Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Slot Radio

Bagaimana anda patut bermula dalam pelaburan hartanah ?

Pelaburan hartanah merupakan satu idaman bagi ramai orang kalau bukan semua. Jelas umum tahu bahawa pelaburan hartanah mampu menjana kekayaan. Tapi dalam ramai ramai yang tahu perkara tersebut, berapa ramai yang tahu bagaimana nak mula dalam pelaburan hartanah ?

 

Sebenarnya dalam pelaburan hartanah, tiada 1 jalan yang tepat.

Anda boleh bermula dengan pelbagai cara.

Ada yang percuma, ada yang berbayar, ada yang susah, ada yang senang.

Baru-baru ini saya mendapat pertanyaan daripada follower saya,

“tuan, bagaimana seorang wanita yang berusia 22 tahun mampu berjaya dalam pelaburan hartanah sedangkan dia hanya ada ilmu tapi modal tiada ?”

jadi saya bertanya balik –

“Mana lagi penting –

1) Orang yang RM1 juta tetapi tiada idea untuk buat apa dengan RM1 juta
2) Orang yang ada idea apa nak buat dengan RM1 juta tapi tiada duit RM1 juta

Apa pendapat anda ?
Kongsikan di ruangan komen ini.
Kita sama sama berdiskusi mengenai pelaburan hartanah.

 

Jadi di slot saya di Bernama Radio 24 hari ini pukul 5:15, saya akan berkongsi dengan para pendengar Radio 24 Bernama (93.9 FM) “Di mana anda patut mula dalam pelaburan hartanah ?”.

Bersama pakar hartanah anda, Tuanbri.

Anda ada soalan nak tanya dengan saya berkenaan tajuk di atas ?
Tinggalkan soalan anda di bawah ini.

 

Hartanah bersama Tuanbri

Hartanah bersama Tuanbri

Sambil sambil tu lepas Raya Cina ni, kami di Akademi Hartawan Hartanah (bawah naungan Tuanbri) akan mula menganjurkan seminar hartanah seluruh Malaysia.

Seminar hartanah ni khusus untuk mereka yang baru ingin bermula dalam pelaburan hartanah. Senang sikit nak fokus. Senang sikit nak bagi teknik yang tepat.

Senang sikit nak kongsi cara yang terbaik untuk mulakan langkah dalam pelaburan hartanah. Kita jawab sama sama macammana nak mula dalam pelaburan hartanah ini.

 

Sekiranya anda berminat untuk menyertai, sila SMS seperti berikut :

Nama (jarak) Negeri (jarak) Seminar

dan hantarkan ke : 010.250.9115

 

p.s. : Anda sempat tak dengar slot saya ?

>