Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Category: Tip Hartanah

Cadangan Bajet 2016 utk Hartanah

Bajet 2016 akan dibentangkan di Parlimen oleh Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober ini. Harap-harap akan lebih banyak usul yang bernas untuk menurunkan kos sara hidup rakyat secara amnya. Ini termasuklah harga rumah yang orang-orang bawahan beranggapan tidak logik terlalu mahal.

 

Baru-baru ini (Sabtu lepas je pun) Harian Metro menemubual saya dan bertanyakan pendapat saya mengenai apa yang saya jangka akan dibentangkan oleh PM kita nanti pada hari Jumaat. Dah baca tak artikel tersebut ?

 

Bajet 2016 utk Hartanah

Artikel hartanah yang mengandungi temubual saya mengenai Bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib.

Antara yang saya cuba ketengahkan ialah :

– Rungutan rakyat yang masih lagi tidak mampu untuk membeli Rumah Mampu Milik
– Memperkenalkan lebih banyak Skim Hartanah yang lebih fokus pada kumpulan sasar, seperti “Skim Hartanah Untuk Graduan Muda”.
– Memperuntukkan lebih banyak ” Land Bank” utk pembangunan Rumah Mampu Milik.
– Penubuhan 1 Agensi Kawalselia Hartanah utk Rumah Mampu Milik.

“Namun, apa yang menjadi isu sekarang ialah permintaan kediaman antara RM200,000 hingga RM300,000 menjadi perhatian pembeli kerana lebih sesuai dengan bajet mereka untuk pembayaran pembiayaan ansurans setiap bulan walaupun ketika ini harga dalam lingkungan itu semakin sukar didapati,” katanya kepada Bisnes Metro.

Apa pendapat korang semua ?

Antara lain yang saya tidak sebut dalam temubual tersebut adalah :

  • menaikkan Stamp Duty untuk pembelian rumah ke-3 dan seterusnya bagi mengawal mereka yang membeli rumah untuk pelaburan. Namun saya fikir ini hanya akan melemahkan pelabur hartanah newbie sahaja. Tidak ada masalah bagi seasonal investors.
  • mengurangkan LTV daripada 90% ke 80% atau lebih rendah lagi. Buat rumah pertama dan kedua. Ini akan memastikan mereka yang layak sahaja mampu memiliki rumah. Kekurangan ini akan dibantu oleh skim yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Contoh : Skim Rumah Pertamaku yang akan menjamin baki 20% itu kepada pihak pembiayai etc bank. Maka pembeli rumah pertama masih lagi mendapat pembiayaan 100% sepenuhnya.

Kalau ramai ramai share, dapat sampai ke atas sana ke ?

Kita tunggu dan lihat apa yang akan dibentangkan oleh PM kita nanti dalam Bajet 2016.

Berdoalah!

Pelaburan Hartanah adalah sama dengan sebilah pisau. Salah guna boleh terpotong jari.

– Tuanbri, 2015

>