Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Location

Aduan Rakyat (4)- Saya nak beli TBR

Salam tuanbri.

A : Assalamualaikum tuanbri. Saya berminat untuk membeli Tiara Beach Resort – Direct Nego dengan bank tu.
TB : waalaikumsalam. boleh jer. Kita set appointment. Nak discuss dengan lebih lanjut lagi.

Satu pertemuan telah diatur dengan Encik A di Melawati (Nasib baik dekat je)

A: Saya memang berminat ni untuk invest di Tiara Beach Resort.
TB : Pernah pergi tak Tiara Beach Resort ni ?
A : tak pernah lagi, tapi memang berminat lah.

TB : hah ? tak pernah pergi ? abis tu kenapa berminat dengan TBR ? kenapa nak melabur di sana ?

A : sebab dengar kawan kawan kata tempat tu best. dalam blog tuanbri.Com sendiri kata tempat tu best!
TB : itu pendapat masing masing. Kenapa awak nak melabur di sana ? Kenapa tak melabur di Kuala Lumpur sahaja ?

A: saya rasa lagi untung melabur di Tiara Beach resort …ramai yang nak pergi ke sana semasa cuti sekolah. tengok gambar orang lain pun nampak cam happy je semua yang pergi
TB : memang confirm seronok kalau pergi sana. Kalau melabur, dah kira lain pulak.

A : So macammana tuanbri ?
TB : Ni rumah no berapa ?

A: ooh, ni pelaburan hartanah saya yang pertama la kalau jadi …….(sambil tersenyum..membayangkan tengah mandi di TBR)

TB : saya rasa awak patut melabur di Kuala Lumpur sahaja. tak payah pergi jauh jauh….
A: tapi ada ke pelaburan kat KL ni yang bagus ????

TB : hah? kenapa tak ada pulak ? sure ada je. Umur berapa ? Loan lepas berapa tahun ? Sekarang ni sewa atau rumah sendiri ?
A: Umur dah 45 tahun. (Loan hanya boleh buat 25 tahun sahaja) (Dengan Company, hanya bagi 15 tahun sahaja)
sekarang ni menyewa. ingatkan kalau pencen, dah bolehlah duduk rumah sendiri …

TB : makin konfius aku….apa matlamat kau sebenarnya ?

Apa pendapat korang semua ?

Aduan rakyat yang lain :
http://tuanbri.com/blog/2010/03/aduan-rakyat-part-1/
http://tuanbri.com/blog/2010/04/aduan-rakyat-2-mrta/
http://tuanbri.com/blog/2010/12/aduan-rakyat-3-akan-bankrap/

Ops Masuk – Oakleaf Park

Salam.

Masih ramai yang bertanya apakah Kami (Satu Solution – Tuanbri.Com dan Faridzaswadi) masih lagi tak menguruskan jualbeli rumah lelong ?

Jawapannya : YA!

Agak dah lama jugak tak buat posting mengenai kemenangan rumah lelong atau Ops Masuk yang mencabar.

Lastest Ops masuk, Oakleaf Park Condo di Bukit Antarabangsa, yang salah satu unit turut dimilik oleh Sifu Pie.

Untuk pengetahuan semua, Satu Solution telah mula melantik beberapa agen untuk mewakili Satu Solution :

1. Izwan – izwan@satusolution.com atau HP : 013 – 3413005 (Rumah Lelong Area KL/Selangor)
2. Shaiful – shaiful@satusolution.com atau HP : 012-7159452 (Rumah Lelong Johor)

Mereka ini bukanlah rakan kongsi (bermakna segala tindakan mereka tidak semestinya mewakili Satu Solution).

Kondo Oakleaf ini dimenangi oleh klien Izwan pada tahun 2010 dengan harga yang peerggh! Untung! Siap bayar cash lagi…..yummmy.

antara watak watak utama ialah :

Yang hadir :

Hasilnya :

Siap Pool View lagi…

Siapa mau beli rumah lelong, boleh register dengan Tuanbri.Com melalui borang daftar yang telah disediakan.

[contact-form-7 404 "Not Found"]

Perintah Mahkamah-Usir Penyewa Keluar

Buat masa ni ada satu orang klien yang sedang dalam proses mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan bekas pemilik rumah yang telah dilelong.
Ramai yang nak beli rumah lelong tak kisah akan isu ini. Yang mereka tahu, Satu Solution boleh buat.

Contoh :
Penyewa Selaseh-Part 1
Penyewa Selaseh-Part 2

Bank tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan pemilik lama. (ramai yang beranggapan itu adalah tugas bank sebelum melelong rumah)


(Dipetik daripada suratkhabar)

Khamis Jun 25, 2009

Pemilik rumah dapat perintah mahkamah usir Amelina dari rumah sewa!

Oleh WANI MUTHIAH DAN SHAHRIL ADZRIN

Amelina dan suaminya, Reduan Mahamood (menutup muka) berjalan keluar dari Jabatan Agama Islam Perlis selepas membayar denda di Kangar pada tahun 2000 lalu.

AWAL minggu ini, kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh dan berlaku sedikit ‘drama’ apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pagi semalam.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Menurut pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty, beliau telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Shah Alam setelah Amelina dan suaminya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan.

Jurutera Madhavankutty turut hadir bersama pegawai-pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan air dan elektrik di rumah tersebut.

“Perintah mahkamah sudah menetapkan mereka perlu melangsaikan semua tunggakan sewa mereka dalam masa dua minggu, kalau mereka masih gagal juga, kesemua harta mereka akan dirampas.” jelas Madhavankutty.

Menurut peguam Arnold Andrew yang mewakili Madhavankutty, suami penyewa rumah itu yang mendakwa dirinya seorang ‘Datuk’ telah menyewa rumah banglo berkembar yang lengkap dengan perabot dengan sewa RM2,700 sebulan.

“Dia hanya membayar sebahagian sewa untuk bulan pertama dan tiada apa-apa bayaran dibuat untuk bulan ini.

“Salah satu cek yang dikeluarkan kepada anak guam (K. Madhavankutty) semasa berpindah masuk ke rumah ini adalah cek tendang,” dakwa Andrew.

Menurut Andrew, mereka terpaksa menunggu lama untuk masuk ke rumah tersebut walaupun puas membunyikan loceng rumah itu, sehinggalah suami penyewa rumah itu datang bersama seorang peguam.

“Bila suami dia sampai baru isteri dia buka pintu dan pada masa itu juga saya terperanjat dan kenal yang isteri dia ialah Amelina,” kata Madhavankutty yang juga pemilik itu.

Kata Madhavankutty, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin lengkap berpakaian tudung dan berjubah ketika ditemui pada hari penyanyi dan suaminya itu diusir dari kediaman tersebut.

Menurutnya lagi, pasangan ini bukan sahaja tidak membayar sewa rumah tersebut, bil elektrik dan air juga tertunggak dan jumlahnya telah menjangkau lebih RM 2 ribu.

“Saya tak tahu apa yang mereka buat, saya pernah menyuruh kontraktor TNB untuk potong elektrik di rumah tersebut, tetapi suami Amelina telah mengamuk dan mengancam untuk menembak semua orang.

“Jadi pada hari yang saya datang dengan pegawai-pegawai TNB dan Syabas, mereka masing-masing datang bersama polis bantuan yang lengkap bersenjata untuk mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Elektrik dan air dirumah tersebut telah dipotong pada hari tersebut juga,” dakwanya lagi.

Tambah Madhavankutty, suami kepada Amelina, Reduan Mahmood yang menggelarkan dirinya ‘Datuk’ pernah membuat ‘Tenancy Agreement’ tetapi di dalam surat tersebut nama Amelina telah ditulis sebagai ‘Norazlina binti Tan Sri Amir Sharipuddin’.

Laporan polis telah pun dibuat oleh K.Madhavankutty baru-baru ini dan beliau telah memfakskan laporan bernombor SEK 15/012127/09 itu kepada mStar Online bagi membuktikan kesahihan berita ini.

Kata Madhavankutty, dia membuat laporan itu bagi memastikan dia tidak kerugian apa-apa dan tidak menghadapi sebarang masalah.

“Saya buat laporan polis sebab saya takut bila mereka pindah, mereka akan ambil semua barang-barang saya yang ada di dalam rumah itu dan saya takut juga kalau-kalau mereka akan rosakkan barang-barang saya.” kata pemilik rumah ini.

Menurut cerita Madhavankutty juga, jiran-jiran ada memberitahunya bahawa setiap petang mereka kerap mendengar Amelina menangis.

“Pernah jiran beritahu saya, dia terdengar bunyi seperti Amelina menangis. Malah suami Amelina pernah memarahi jiran tersebut kerana keluar berjalan bersama Amelina.

“Jiran juga ada beritahu saya, yang Amelina sekarang sedang mengandungkan anak mereka yang ke-7,” tambahnya lagi.

Nama Amelina masyhur pada awal 90-an dan terkenal kerana mempopularkan irama dangdut hingga digelar “Ratu Dangdut”. Sebelum menjadi penyanyi, Amelina pernah bekerja sebagai pekerja kilang. Penyanyi ini aktif sekitar 1990-an dan sering berganding dengan penyanyi dangdut Iwan.

Album pertama Amelina bertajuk ‘Rindu Ah Ah Ah’ berjaya terjual sebanyak 200,000 unit dan album kedua beliau ‘Asyik Asyik’ juga mencecah jualan 200,000 unit.

Antara lagu-lagu popular beliau ialah Asyik, Rindu dan Semakin Rindu Semakin Asyik.

Amelina juga pernah menyertai Anugerah Juara Lagu apabila lagu ‘Ah Rindu Lagi’ berjaya memasuki peringkat akhir kategori Irama Malaysia.

Pada tahun 1998, Amelina mengeluarkan album terakhir beliau iaitu ‘Cinta Oh Cinta’. Walaupun album ini gagal mengulangi kejayaan album-album terdahulu, namun ia masih mampu untuk terjual sebanyak 100,000 unit.

Amelina menghilangkan diri selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada 26 Mei 1999.

Berita perkahwinannya menjadi bahan berita seketika pada tahun 2000 apabila dia dan suaminya, Reduan Mahmood didenda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kangar kerana berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran.

Perkahwinan Amelina, yang kini berusia 35 tahun dan suaminya, Reduan (45 tahun), mencetuskan kontroversi kerana tidak diketahui oleh ibu bapa Amelina.

Selepas lebih lapan tahun menghilangkan diri, Amelina, akhirnya muncul semasa upacara pengebumian bapanya yang meninggal dunia akibat sakit jantung, di Kampung Lambar, Labu Negeri Sembilan pada bulan Februari tahun ini. Dan itulah kali terakhir kelibat Amelina kelihatan.

Tiara Beach Resort – 2011

Untuk penggemar melancung ke Port Dickson, pasti kenal sangat dengan Tiara Beach Resort yang terletak di KM13, Atas sikit daripada Teluk Kemang.

Kenapa pergi ke TBR ?

– sebab budak budak suka mandi Kolam yang mempunyai Tema Tersendiri
– Sebab anak-anak kita selamat, tak hanyut dek arus / ombak
– sebab bila penat je, boleh terus naik ke bilik.

(ini semua aku punya, korang pulak ?)

Baru baru ni terdapat kekecohan di Tiara Beach Resort. Sebenarnya dah lama, bagi mereka yang dah sedar akan isu ini.
Cuma ramai Pemilik yang mengambil sikap endah tak endah.

Aku hadir ke Mesyuarat Agung JMB TBR yang diadakan di Dewan TBR.
Isu utama ketika itu :
– penyerahan Pentadbiran TBR kepada Persatuan Pemilik-pemilik unit TBR.
(diketuai oleh Encik Mazlan)
– duit keuntungan sewa yang tidak berbayar selama 12 bulan atau lebih oleh DTiara, pengurus unit-unit TBR yang dipajak daripada pemilik-pemilik TBR.

Aku agak terkilan kerana ramai yang hadir tidak memahami perbezaan Pengurusan Tiara Beach Resort dengan DTiara yang menguruskan unit mereka.
Ramai yang inginkan penubuhan Badan Pengurusan Bersama Tiara Bay Apartment kerana rasa tidak puashati terhadap Kelewatan DTiara membayar keuntungan kepada mereka.

Ini adalah 2 isu yang berbeza.
Pihak Pengurusan – yang menguruskan TBR – jaga kebersihan, security, lampu, lif
DTIara – yang mengutip sewa, menjaga unit Pemilik, yang menjaga Portal www.tbr.com.my

Selesai AGM, terputusnya bahawa Badan Pengurusan Bersama ditubuhkan dengan Aset Kosong, Hutang Kosong.
– camne nak buka akaun ? kena pakai duit
– camne nak bayar sekuriti ? kena pakai duit
– camne nak bayar cleaner ? kena pakai duit
– camne nak maintain lif ? kena pakai duit

kemudian yang paling kecoh pulak untuk tahun 2010, Pihak DTiara (pihak yang mempunyai hak mutlak ke atas Kolam Mandi Bertema) ingin memagar Kolam tersebut yang menjadi tarikan kepada Pelancung pelancung. Mereka mula memperkenalkan sistem gelang tangan, macam di Sunway Lagoon. Hak mereka, mereka boleh buat apa sahaja.
Cadangan mereka, gelang tangan diberi percuma sehingga 31 Disember 2010, dan bermula 1 Januari 2011, RM20 -Dewasa dan RM10 – kanak kanak.

Aku agak tersentak juga. Kerana aku terkena tempias Pemilik pemilik yang tak puashati dengan DTiara.

Aku lagi suka dengan sistem lama di mana Pemilik akan membayar Fi Pengurusan Kolam Kepada DTIara dan penyewa unit tidak akan diganggu.

Mesyuarat di antara Encik Mazlan dan Pengurusan DTiara pada minggu lepas bersetuju untuk mengggunakan sistem Gelang dengan syarat:
– Sewa studio RM230 (Gelang tangan diberikan 4)
– Sewa apartment 2 bilik RM300 (Gelang diberikan 6)
– Tiada ulat berkeliaran di tempat letak kereta di Tiara Beach Resort
– Tiada penggunaan kata ” Sewa Lagi murah daripada www.tbr.com.my”

p/s: masih ada satu lagi unit Studio Tiara Beach resort untuk Dijual (Tender) RM75,000
Sila sms saya jika berminat. Segera!

Tiara Beach Resort (Lelong)

Tiara Beach Resort terkenal dengan pantai pasir buatan sendiri yang terbesar di Malaysia.

Bagi saya, ianya merupakan tempat yang paling sesuai untuk sekeluarga mengalami percutian yang menggembirakan.

Resort bersepadu yang pertama di Port Dickson ini (yang mempunyai 980 unit studio dan 284 unit 2-bilik) hanyalah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Terdapat 3 unit untuk dilelong dalam bulan November 2010.

Saya perlukan pendaftaran awal, bagi mengelakkan persaingan.

************************************************

Apartment Tiara Beach Resort POOL VIEW
Auction Price : RM 90,000.00
Land Area : 506 sq.ft     Auction Date : 2010-11-06
Tenure : N/A     Restriction : N/A
Location : No. A-5-38, Block A, PD Tiara Bay Apartments, Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson 71250, Negeri Sembilan

Apartment
Auction Price : RM 90,000.00
Land Area : 419 sq.ft     Auction Date : 2010-11-06
Tenure : N/A     Restriction : N/A
Location : No. D-1-29, Block D, PD Tiara Bay Apartment, Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson 71250, Negeri Sembilan

***********************************************************

Sesiapa yang berminat, sila hubungi :

tuanbri – 016.310.6500

atau email

bri(at)satusolution.com

* pendaftaran perlu dengan kadar segera.

Rumah Lelong Port Dickson Tiara Beach Resort untuk dijual.

Ada dua unit apartment (2 bilik) untuk dijual di Tiara Beach Resort. Berminat ?

Otak Tersumbat di Sinki Apt Sri Nilam

AMPANG:

Hanya kerana sinki tersumbat, tiga beranak dibelasah, ditumbuk dan ditetak jiran dalam kejadian di Pangsapuri Sri Nilam Bandar Baru Ampang di sini.
Dalam kejadian serangan tengah malam itu, seorang wanita pengsan akibat terkena tumbukan di muka manakala anak lelakinya ditetak dengan parang ketika cuba menyelamatkan ibunya manakala anak perempuan mangsa dilanyak lima wanita yang juga jiran mereka.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam Isnin lalu selepas anak lelaki mangsa yang berusia 20-an yang ketika itu berada di rumah dimaklumkan adiknya yang berusia 20-an dibelasah lima wanita di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

“Anak lelaki mangsa bergegas ke tingkat bawah pangsapuri untuk meleraikan pergaduhan itu.

“Namun, sebaik menghampiri jirannya, dia ditumbuk seorang lelaki secara tiba-tiba menyebabkan keadaan menjadi lebih kecoh,” katanya.

Sumber itu berkata, melihatkan keadaan yang tidak terkawal, ibu dua beradik itu yang berusia 40-an kemudian campur tangan untuk menenangkan keadaan, namun dia menerima nasib sama apabila diserang dan ditumbuk sehingga pengsan.

“Melihat ibunya pengsan, anak lelaki mangsa cuba membantu mengangkat wanita itu yang luka di muka dan tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, pada masa itu, seorang lagi ahli keluarga jirannya tiba-tiba menyerang dengan menetak kepala dan bahagian belakang mangsa,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila dua keluarga berjiran itu bergelut sebelum dileraikan beberapa penduduk pangsapuri terbabit.

“Anak lelaki mangsa bernasib baik kerana walaupun ditetak dengan parang, dia tidak cedera serius, manakala ibunya sedar sejurus kemudian.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kerana tidak puas hati tindakan jirannya yang dianggap ganas,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca rasa tidak puas hati jiran mangsa berhubung paip sinki yang tersumbat sehari sebelum pergaduhan.

“Jirannya yang tinggal di tingkat bawah tidak puas hati kerana mendakwa paip sinki yang tersumbat itu berpunca dari rumah mangsa.

“Pada mulanya hanya berlaku pertengkaran mulut, namun sehari selepas itu ahli keluarga jiran mangsa yang terserempak anak jirannya di kawasan pangsapuri berkenaan lalu menyerangnya,” katanya.

Beliau berkata, selain itu pergaduhan tercetus kerana sebelum ini kedua-dua keluarga terbabit saling kata mengata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa pergaduhan itu. “Kami sudah menahan tujuh individu yang mempunyai hubungan keluarga dipercayai terbabit kes berkenaan untuk membantu siasatan.

“Semua mereka masing-masing lima wanita dan dua lelaki, sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini (semalam) selepas diambil kenyataan,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

p/s: aku rasa otak mamat tu yang tersumbat kat sinki tu…..korang rasa ?? Apa tips untuk mengelakkan perkara ini berlaku ?

Mabuk dan bunuh di Desa Mentari

Pekerja syarikat jual besi buruk dipenjara 12 tahun sebabkan kematian rakan sekerja

SHAH ALAM: Seorang pekerja syarikat menjual besi buruk dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian rakan sekerja yang juga rakan serumahnya berpunca daripada pertengkaran akibat botol arak, Oktober tahun lalu.

Hakim Mohd Yazid Mustafa memerintahkan tertuduh Sulaiman Jamil, 33, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 4 Oktober tahun lalu.
Mohd Yazid berkata, hukuman itu dijatuhkan setelah beliau mengambil kira fakta kes dan keadaan keluarga tertuduh.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian C Veeran, 41, di rumah beralamat B5-10-17, Jalan PJS 6/5B, Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini, antara 11.15 malam, 3 Okt tahun lepas dan 1.30 pagi pada 4 Okt tahun lalu.

Ini pun boleh jadi kes ?

Ingat rumah , ingat tuanbri.

p/s: berminat untuk membeli rumah lelong?

tips untuk membeli rumah lelong?

pelaburan dalam hartanah lelong.

tuanbri

-016.310.6500

Kes di Vista Pinggiran

SUBANG JAYA 8 Jun – Akibat putus asa dalam hidup, seorang lelaki membunuh diri dengan melemaskan kepalanya dalam beg plastik di rumah sewanya di pangsapuri Vista Pinggiran di sini beberapa hari lalu.

Mangsa berusia 27 tahun itu turut menampal beberapa keping nota kepada keluarganya yang menyatakan rungutannya tidak mahu meneruskan kehidupan sebelum mayatnya ditemui hari ini.

Dikenalpasti unit tersebut berada di tingkat 15.

Adakah unit ini :

Location : Unit No. B-15-02, 15th Floor, Block B, Pangsapuri Vista Pinggiran, Jalan PP1,

Section 2, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Auction Price : RM 90,000.00
Land Area : 850 sq.ft
Auction Date : 2010-09-25
Deposit : 10%
Sold Price: RM 108,00

Putra Majestic Condo, Jalan Ipoh

Ringkasan:

Putra Majestic ialah sebuah Kondominium yang terseltak di Jalan Ipoh, Batu 2 1/2. Kondo di atas tanah pegangan bebas ini dibina oleh Bioford Development mempunyai 662 unit residensi, dipecahkan kepada 3 blok, dan 43 unit kedai-kedai makan dan butik.

Lokasi :

Terletak 300m daripada Sentul Park.
Berdekatan dengan Sekolah :
1. SK Sentul Utama,
2. SK Sri Dhandayuthapani
3. SK Thamboosamy Pillai Tamil
4. SK La Salle Primary School

Berdekatan dengan Kuil :
1. Shree Lakshmi Narayan
2. Sri Maha Kaliamman
3. Chettiyar

10 minit ke Jalan Tuanku Abdul Rahman
10 ke Hartamas
15 ke Bangsar

Akses kepada :
1. DUKE
2. Sprint
3. Sentul Link
4. Mahameru
5. Jalan Kuching

Maklumat Kondominium :
• Nama: Putra Majestik
• Alamat: Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
• Pemaju: BioFord Development
• Jenis: Condominium
• Tanah: Pegangan Bebas
• Jumlah Blok: 3
• Jumlah Tingkat: Kondominium: 26
Kedai Pejabat: 4
Kedai : 1
• Jumlah Unit : Kondominium: 622
Runcit : 43
• Keluasan : Kondominium: 1,015 – 1,410 ks
Kedai Pejabat : 1,020 – 1,410 ks
• Fi Peneyelenggaraan : RM0.18 ks

Jenis :
• Type A: 1,015 sf (3 rooms)
• Type A1: 1,020 sf (3 rooms)
• Type B: 1,084 sf (3 rooms + balcony)
• Type C: 1,405 sf (3 rooms + terrace)
• Type C1: 1,410 sf (3 rooms + terrace)

Kemudahan :
• Business centre
• Cafeteria
• Covered parking
• Mini market
• Salon
• 24-hr security
• Multi-Level Security System with Intercom
• Oriental themed landscaping
• Swimming pool
• Wading pool
• Children’s playground
• Barbecue pits
• Card access
• CCTV
• Gymnasium

**************************************************
Untuk dilelong : (PANAS)

Location : Unit No. C-7-2, 7th Floor, Block C, Putra Majestik, Batu 2 1/2, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur
Auction Price : RM 180,000.00
Market Value : people are selling RM300,000
Land Area : 1020 sq.ft
Auction Date : 2010-08-25
Deposit : 10%

Sila hubungi saya dengan segera untuk free registration.
atau gunakan borang DAFTAR

Rumah Lelong Shah Alam

Berikut adalah contoh carian tanah untuk rumah lelong shah alam yang akan dilelong pada 7hb Ogos 2010 di CIMB Mega Auction, Hotel Istana.

Maklumat Lengkap Rumah Lelong Shah Alam :

Reserved Price RM 68,000
Property Address
203 1st Floor, Block 37 Jalan Timun 24/1, Section 24 Shah Alam 40000 SELANGOR
Location SHAH ALAM
Land Size / Build Up Area 753 Sqft.
Auction Date 07th Aug 2010
Auction Venue At Ballroom Level, Hotel Istana, Kuala Lumpur, 73, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur (10.30am)
Auctioneer Property Auction House
Solicitor AMIR FAEZAL NORZELA & CHONG

Untuk unit flat ini, strata title telah dikeluarkan. Maknanya kaveat boleh dilakukan secara individu. Macammana nak tahu ada kaveat atau tidak?

melalui carian tanah di pejabat tanah yang berkenaan.

mukasurat pertama

mukasurat 2

Mukasurat 3

Tanah ini kena dapat kebenaran daripada pihak Berkuasa Negeri, dalam kes ini ialah SUK Selangor.

Susah tak nak buat carian tanah ? kalau di shah alam, pukul 1130am je, no giliran dah habis. So kena datang next day kalau nak buat carian.

Ramai despatch drpd pejabat peguam .

Siapa nak masuk lelong rumah shah alam, sila hubungi saya.

>