Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Tiara Beach Resort

Pernah dengar BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort ?

Dulu dikenali dengan nama Tiara Beach Resort, kini selepas satu proses pengambilalihan oleh satu Syarikat dengan title THe Worlds Largest Hotel Chain, nama tersebut telah ditukar. Tiara Beach Resort atau lebih dikenali sebagai TBR sudah hilang dari dunia Port Dickson. Yang muncul kini adalah Prima Inland Sea Resort (PISR). Kenapa dengan pertukaran nama tersebut? Tak bagus ke nama tbr atau tiara beach resort ?

Soalan sebenarnya apa yang berlaku dengan tbr ? Kenapa pula Best Western datang dan membuat satu proses transformasi? Ada potensi ke Prima Inland ni? Mungkin Best Western telah membuat kajian akan potensi apartment-apartment yang mengelilingi pantai terbesar buatan manusia di Malaysia….

Semenjak pertukaran pengurusan ini, ulasan / review menarik semakin banyak timbul di dunia internet. Terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh Best Western antaranya memperkenalkan WIFI, meRefurbishedkan bahagian dalam unit.

Semakin menarik untuk pergi ke Prima Inland Sea Resort ini dalam tahun 2013. Semasa cuti sekolah, unit unit di Prima Inland Sea Resort ni penuh! Paling gemar ialah bebudak yang akan menghabiskan masa dari pagi hingga ke petang. tak sedar masa berjalan dengan laju jika anda sedang berendam dalam kolam Prima Inland ni. Memang siapa yang pergi sana pasti akan mengalami satu memori yang indah. Cuma terdapat beberapa perkara yang masih lagi belum diperbaiki tinggalan legasi tiara beach resort. Cuba teka apakah dia ?

Formerly known as Tiara Beach Resort

Formerly known as Tiara Beach Resort

 

 

 

Aduan Rakyat (4)- Saya nak beli TBR

Salam tuanbri.

A : Assalamualaikum tuanbri. Saya berminat untuk membeli Tiara Beach Resort – Direct Nego dengan bank tu.
TB : waalaikumsalam. boleh jer. Kita set appointment. Nak discuss dengan lebih lanjut lagi.

Satu pertemuan telah diatur dengan Encik A di Melawati (Nasib baik dekat je)

A: Saya memang berminat ni untuk invest di Tiara Beach Resort.
TB : Pernah pergi tak Tiara Beach Resort ni ?
A : tak pernah lagi, tapi memang berminat lah.

TB : hah ? tak pernah pergi ? abis tu kenapa berminat dengan TBR ? kenapa nak melabur di sana ?

A : sebab dengar kawan kawan kata tempat tu best. dalam blog tuanbri.Com sendiri kata tempat tu best!
TB : itu pendapat masing masing. Kenapa awak nak melabur di sana ? Kenapa tak melabur di Kuala Lumpur sahaja ?

A: saya rasa lagi untung melabur di Tiara Beach resort …ramai yang nak pergi ke sana semasa cuti sekolah. tengok gambar orang lain pun nampak cam happy je semua yang pergi
TB : memang confirm seronok kalau pergi sana. Kalau melabur, dah kira lain pulak.

A : So macammana tuanbri ?
TB : Ni rumah no berapa ?

A: ooh, ni pelaburan hartanah saya yang pertama la kalau jadi …….(sambil tersenyum..membayangkan tengah mandi di TBR)

TB : saya rasa awak patut melabur di Kuala Lumpur sahaja. tak payah pergi jauh jauh….
A: tapi ada ke pelaburan kat KL ni yang bagus ????

TB : hah? kenapa tak ada pulak ? sure ada je. Umur berapa ? Loan lepas berapa tahun ? Sekarang ni sewa atau rumah sendiri ?
A: Umur dah 45 tahun. (Loan hanya boleh buat 25 tahun sahaja) (Dengan Company, hanya bagi 15 tahun sahaja)
sekarang ni menyewa. ingatkan kalau pencen, dah bolehlah duduk rumah sendiri …

TB : makin konfius aku….apa matlamat kau sebenarnya ?

Apa pendapat korang semua ?

Aduan rakyat yang lain :
http://tuanbri.com/blog/2010/03/aduan-rakyat-part-1/
http://tuanbri.com/blog/2010/04/aduan-rakyat-2-mrta/
http://tuanbri.com/blog/2010/12/aduan-rakyat-3-akan-bankrap/

Tiara Beach Resort – 2011

Untuk penggemar melancung ke Port Dickson, pasti kenal sangat dengan Tiara Beach Resort yang terletak di KM13, Atas sikit daripada Teluk Kemang.

Kenapa pergi ke TBR ?

– sebab budak budak suka mandi Kolam yang mempunyai Tema Tersendiri
– Sebab anak-anak kita selamat, tak hanyut dek arus / ombak
– sebab bila penat je, boleh terus naik ke bilik.

(ini semua aku punya, korang pulak ?)

Baru baru ni terdapat kekecohan di Tiara Beach Resort. Sebenarnya dah lama, bagi mereka yang dah sedar akan isu ini.
Cuma ramai Pemilik yang mengambil sikap endah tak endah.

Aku hadir ke Mesyuarat Agung JMB TBR yang diadakan di Dewan TBR.
Isu utama ketika itu :
– penyerahan Pentadbiran TBR kepada Persatuan Pemilik-pemilik unit TBR.
(diketuai oleh Encik Mazlan)
– duit keuntungan sewa yang tidak berbayar selama 12 bulan atau lebih oleh DTiara, pengurus unit-unit TBR yang dipajak daripada pemilik-pemilik TBR.

Aku agak terkilan kerana ramai yang hadir tidak memahami perbezaan Pengurusan Tiara Beach Resort dengan DTiara yang menguruskan unit mereka.
Ramai yang inginkan penubuhan Badan Pengurusan Bersama Tiara Bay Apartment kerana rasa tidak puashati terhadap Kelewatan DTiara membayar keuntungan kepada mereka.

Ini adalah 2 isu yang berbeza.
Pihak Pengurusan – yang menguruskan TBR – jaga kebersihan, security, lampu, lif
DTIara – yang mengutip sewa, menjaga unit Pemilik, yang menjaga Portal www.tbr.com.my

Selesai AGM, terputusnya bahawa Badan Pengurusan Bersama ditubuhkan dengan Aset Kosong, Hutang Kosong.
– camne nak buka akaun ? kena pakai duit
– camne nak bayar sekuriti ? kena pakai duit
– camne nak bayar cleaner ? kena pakai duit
– camne nak maintain lif ? kena pakai duit

kemudian yang paling kecoh pulak untuk tahun 2010, Pihak DTiara (pihak yang mempunyai hak mutlak ke atas Kolam Mandi Bertema) ingin memagar Kolam tersebut yang menjadi tarikan kepada Pelancung pelancung. Mereka mula memperkenalkan sistem gelang tangan, macam di Sunway Lagoon. Hak mereka, mereka boleh buat apa sahaja.
Cadangan mereka, gelang tangan diberi percuma sehingga 31 Disember 2010, dan bermula 1 Januari 2011, RM20 -Dewasa dan RM10 – kanak kanak.

Aku agak tersentak juga. Kerana aku terkena tempias Pemilik pemilik yang tak puashati dengan DTiara.

Aku lagi suka dengan sistem lama di mana Pemilik akan membayar Fi Pengurusan Kolam Kepada DTIara dan penyewa unit tidak akan diganggu.

Mesyuarat di antara Encik Mazlan dan Pengurusan DTiara pada minggu lepas bersetuju untuk mengggunakan sistem Gelang dengan syarat:
– Sewa studio RM230 (Gelang tangan diberikan 4)
– Sewa apartment 2 bilik RM300 (Gelang diberikan 6)
– Tiada ulat berkeliaran di tempat letak kereta di Tiara Beach Resort
– Tiada penggunaan kata ” Sewa Lagi murah daripada www.tbr.com.my”

p/s: masih ada satu lagi unit Studio Tiara Beach resort untuk Dijual (Tender) RM75,000
Sila sms saya jika berminat. Segera!

Tiara Beach Resort (Lelong)

Tiara Beach Resort terkenal dengan pantai pasir buatan sendiri yang terbesar di Malaysia.

Bagi saya, ianya merupakan tempat yang paling sesuai untuk sekeluarga mengalami percutian yang menggembirakan.

Resort bersepadu yang pertama di Port Dickson ini (yang mempunyai 980 unit studio dan 284 unit 2-bilik) hanyalah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Terdapat 3 unit untuk dilelong dalam bulan November 2010.

Saya perlukan pendaftaran awal, bagi mengelakkan persaingan.

************************************************

Apartment Tiara Beach Resort POOL VIEW
Auction Price : RM 90,000.00
Land Area : 506 sq.ft     Auction Date : 2010-11-06
Tenure : N/A     Restriction : N/A
Location : No. A-5-38, Block A, PD Tiara Bay Apartments, Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson 71250, Negeri Sembilan

Apartment
Auction Price : RM 90,000.00
Land Area : 419 sq.ft     Auction Date : 2010-11-06
Tenure : N/A     Restriction : N/A
Location : No. D-1-29, Block D, PD Tiara Bay Apartment, Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson 71250, Negeri Sembilan

***********************************************************

Sesiapa yang berminat, sila hubungi :

tuanbri – 016.310.6500

atau email

bri(at)satusolution.com

* pendaftaran perlu dengan kadar segera.

Rumah Lelong Port Dickson Tiara Beach Resort untuk dijual.

Ada dua unit apartment (2 bilik) untuk dijual di Tiara Beach Resort. Berminat ?

>