Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Others

Akta Geran Strata dipinda baru baru ini

Akta Hakmilik Strata baru baru ini dipinda di Dewan Rakyat… apa Isu dengan pindaan Geran Strata ni ? Berapa RAMAI yang aware pasal pindaan ni ? Isu yang dikaitkan dengan pindaan ini ialah isu pemilikan kosong dan pengeluaran Strata Tittle.

 

Nak tahu dengan lebih lanjut lagi? Baca petikan akhbar ini (bahasa inggeris) :

 

Malaysia’s House of Representatives (Dewan Rakyat) has approved the new amendments to the Strata Titles Act, mandating the simultaneous issuance of strata titles and vacant possession (VP) to home-buyers, reported The Sun Daily.

According to Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Douglas Uggah Embas, the Strata Title (Amendment) Bill of 2012 aims to address the problems encountered when applying for and registering strata titles for buildings occupied before 1996.

The latest amendment to the Strata Title Act 1985 follows four previous revisions in 1990, 1996, 2001 and 2007.

Uggah noted that since the introduction of the Strata Titles Act 27 years ago, Malaysia’s land administration has registered over 970,000 strata titles comprising more than 15,000 multi-storey buildings.

Apart from safeguarding the rights of strata unit buyers, the ministry will also impose stringent penalties to ensure that developers will abide with the law. For instance, Section 8 of the newly amended Strata Titles Act compels state authorities to act against developers who fail to apply for such titles, especially for old buildings.

If convicted, a developer could face a jail sentence of up to three years and a fine not exceeding RM100,000, added Uggah.

Faizul Ridzuan Penulis Buku WTF? 23 Properties By 30 (pelaburan hartanah)

Beliau lebih dikenali sebagai Faizul Ridzuan WTF? angkara buku Pertama beliau yang bertajuk WTF23 Properties by 30 telah menjadi BEST Seller kat Kedai BUKU MPH.

 

Masihkah anda belum membeli buku ini ?

Boleh dapatkan buku ini di kedai kedai buku yang berhampiran ataupun anda boleh beli di MPH ONLINE BOOKSTORE.

Buat masa ini, buku beliau telah mengalahkan buku Dr. Mahathir di Top Ten. Sungguh menakjubkan!

Review yang ditulis oleh pakar-pakar :
Pakdi -wtf-23-properties-by-30-buku-pelaburan-hartanah- Faizul Ridzuan

Abang Ensem – Faizul Ridzuan WTF? 23 Properties by 30

Ariff Shah – Faizul Ridzuan WTF?

Eriqazz – Jumpa Faizul Ridzuan wtf?

 

 

Forum yang beliau asaskan bersama rakan rakan beliau ialah di :
Forum WTF?

 

Kelebihan Buku WTF? 23 Properties by 30 :

1) menggalakkan lagi ramai orang terlibat dengan hartanah

2) menjadi sumber inspirasi bagi mereka yang telah berkecimpungan dalam pelaburan hartanah

3) membuktikan bahawa kalau kita MAHU, ada JALANnya

4) Usaha adalah TANGGA kejayaan

5) Pentingnya berkawan atau networking dalam usaha kita untuk berjaya

 

Kekurangan :

1) Ramai yang boleh tersilap taksir maksud buku ini. Sama seperti kes pemuda samurai yang mengamuk di Putrajaya baru-baru ini. Bila belajar, kena berguru. Baca buku BAGUS, tapi perlukan guru untuk mentafsirkan dengan lebih jelas maksud buku itu sendiri. Dalam kes ini, Faizul Ridzuan adalah guru yang terbaik!

2) Faizul Ridzuan TIDAK menganjurkan sebarang seminar hartanah yang komprehensif seperti Seminar Hartawan Hartanah atau Seminar Hartanah Utara.

3) Penggunaan kad kredit dalam membayar Deposit rumah. Dibolehkan sebenarnya tetapi TIDAK digalakkan. Kenapa ?

Perlu saya ingatkan PUNCA ramai orang bankrup : – salah satu ialah Hutang Kad Kredit. Tak percaya ? Sila rujuk blog Kad Kredit

 

 

 

OPIN akan wujud dengan satu Forum Seminar Hartanah OPIN pada hujung bulan Julai ini dengan Faizul Ridzuan sebagai speaker utama.

Beliau pernah menjadi Speaker Jemputan di Pelabur Underground yang dikendalikan bersama oleh Tuanbri.

Tahniah! Seminar Hartanah Selatan

Pendaftaran Anda telah diterima.

Sila tunggu 24-48 jam masa bekerja untuk KAMI mengesahkan pendaftaran anda!

 

Semoga kita dapat berjumpa di Seminar Hartanah Edisi Selatan kali PERTAMA

anjuran Abangensem dan Tuanbri.

 

Insya Allah

Tuanbri dan Satu Solution

Alkisah di cerita kan bahawa setelah berjaya mengharungi pahit maung asam garam dalam
perniagaan, tidak ramai yang sedar akan cabaran dan kepedihan dalam mendirikan sesuatu
perniagaan.

Ramai yang mengambil Sikap sambil LEWA, membiarkan rakan kongsi anda bekerja.
Sikap ingin menjadi Sleeping Partner menebal dalam sanubari orang Melayu.
Bolehkah sikap ini dibuang ?

Bagi aku senario di atas memang sesalu berlaku kepada perniagaan orang Melayu.

Bagi dalam pelaburan Hartanah, aku nasihatkan jika rumah lelong dibeli secara Kongsi atau Joint Venture,
diharap semua Rakan Kongsi akan mengambil kisah akan hartanah yang dikongsi.

berapa ramai yang di luar sana adalah mangsa kepada Rakan JV ?

Ops Masuk Rumah Lelong – Kajang

Salam Ramadhan…

Ramai yang masih mengikuti blog ini (sekiranya masih) beranggapan bahawasanya Tuanbri.com sudah tidak lagi berkecimpung
dalam Dunia Lelongan. Ye la. Sikit sikit cerita pasal Seminar Hartanah sana, seminar Hartanah sini. Lepas tu sibuk pula dengan Kek Lapis Sarawak pula.

Lepas tu nak kasi panas pulak dengan Pelaburan Perak….mana Sekmen Rumah Lelong ni..???

Sebenarnya aku bukan sudah menarik diri daripada Dunia Rumah Lelongan, cuma bergerak secara Underground.
Macam dalam Seminar yang saya turut kendalikan www.PelaburUnderground.com …ngeh ngeh. Masih lagi menyertai lelongan lelongan awam di sekitar kuala lumpur dan selangor khususnya.

Masih ada lagi Agen-agen Satu Solution yang bergerak cergas.

Nak beli rumah lelong di johor ? Boleh contact http://rumahlelongjohor.blogspot.com dan juga Izwan .

Baru baru ni ada klien Satu Solution berjaya memenangi sebuah rumah lelong di Kajang. Area Hot.
Ntah macammana ntah, doa yang dibaca mustajab. Kekalahan demi kekalahan dialami oleh klien ini.
kesian dia. aku pun hampir hampir nak menangis dengan dia.

Bila menang,wow! melompat kegembiraan beliau…bayangkanlah…..

3
2
1

dah …boleh buka mata balik. Kang korang bayangkan benda lain lak. Dah la bulan puasa ni.

Jadi bermulalah Ops Masuk yang hampir sinonim dengan Team Satu Solution, Pakar Ops Masuk.

Langkah 1 , halangan telah dikenalpasti melalui MMS yang dihantar oleh klien, Orang Kaya Kajang (OKK)
Langkah 2, hari penentuan telah tiba. Aku datang berlenggang sahaja. Sebabnya berdasarkan MMS tu, kacang je kot 🙂

Langkah 3, alamak….apsal ada halangan lain ? Laa…ingatkan kau tau..jawab OKK.

Langkah 4, ingat motto Satu Solution “There is only one solution” , otak pun berpusing, perut pun sama. PUASA beb.

Langkah 5, pintu dan mangga dan grill dan segala halangan terbuka dengan sekelip mata.

Langkah 6, ambik gambar bukti.

rumah lelong

ops masuk rumah lelong

kot kot ada lagi api (eletrik)
rumah lelong 2

yang aku tak boleh lupakan ialah gambar Sumpit ni :
Sumpit pelaburan hartanah

Mungkin lain kali aku kena masukkan kelas amali ini sebagai silibus Seminar Hartanah anjuran Tuanbri.Com.
Best ke ?

Seminar Hartanah – Langkah 1 Hartawan Hartanah

Seminar Hartanah – 4 Langkah ke Arah Hartawan Hartanah – sesi pertama 2011

Kami mencari anda!

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri Hartawan Hartanah-Langkah 1,


Program Hartawan Hartanah kini kembali dengan “Langkah Pertama”.

Setiap sesi mempunyai tempat yang terhad. Dewan Mini tidak mampu menampung orang yang ramai! Terhad!

Anda perlu mengorak langkah pertama dengan segera.

1. Langkah Pertama – Seminar ringkas Hartawan Hartanah

Penerangan bagaimana :

– untuk bersara dengan matlamat

– untuk bebas hutang dalam masa yang ditetapkan

– untuk belajar asas pelaburan hartanah (rumah lelong/sekunder/baru)

– untuk mengerti erti gaji pasif

– untuk menjadi “Hartawan Hartanah” (lelong atau sekunder atau baru)

Kos : RM55 (untuk pembaca blog, diskaun diberi – RM45) RM10 sahaja

1. Pembayaran :

  • Bayar kepada akaun Maybank (5644 4550 1969) atau CIMB (1403 0000 1541 01) atas nama ” Satu Solution Corporate Services”

2. Pengesahan Pembayaran :

  • Emailkan bukti pembayaran anda kepada
    “hartawanhartanah(at)satusolution.com”
    dan sms kepada “016.310.6500″
    (Nama<jarak>hartawanhartanah<jarak>tarikh seminar-ringkas<jarak>RM10<jarak>email)

3. Penerimaan tiket kemasukan :

  • Tiket akan dihantar melalui email beserta maklumat yang berkenaan dengan “Langkah Pertama”.

4. Hadirkan Diri Anda !

  • Selamat datang Hartawan Hartanah.

Nama Anda (wajib)

Email Anda (wajib)

No Telefon Anda (wajib)

Tarikh Pilihan Anda (wajib)


Introducer Anda (sekiranya ada)



Bayaran dibuat melalui : (wajib)


Tarikh Bayaran

Seminar Hartawan Hartanah-Langkah 1

Apa yang anda harapkan daripada Seminar ini ?


Selamat Datang Hartawan Hartanah !


Lokasi Seminar : Bandar Sri Permasuri, Cheras. (pejabat Satu Solution)

Amanah Hartanah Bumiputera – PHB

Berikutan bajet 2011 yang dibentangkan oleh PM kita
http://tuanbri.com/blog/2010/10/bajet-2011-pelaburan-hartanah/

satu dana KHAS untuk Bumi, sama seperti ASB.

Bagi aku, masih ada lagi beberapa isu yang akan diperdebatkan :

-Kali ini patuh syariah, siapa yang akan monitor ?
-Kenapa Mayban Investment Management Sdn Bhd jadi pengurus Dana ?
-Kenapa nak melabur dalam AHB kalau masih boleh labur dalam ASB ?
-AHB boleh di OD kan ke? seperti ASB ? kan orang melayu gila gilakan OD asb.
-Kenapa nak duit ni? (aku rasa kerajaan nak gunapakai duit, Kerajaan Najib tak ada bajet)

Ciri-ciri AHB
* Patuh Shariah (SAMA MACAM ASB ?????)
* Melabur dalam sektor hartanah.
* Melabur dalam pasaran wang Islam untuk tujuan kecairan.
* Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000 (SAMA MACAM ASB)
* Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)
* Harga unit tetap, RM 1 (SAMA MACAM ASB)
* Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6% (SAMA MACAM ASB ??????)
* Pengurus dana, Mayban Investment Management Sdn Bhd

p/s:
aku masih lagi menjual buku Ho Chin Soon Klik Sini

dan masih lagi mempunyai tempat kosong untuk seminar Langkah 1 Hartawan Hartanah Klik Sini

Anak Kecil Nazak

Pernah tak tengok anak kecil nazak depan mata?

Apa reaksi spontan korang ?

Nak angkat dia daripada terbaring?

Siapa kita nak telefon dulu?

Inilah pengalaman aku bersama Ukail. Malam selasa 16/08/10 dia dah mula menunjukkan tanda tanda nak demam. badan dia dah suam. Terbaring atas katil dengan aku, mata terpaku je kat tv…confius aku. selalunya dia cuma tengok iklan sahaja. Ini siap layan tengok berita dengan aku.

Bila badan dia dah mula panas, aku bagi ubat demam dan antibiotik, baki ubat daripada demam bulan lepas. (Suspek denggi, masuk wad 3 hari). 1st time dia masuk wad.

Bila dia dah tidur, suhu badan meningkat lagi. Apa lagi, cari coolFever dan tepek kat dahi dia. Selalunya mujarab sekejab la. dapat kurangkan suhu sehingga pagi nanti. Bangun pagi nanti baru plan nak bawak pergi klinik.  Dia ada terjaga terkejut badan macam terkejang, beberapa kali malam tu dan menangis. Bila suhu dia masih lagi tak turun, aku ambik tuala kecik yang telah dibasahkan dan letak kat muka dia.

Bini aku pergi kerja pagi tu. Dia bawak kereta ke pejabat. Klinik masih tak buka lagi time ni…Tiba-tiba ukail terkejut dan bangun menangis. Aku baru je nak pujuk dia sambung tidur balik.

Badan dia mula mengeras. Dia dah berhenti menangis. Badan dia mula membengkok ke belakang. Daripada menangis, dia mengeluarkan bunyi berdengus. Macam bunyi nafas orang yang nazak. Kuat jugak bunyi nafas dia. Mata dia tak berkelip. Aku memang dah kalut dan tak tahu nak buat apa dan tak tahu nak telefon siapa. Aku capai wallet aku, telefon aku dan kuci motor.

Mulut dia dah start berbuih.  Keluar meleleh ke pipi dia. Muka pun dah pucat. Dalam 10 saat lebih, baru bunyi dia dah normal. Tapi kali ni mata dia terbeliak memandang ke siling aje. Aku cuba panggil dia, nak tengok respon dia tapi tak ada. Terbeliak memandang ke atas sambil nafas dia seperti orang kepenatan. Aku angkat dia terus bawak keluar rumah dan naik motor. Sebelah tangan pegang dia, sebelah tangan bawak motor. Pergi ke klinik berdekatan. Tutup pulak. Cari klinik yang lain. Tutup jugak….balik rumah balik.

Aku telefon adik ipar aku (Dr Zaki – Dia yang rawat Drummer Band “Pesawat”, Hirwan Hatta aka Kudux). Dia suruh bawak terus ke hospital…

…….seterusnya di Hospital Selayang, kat ICU terus dapat masuk. Tak payah register dulu. Masuk wad lagi Ukail ni. Kali kedua tahun ni, dalam masa 3 bulan.

Doktor nasihatkan kemungkinan berlaku benda yang sama adalah tinggi bila Ukail demam lagi nanti. Macam sawan jugak apa yang dia kena. Bila kita tengok orang dewasa kena pun, kita kalut. Inikan kena pada baby kecil…

Peringatan : Kalau anak mula demam Panas, pastikan anda ada ubat Panadol/ubat sumbat ikut belakang bawah.

Salam Ramadhan Kembali Lagi

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Ramadhan bagi semua pembaca blog Tuanbri Dot Com. Ramadhan adalah masa utk kita reallign balik masa kita. Punya sibuk dengan dunia sahaja. Aku pun terbabas jugak. Masa untuk renung kembali apa tujuan kita hidup ni. Ini sekadar peringatan buat diri aku sendiri.

Perjalanan semakin mencabar bagi aku. Dalam minggu lepas, kesihatan aku agak turun naik. Mungkin cuaca mempengaruhi atau cara hidup yang tidak normal. Tak tahan jugak kadang kadang. Ini sebab utama dalam minggu lepas banyak orang telefon aku tapi tak berjawab. Bukan klien sahaja malah penyewa aku pun aku tak angkat. Bukan sengaja tapi tidak diizinkan.Sakit belakang (sebab aku tinggi kot), telinga sebelah gagal berfungsi, kekurangan zat dalam badan dan sebagainya. Bagi aku, ini ujian sebelum Ramadhan.

Telefon G1 Android aku pulak buat problem. Selalu FC je..sebab aku suka test sana sini. Selalu tukar ROM je..jadi mana mana sms aku tak sempat nak back up, hilang ikut tiupan angin. Ada sms klien yang hilang begitu sahaja. Aku serabut jugak memikirkan malah ni.

Memang agak mencabar sikit kalau kita kerja sendiri. Income tak menentu. Tapi aku percaya rezeki aku ada di mana mana. Teah ditetapkan. Kena rajin je. Bulan lepas semua lelongan yang aku atau faris masuk, semua kalah. Maknanya tak ada sales utk bulan lepas.

On monday, aku bawak bapak aku pergi berurut di Negeri Sembilan. Ado sapo dongar namo tompek Durian Tipus? Atas lagi daripada Kuala Kelawang. Gerak daripada rumah aku ke rumah ayah aku dalam pukul 530 pagi. Dalam perjalanan yang berbukit bukau tu, sambil dipenuhi kabus pagi yang agak tebal, tiba tiba aku dengar bunyi getah sebelah beakang kiri aku….alamak…macam bunyi tayar pecah je….Bila aku berhenti tepi bukit tu, confirm tayar belakang dah pecah. Baru je plan nak tunggu Ramadhan untuk dapatkan promosi Raya supaya harga tayar murah sikit….memang tayar aku dah botak….Terpaksalah aku tukar tayar spare yang kecik tu….time tu hujan renyai renyai pulak……

Perjalanan diteruskan sambil aku terus memerhatikan side mirror. Takut tayar spare belakang tu tercabut. Aku tak yakin dengan skil aku pasang tayar. Sampai di rumah tukang urut tu dah pukul 8 pagi. Kebiasaannya kalau sampai pukul 8 pagi, sure dah ada kereta sebijik dua….Alhamdulillah, tak ada orang lagi sampai…..aku dah ready nak dengar leteran ayah aku kalau ada orang lain sampai dulu. Sebab masa utk urut seorang sahaja dah makan masa dalam 45 minit. kalau 1 kereta penuh ada 4 orang, maknanya next turn ialah pukul 11 pagi pulak. Aku pun join kena urut sekali la…jauh ni berjalan…kitaorg habis sesi urut tu dalam pukul 12 lebih. dah ada 2 kereta penuh lagi tunggu lepas tu..agak-agak habis pukul berapa la diaorg ni…

Bila nak update blog, aku ada masalah pulak dengan domain name “tuanbri dot com” pulak. Tak ada orang info aku yang tempoh dia dah tamat. Kena renew immediately. Aku pulak tak ada direct access to reseller tu. Kena go through member aku. Tak silap aku, right pun dia yang pegang. Kena discuss dengan dia pasal ni. Kalau tak , kecoh nanti in the future….Ada beberapa readers yang SMS/email/FB aku pasal problem nak access blog. Terima kasih banyak. Nanti aku belanja korang. hehehe…jamuan raya…

Balik pejabat, En faris masih lagi berada di Kampung. Sempena kelahiran anaknya yang ke 3. Tahniah. Tanggungjawab dah bertambah. Kenalah cari rezeki dengan lebih rajin lagi.

Ops Masuk-Kepong

Lokasi : Kepong
Tarikh : Bulan Januari 2010
Masa : Petang.

Masa bidding di Ng Chan Mau, ada sorang mamat ni kata dia cam aku. Dia silent reader blog aku. Pada hari tersebut, dia berjaya dapatkan satu rumah lelong di kepong pada harga reserve! Pada mulanya unit ini ada Klien Satu Solution nak masuk tetapi atas sebab-sebab tertentu, dia menarik diri di saat akhir. Percubaan klien aku pada hari tersebut gagal, untuk mendapatkan rumah lelong pada harga reserve price.  Sebenarnya ada 2 bidders, aku dan sorang ajen cina. So bila auctioneer announce ada2 bidders, aku tgk muka ajen cina tu berubah.  Dia mesti ingat dia tak dapat. Mr. Foon from Ng Chan Mau usually will increase the reserve price if there are 2 bidders or more. The chinese guy raised his paddle first, and i stick to my client’s instruction…Reserve Price…i have to let him win…later, i can see the agent smiled all the way..he was lucky. Sorry Nija. Cuba lagi.

Lepas auction tu, cam biasa lah.Mesti ada sesi TT. Bila lepak dgn En. Man (itu je nama yang dia bagitau aku), aku ckp kita boleh tolong dia buat Ops Masuk utk rumah lelong yang baru dimenangi. 1 week later, dia contact aku.

Rumah dia well guarded.

0120_VS (2)

Ni bukan Pak Guard! Inilah Encik Man, pemilik baru rumah lelong ni.

Ruang tamu yang complete!

0120_VS

Dapur pun complete! Dalam peti sejuk tu, ada susu kotak (expiry date 2007)

0120_VS (8)0120_VS (7)

“Sayalah owner baru tu” dengan bangganya En. Man memberitahu jiran sebelah.

0120_VS (5)0120_VS (6)

Siap ada hadiah lagi untuk pemilik baru..apa Faris kacau ni? Bukan hadiah dia, sibuk je.

CIMG3844CIMG3846CIMG3847

The question is why the owner left his house in this manner ?

Whats with the rush ?

Everything is still intact. Even the dolls next to the sofa. He even didnt have time to open the present ?

Could this be the answer ?

0120_VS (3)0120_VS (4)

****************************************************************************************
Laman web ini diwujudkan untuk menolong pembeli rumah mencari rumah lelongan awam / rumah lelong / hartanah lelong oleh bank bank di Malaysia

>