaktub dalam Perlembagaan.

Sesungguhnya bangsa Melayu tiada pilihan selain berpadu setia memperkasa institusi Raja-Raja, selagi semua pihak dapat memanfaatkan sepenuhnya segala keistimewaan institusi ini untuk memakmur dan menyejahterakan, memperkasa dan memperkaya bangsa dan umat.

Definisi Waqaf Korporat
Pengalaman WANCorp juga membuktikan dengan jelas potensi Waqaf Korporat sebagai satu pembaharuan institusi yang boleh membawa anjakan paradigma besar kepada pembangunan ekonomi negara. Waqaf Korporat membolehkan nilai keadilan, rahmat dan ihsan bawaan Islam direalisasi untuk manfaat semua warganegara tanpa eksklusif pada mana-mana pihak. Paling utama, Waqaf Korporat berupaya membela golongan masyarakat miskin, tercicir dan terketepi akibat kederasan arus sistem ekonomi kapitalis yang terlalu memihak kepada golongan kaya.
Oleh kerana Waqaf Korporat satu institusi baru inisiatif Malaysia tanpa pengalaman atau model seumpamanya dalam dunia Islam, maka proses mendefinisikan dan menyusun kriteria bagi melayakkan sesuatu organisasi diiktiraf sebagai Waqaf Korporat menjadi isu pokok. Ciri-ciri asas Waqaf Korporat perlu diperinci, dihalusi, dibincang dan disyurakan untuk diterima sebagai kriteria definitif. Ciri-ciri inilah yang akan membezakan sebuah Waqaf Korporat dengan badan wakaf lain.

Kesimpulannya, tidak semua badan wakaf berkaitan bisnes, termasuk badan wakaf saham, layak menjadi Waqaf Korporat tanpa adanya ciri-ciri definitif yang dimaksudkan. Sebagai contoh, pewakafan saham milik korporat untuk tujuan kebajikan semata-mata seperti dilakukan badan korporat berjaya (termasuk Vehbi Koc Foundation di Turkey yang ditubuh dengan niat wakaf saham serta yayasan lain seumpamanya di Malaysia) tidak menepati definisi dan maksud serta matlamat sebenar Waqaf Korporat.  Kerana wakaf saham mengikut kaedah ini mengakibatkan badan wakaf atau yayasan ditubuhkan bergantung selamanya kepada peruntukan wakaf atau imbuhan daripada sesebuah korporat induk swasta.

Wakaf saham seperti ini juga lebih berciri CSR, iaitu satu program kebajikan korporat untuk menjayakan niat kebajikan pewakaf. Konsep Waqaf Korporat yang diasaskan WANCorp berbeza, dan bukan CSR. Ia mempunyai struktur organisasi tersendiri, menjadikan WANCorp badan korporat autonomi berstatus wakaf yang diiktiraf sepenuhnya Majlis Agama Islam Johor.

Matlamat jangka panjang Waqaf Korporat ialah menjadi organisasi berautonomi penjana harta kekayaan bisnes dan korporat kekal berkembang bertambah nilai. Justeru, Waqaf Korporat wajib diurus secara profesional oleh barisan eksekutif yang ahli dalam bisnes dan korporat, dan bukan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Apabila diurus secara profesional, Waqaf Korporat berprestasi tinggi boleh bertumbuh menjadi MNC Waqaf antarabangsa satu hari nanti, menerajui bisnes strategik untuk manfaat umat Islam khasnya dan kepentingan ekonomi negara Islam amnya.

Berasaskan pengalaman WANCorp, terdapat 8 kriteria yang mesti ada pada sesebuah entiti sebelum ia layak diiktiraf sebagai Waqaf Korporat, seperti berikut:-
1.    Waqaf Korporat (WKorp) ditubuh oleh pewakaf berteraskan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.  (WANCorp, misalnya, adalah syarikat berhad dengan jaminan JCorp);
2.    Saham, sekuriti (tersenarai atau tidak tersenarai), atau tunai diwakafkan terus kepada WKorp dan saham-saham wakaf didaftar atas nama WKorp;
3.    WKorp diiktiraf dan dilantik sebagai nazir khas atau mutawwali oleh MAIN;
4.    WKorp menerajui bisnes entrepreneurial, menjana harta kekayaan dan menambah nilai;
5.    Hujjah Wakaf atau Trust Deed tentukan bahagian majoriti untung atau lebihan dilabur semula. (Dalam kes WANCorp 70% dilabur semula, 30% untuk kebajikan/fi sabilillah);
6.    WKorp berautonomi sepenuhnya dalam bisnes dan korporat di bawah pimpinan CEO profesional, dengan diawasi Lembaga Pengarah (sewajarnya turut disertai wakil MAIN);
7.    WKorp membuka luas keahlian kepada awam menerusi pewakafan yuran ahli;
8.    WKorp menerima tatacara dan amalan governance korporat terbaik. (WANCorp mengguna kaedah dan amalan PLC bertujuan menjamin ketelusan dan akauntabiliti).

Sesungguhnya, Waqaf Korporat memberi bangsa Melayu khasnya dan negara Islam amnya pilihan institusi yang berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi pacuan bisnes mengikut acuan Islam. Paling penting, institusi Waqaf Korporat berupaya menjamin pertumbuhan yang adil lagi seimbang, sekali gus menolak kerakusan, kezaliman dan kerosakan yang banyak dilihat berlaku terbit daripada menciplak sistem ekonomi kapitalis acuan Barat.

* Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)

Rakan Jihad Bisnes oleh DPIM Putrajaya

Satu Program yang diperkenalkan oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Rakan Jihad Bisnes di mana ianya satu program networking di kalangan usahawan orang orang Islam. Rakan Jihad Bisnes telah bermula di Johor, Putrajaya dan kemudian berkembang di Kuala Lumpur dan Selangor. Kini Dewan Perdagangan Islam Malaysia mahu mengorak langkah lebih jauh lagi. Sudah tiba masanya untuk DPIM berkembang dengan lebih pesat lagi.

 

Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Dewan Perdagangan Islam Malaysia

 

Berapa ramai yang berminat untuk menyertai Dewan Perdagangan Islam Malaysia bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi Islam ?

 

Baiklah, saya akan kongsi dulu serba sedikit pasal DPIM.

 

Misi Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Menjadikan DPIM sebagai wadah yang memperjuangkan bisnes berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Visi Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Menjayakan Jihad Bisnes dengan meletakkan tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah yang memberi sumbangan kepada ummah.

 

Ini adalah Misi dan Visi DPIM semenjak pertubuhan DPIM tahun 1993.

 

Kenapa DPIM ditubuhkan ?

Matlamat Penubuhan Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Dewan Perdaganagan Islam Malaysia (DPIM) yang telah ditubuhkan pada tahun 1993, adalah sebuah organisasi yang berjuang menyatupadukan peniaga dan penguasa Islam untuk kepentingan dan faedah ekonomi Islam seluruhnya.

Matlamat utama DPIM adalah untuk menjayakan perdagangan dan perindustrian dengan penglibatan yang menyeluruh masyarakat Islam demi untuk meningkatkan taraf dan kesinambungan kejayaan ekonomi masyarakat Islam.

 

Objektif penubuhan Dewan Perdagangan Islam Malaysia  :

  1. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan perdagangan senaga untuk memastikan segala tujuan yang termaktub dalam perlembagaan DPIM tercapai;
  2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam semua seminar-seminar ekonomi dan perdagangan yang dianjurkan samada didalam negara ataupun peringkat global;
  3. Berkerjasama dengan pihak kerajaan didalam mengumpulkan dan mengemaskinikan data-data, statistik-statistik ekonomi dan perdagangan untuk dimaklumkan segala maklumat ini kepada semua ahli-ahli DPIM yang berdaftar;
  4. Menggunakan segala keupayaan dan sumber-sumber sedia ada ntuk berkerjasama dengan pihak kerajaan bagi tujuan membina dan memajukan sistem perdagangan ekonomi yang diterima pakai;
  5. Bertindak sebagai wakil rasmi bagi semua ahli;
  6. Menyediakan bantuan-bantuan perundangan yang diperlukan oleh ahli-ahli yang terlibat didalam apa-apa pertelingkahan perdagangan atau perniagaan;
  7. Memberi sumbangan kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi Negara;

Dewan Perdagangan Islam Malaysia bertindak sebagai fasilitator untuk semua hubungan dan kerjasama perdagangan yang dimeterai dengan dewan perdagangan asing terutama dari segi undang-undang dan peraturan di negara yang terlibat. DPIM juga  bertindak sebagai badan penasihat bagi semua projek-projek yang disertai oleh ahli-ahli DPIM yang berdaftar.

 

Itu serba sedikit mengenai DPIM yang terkenal dengan Program Rakan Jihad Bisnes.

 

Jika anda berminat, sila tinggalkan nama, no telefon anda dan email untuk kami hubungi bagi program seterusnya.

Dijangka pada 12 Julai 2013 (ahad).

[contact-form-7 404 "Not Found"]

 

 

PRU 13 – Tahniah kepada semua rakyat Malaysia

Pilihanraya Umum 13 telah pun berlansung semalam iaitu pada 5 Mei 2013 hari Ahad di seluruh Negara. Ramai rakyat Malaysia turut serta turun padang pergi mengundi. Kali ini adalah yang tertinggi jumlah pengundi yang layak turun mengundi di lokasi pengundian PRU 13. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar di hampir kesemua tempat.

Kawasan-kawasan panas seperti Lembah Pantai, Gelang Patah, Putrajaya menjadi tumpuan rakyat sepanjang PRU 13 ini. Tempat pengundian ditutup pada Jam 5 petang dan kemudiannya proses pengiraan undi pula dijalankan.

Bab ni yang letih ni…. tunggu lah kita depan tv ni. Nak tengok keputusan terkini…nak tengok masa depan negara. pening kepala. tension.hangin satu badan. tertekan perut ni.

Kenapa PRU 13 ni pula susah nak cari saluran yang memaparkan keputusan terkini?

Tengok BERNAMA , sure la paling last sekali, sebab mereka adalah saluran Rasmi PRU 13. Tengok tv3, tv1, RTM 2 semunya tunjuk bual bual kosong.

Terpaksalah bergantung kepada saluran sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter. Bahaya juga sebenarnya 2 saluran sosial yang paling besar di dunia ini. Ramai yang suka mengadakan berita yang tidak wujud dan Ramai pula yang suka SHARE tanpa selidik terlebih dahulu. Ada yang kata DSAI dah menang di Permatang Pauh, ada yang kata Tengku Adnan kalah di Putrajaya, ada yang kata PR menang MAJORITI.

alih-alih tunggu la sampai pukul 1 pagi…. baru dapat pengumuman daripada SPR mengatakan Barisan Nasional telah memenangi kerusi Parlimen lebih daripada separuh, iaitu Simple Majoriti.

Apalagi, tidur la dulu…

Pernah dengar BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort ?

Dulu dikenali dengan nama Tiara Beach Resort, kini selepas satu proses pengambilalihan oleh satu Syarikat dengan title THe Worlds Largest Hotel Chain, nama tersebut telah ditukar. Tiara Beach Resort atau lebih dikenali sebagai TBR sudah hilang dari dunia Port Dickson. Yang muncul kini adalah Prima Inland Sea Resort (PISR). Kenapa dengan pertukaran nama tersebut? Tak bagus ke nama tbr atau tiara beach resort ?

Soalan sebenarnya apa yang berlaku dengan tbr ? Kenapa pula Best Western datang dan membuat satu proses transformasi? Ada potensi ke Prima Inland ni? Mungkin Best Western telah membuat kajian akan potensi apartment-apartment yang mengelilingi pantai terbesar buatan manusia di Malaysia….

Semenjak pertukaran pengurusan ini, ulasan / review menarik semakin banyak timbul di dunia internet. Terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh Best Western antaranya memperkenalkan WIFI, meRefurbishedkan bahagian dalam unit.

Semakin menarik untuk pergi ke Prima Inland Sea Resort ini dalam tahun 2013. Semasa cuti sekolah, unit unit di Prima Inland Sea Resort ni penuh! Paling gemar ialah bebudak yang akan menghabiskan masa dari pagi hingga ke petang. tak sedar masa berjalan dengan laju jika anda sedang berendam dalam kolam Prima Inland ni. Memang siapa yang pergi sana pasti akan mengalami satu memori yang indah. Cuma terdapat beberapa perkara yang masih lagi belum diperbaiki tinggalan legasi tiara beach resort. Cuba teka apakah dia ?

Formerly known as Tiara Beach Resort

Formerly known as Tiara Beach Resort

 

 

 

>